Terkini | New

TGV CINEMAS DAN SHARP MALAYSIA BERGABUNG TENAGA UNTUK MENYEDIAKAN HIBURAN RUMAH DAN PENGALAMAN SINEMATIK YANG TERBAIK.

TGV CINEMAS DAN SHARP MALAYSIA BERGABUNG TENAGA UNTUK MENYEDIAKAN HIBURAN RUMAH DAN PENGALAMAN SINEMATIK YANG TERBAIK.

TGV Cinemas dan SHARP Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU ) untuk mencipta semula pengalaman hiburan yang tinggi untuk penonton filem.



Syarikat pawagam terulung di Malaysia , TGV Cinemas Sdn Bhd ( TGV ) dan penyedia penyelesaian elektronik dan peralatan rumah terkemuka , Sharp Electronics ( Malaysia ) Sdn Bhd ( SHARP ) secara rasminya menandakan kerjasama pertama seumpamanya dalam mencipta semula pengalaman hiburan yang dinaik taraf sepenuhnya di semua TGV Cinemas di seluruh negara pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU ) yang dianjurkan bersama - sama hari ini oleh kedua - dua jenama tersebut.



Kerjasama unik antara TGV dan SHARP ini membawa bentuk hiburan yang tiada tandingan dari rumah ke skrin besar yang membawa kepada pengalaman pelanggan yang diperkayakan dan dipertingkatkan di semua pawagam TGV . MoU tersebut telah ditandatangani oleh Encik Tan Lay Han , Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas dan Encik Ting Yang Chung , Pengarah Urusan SHARP Malaysia.


" Di TGV , kami mengutamakan pengalaman pelanggan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan standard untuk pelanggan kami . Kami gembira dapat bekerjasama dengan SHARP yang berkongsi nilai yang sama seperti kami dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan menyediakan hiburan premium - di dalam dan di luar rumah , " kata Encik Tan Lay Han.


" Sebagai jenama yang prihatin dan sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan untuk pengalaman yang lebih baik , kami berharap dapat mewujudkan persekitaran di pawagam yang terasa seperti di rumah sendiri untuk semua orang . Kami yakin ini dapat dicapai dengan produk SHARP di samping keselesaan yang disediakan oleh rakan kongsi berprestij kami TGV, dan apabila kami mengembangkan dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan kami. 


Kerjasama ini akan dapat memberikan rakyat Malaysia pengalaman hiburan yang tiada tandingan . Selain daripada kerjasama ini , kami juga mempunyai pelancaran global perdana SHARP AQUOS XLED TV yang menyediakan kualiti visual yang unggul untuk tontonan di rumah , kami gembira untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ASEAN pertama untuk memperkenalkan inovasi ini bersama Consumer Electronic Show ( CES ) 2023 di Las Vegas , " kata Encik Ting Yang Chung.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini ; 

 TGV
1. Akan melancarkan barisan produk eksklusif SHARP di E - kedai mereka , di mana pelanggan berhak mendapat tiket filem percuma atas pembelian produk SHARP .
2. Ahli TGV Movie Club berpeluang untuk membawa pulang SHARP AQUOS 60 " TV , dengan pembelian minimum empat tiket wayang .

SHARP
1. Akan memberikan sehingga 5,000 keping tiket wayang percuma selama setahun kepada individu yang mendaftar untuk keahlian Cocoro Life .
2. Akan menubuhkan kedai gaya hidup di TGV Central I - City . Memperkayakan pengalaman foyer pawagam dengan TV LED SHARP , sound bars , dan pelbagai aktiviti .
3. Memasang pembersih udara di kawasan foyer TGV Cinemas untuk memastikan pelanggan dapat menikmati udara bersih dengan selesa seperti di rumah mereka.
4. Menganjurkan Tayangan Filem Eksklusif dengan Hadiah Percuma.

Dalam beberapa bulan akan datang, pelanggan yang pergi ke TGV akan menjadi yang pertama menerima berita dan produk terkini oleh SHARP , bermula dengan produk SHARP yang akan dilancarkan tidak lama lagi , XLED TV yang akan dipamerkan di TGV Central i - City.

 

Pelanggan TGV juga akan dapat menikmati pra - pesanan eksklusif dengan promosi tambahan dan hadiah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai TGV dan SHARP atau kolaborasinya , sila layari halaman berikut : TGV Cinemas dan SHARP Malaysia.