Terkini | New

Pementasan Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya Menanti Peminat Mei 2023

Pementasan Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya Menanti Peminat Mei 2023


Setelah kejayaan persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor pada tahun 2019, kini kembali akan mementaskan Teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya Menanti Peminat Mei 2023 kali ini.


Pementasan ini bakal dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton oleh lebih dari 1000 orang penonton. Pementasan ini telah diarahkan oleh Lanun Resdongs dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie.


Lebih manis pada malam itu adalah kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.


Kini selepas 4 tahun berlalu, pada tarikh 26 Mei 2023 bersamaan dengan hari Jumaat sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya. 


Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment. Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini.

 
Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Pentas teater akan dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex Wings). Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair. Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.



Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.


100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) jam 8.45 malam
Lokasi : Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Para Pelakon : Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja
Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi
bakat istimewa dari Resdongs Entertainment
Penampilan : Ella, Jojie, Jo Branko, Kapten Azhar, Chef Yang Jamil, Khairul Nizam (Juara All Khas Together Now Malaysia musim kedua)

Dibawakan Khas oleh : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor
Rakan Strategik : Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)
Dengan Kerjasama : Sajian Sejati Sdn Bhd
Produksi : Resdongs Entertainment
Pembelian Tiket : www.myticketempire.com


Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari 15 Mac 2023.

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996