Terkini | New

Zebra Square Kuala Lumpur menyambut Ramadhan 2023 Dengan Pelbagai Pilihan Masakan Malaysia

Zebra Square Kuala Lumpur menyambut Ramadhan 2023 Dengan Pelbagai Pilihan Masakan Malaysia.

Zebra Square Kuala Lumpur menyambut Ramadhan 2023 dengan pelbagai pilihan masakan Malaysia yang menarik Bufet Ramadhan untuk tahun kedua, bersama-sama dengan hidangan lain yang menjadi sepanjang masa. Semarakkan semangat Ramadhan bagi keluarga, rakan dan rakan sekerja anda dan raikan kemeriahan bulan suci bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023.



Zebra Square Kuala Lumpur dengan kapasiti tempat duduk 250 hingga 300 setiap hari menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahban perayaan suci bulan bagi umat Islam. Hidangan bufet yang disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru dapur yang berdedikasi. 


Menghidangkan masakan tempatan yang menarik, hidangan barat yang lazat serta gerai-gerai yang rnensajikan pelbagai hidangan sampingan untuk pilihan para tetamu.


Kemuncak bufet adalah Kambing Bakar kami yang diperap dengan ramuan istimewa dan dihidangkan pada setiap hari. Selain Kambing Bakar, hidangan bufet ini menampilkan makanan kampung asli tradisional seperti Daging Gulai Kenteng Utara yang lembut, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Sotong, dan Lempeng & Sambal Bilis.


Suasana KAMPUNG TRADISIONAL yang kami bawa untuk menghiasi suasana sepanjang tetamu menikmati hidangan menjanjikan suasana yang sangat indah. Kuih Melayu & Nyonya Tradisional kami serta pelbagai puding, kek, dan pilihan minuman “Air Balang’ menyegarkan juga menjadi hidangan sampingan yang cukup istimewa. Kami juga memperkenalkan Cendol Istimewa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dari dulu, kini dan sepanjang masa.









Pembelian awal (Early Bird) 26hb Februari 2023 hingga 20hb Mac 2023 menawarkan belian 5 tempat duduk dengan percuma 1 tempat duduk dan sehingga 50 tempat duduk. Zebra Square menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik memenuhi keperluan dan keselesaan untuk para pelanggan. Kemudahan fasiliti sambungan Wi-Fi, sistem audio visual canggih, dan akses tempat letak kereta PERCUMA. Zebra Square Kuala Lumpur juga menawarkan tempat yang ideal kepada yang berminat untuk mengadakan sebarang acara atau majlis, perkahwinan, persidangan atau lain-lain dengan pakej harga yang sangat menarik.



Bagi menyemarakkan suasana buffet setiap tahun pihak zebra square akan mengundang anak-anak yatim dan rumah perlindungan dan meraikan serta berkongsi bersama dengan mereka rezeki pada bulan ramadhan. Pihak kami ingin membuka ruang dan peluang kepada para dermawan diluar sana untuk berkongsi dengan anak-anak yatim. Pada yang berminat untuk menyertai tabungan ini boleh menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.





Zebra Square KL Buffet Ramadhan menawarkan harga istimewa pada harga: -
● Dewasa: RM85.90/dewasa;
● Kanak-kanak (berumur di bawah 12 tahun): RM45.00/kanak-kanak;
● Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas): RM 45.00/warga emas.

Untuk tempahan, sila hubungi 019-3405719 / 019-2331180 / 017-2516316 atau e-mel
info@moderndynamicgroup.com

Zebra Square Kuala Lumpur
No.18 & 20, Jalan Kampung Pandan,
Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur.