Terkini | New

JAMUAN HARI RAYA SEMPENA ULANG TAHUN KE- 30 KUMPULAN RANGKAIAN RESTORAN ANTARABANGSA DTANDOOR

JAMUAN HARI RAYA SEMPENA ULANG TAHUN KE- 30 KUMPULAN RANGKAIAN RESTORAN ANTARABANGSA DTANDOOR


D’Tandoor telah berkecimpung dalam industri makanan dan minuman selama 40 tahun dan juga merupakan franchisor terunggul yang telah dianugerahkan oleh ‘Malaysia Book of Records’ sebagai syarikat pertama yang menceburi bidang francais bagi pengendalian makanan India Utara di Malaysia.


D’Tandoor telah berjaya membuka cawangan baru di Australia dan sedang dalam perancangan untuk membuka beberapa cawangan lagi di Timur Tengah, Eropah dan negara - negara Asean. D’Tandoor telah mengadakan Majlis Hari Raya sempena ulang tahun Kumpulan Rangkaian Antarabangsa D’Tandoor yang ke-30 yang berlansung selama 2 hari.


Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato Sri Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, Ucapan permulaan Rayak oleh DTandoor Encik Amir Malik. Manakala Pengasas Dtandoor Ucapan Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah.


Majlis ini turut disambut dengan golongan kurang berupaya dan Anak-anak yatim. Sehubungan dengan itu bagi menyerikan Majlis Hari Raya dan ulang tahun Ke- 30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa DTandoor.



Pada masa yang sama Majlis Menandatangani Perjanjian Francais d’Tandoor Bukit Mertajam turut serta. Turut diselangi diantara 7 pekerja terbaik DTandoor menerima Anugerah Penghargaan Kakitangan D'Tandoor.




Persembahan Khas dan Penyampaian Anugerah Bersama Sambutan 30 Tahun DTandoor turut di hadiri tetamu khas dan kenamaan di antaranya YB Datuk seri Haji Ahmad Bin Maslan (Timbalan Menteri Kewangan), YBHG. Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff (Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti), Tan Sri Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (ARMANIE), Dato' Mohd Aizuddin Ghazali (Yayasan Prihatin Nasional) dan Nadzim Johan @ Toqqi (Ketua Aktivis PPIM).


TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka turut menghadiri pada hari ke 2 Majlis Hari Raya Sempena Ulang Tahun Ke-30 Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D'Tandoor.



Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta YBhg. Datuk Abdul Malik bin Abdullah dan Encik Abdul Amir bin Abdul Malik, Pengarah Urusan d'Tandoor Group of Companies. 


TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Penghargaan D’Tandoor dan D’Tandoor Staff Appreciation Awards yang berlansung di Roti By DTandoor - 82, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur.