Terkini | New

KL TOWER BUFET RAMADAN BERTEMAKAN ‘CITARASA ASLI DARIPADA DATO’ CHEF ISMAIL’

KL TOWER BUFET RAMADAN - ‘CITARASA ASLI DARIPADA DATO’ CHEF ISMAIL’ DAN PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK 2023 



Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 hijrah yang bakal tiba, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Bufet Ramadan tahun ini dengan bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ bermula pada 25hb Mac hingga 19hb April 2023, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.


Istimewa tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan kembali berkolaborasi bersama chef selebriti terkenal Malaysia iaitu Dato’ Chef Ismail, setelah kejayaan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur bersama beliau pada tahun 2015 dan 2016, tahun ini Dato’ Chef Ismail Kembali di Menara Kuala Lumpur dan pastinya beliau akan menyajikan pelbagai jenis sajian asli tempatan dan antarabangsa yang lazat dan menyelerakan.




Antara menu istimewa yang disediakan oleh Dato’ Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur adalah Kambing Bakar, Ikan Bakar Daun Pisang, Siakap 3 Rasa, Nasi Briyani, Daging Masak Hitam dan banyak lagi menu menarik.





Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam ‘sunset’ dan juga pada waktu malam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.




Bagi Bufet Ramadan tahun ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan harga RM209.00 untuk dewasa dan RM159.00 untuk kanak-kanak, pada Hari Biasa (iaitu Isnin hingga Jumaat). Manakala, pada Hari Minggu (iaitu Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), harga yang ditawarkan adalah RM229.00 untuk dewasa dan RM179.00 untuk kanak-kanak.



Juga istimewa pada tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket lawatan ke SKY DECK secara PERCUMA kepada para tetamu Bufet Ramadan (harga asal RM71.00 seorang). Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini dengan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef
Ismail’!


Bukan itu sahaja, menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru akan kembali mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk pada Sabtu, 18hb Mac 2023 mulai jam 8.00 pagi di perkarangan Menara Kuala Lumpur.




Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Masjid/Surau, Hotel/Restoran dan Terbuka. Pertandingan ini juga terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang sahaja. Ianya juga terbuka kepada 30 kumpulan terawal yang mendaftar selewatnya pada 15hb Mac 2023. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000.00 berserta hamper dan lapan tiket ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur menanti pemenang!


Pada masa yang sama, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 atau layari Facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl / Twitter @menara_kl / Tiktok @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur..