Terkini | New

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip5 Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Fleksibiliti

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip5 Telefon Pintar Boleh Lipat Lebih Fleksibiliti Tahun 2023


Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip5 yang menjadi pilihan Telefon Pintar boleh lipat yang lebih Fleksibiliti dan serbaguna tahun ini. Reka bentuk dipertingkatkan lebih inovatif oleh Flex Hinge baharu untuk reka bentuk yang seimbang dan keupayaan kamera gred pro dengan FlexCam yang unik.



Samsung memperkenalkan siri Samsung Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 tambahan pada siri Galaxy Z pada event Galaxy Unpacked di Seoul, Korea pada July 26 2023 yang lalu. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy Z Flip5 untuk tatapan semua.



Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan Samsung Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 menawarkan pengalaman unik untuk setiap pengguna dengan reka bentuk anggun, kecil dan berkuasa sesuai di poket anda. Flex Hinge baharu menjadikan pengalaman boleh dilipat yang berupaya menjadikan kamera unik seperti FlexCam untuk mengambil gambar dari sudut kreatif.




Samsung Galaxy Z Flip5 kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.7-inch FHD+, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz , Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9) Untuk tangkapan lebih luas. Manakala paparan hadapan 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display *720 x 748.


Tangkapan gambar lebih luas dengan ratio 22:9 memenuhi semua ruang yang lebih luas.



Samsung Galaxy Z Flip5 mempunyai kamera swafoto 10MP F2.2. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 12MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti.



Samsung Galaxy Z Flip5 menggunakan pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy 8GB RAM , storan dalaman 256GB dan 512GB. Bateri pula 3,700mAh dual bateri dengan prestasi yang dioptimumkan yang dikuasakan oleh pemproses terkini.




Galaxy Z Flip5 direka bentuk  dengan skrin utama dilengkapi dengan lapisan hentakan dan bahagian belakang yang direka bentuk semula untuk paparan yang lebih mantap. Sokongan IPX83, bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus® . Galaxy Z Flip5 dipertingkatkan lagi oleh Flex Hinge. Modul engsel bersepadu baharu ini menampilkan struktur dwi rel dan menutup lebih rapat dari sebelumnya.




Apa yang bertambah menarik Samsung terus menunjukkan kemajuan ke arah visi alam bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih. Galaxy Z Flip5 dan Fold5 menampilkan pelbagai jenis bahan kitar semula yang lebih luas termasuk kaca dan aluminium kitar semula dan plastik kitar semula selepas pengguna, yang diperoleh daripada jaring ikan yang dibuang, tong air dan botol PET. Malah kertas yang digunakan untuk kotak pembungkusan mereka dibuat menggunakan 100 peratus bahan kitar semula. Tahniah untuk usaha yang mantap!


Setiap peranti dilengkapi dengan kemas kini keselamatan selama lima tahun dan empat generasi peningkatan OS, membantu memanjangkan kitaran hayat produk. Nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy Z Flip5.


SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy Z Flip5.

Model: Samsung Galaxy Z Flip5.
Paparan:  6.7-inch FHD+*Dynamic AMOLED 2X, 120Hz Adaptive refresh rate (1~120Hz), Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9)
Paparan Depan : 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display*720 x 748 306 PPI
CipSnapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy
RAM: 8GB 
Memori Dalaman : 256 GB & 512GB
Kamera Utamakamera utama 12MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 dan 12MP Wide-angle CameraDual Pixel AF, OIS, F1.8
Kamera Depan: 10 MP
Bateri: 3,700mAh (typical) dual battery
Water Resistance : IPX8
SIM/Telefon: One Nano SIM* and one eSIM**
Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Sensors : Capacitive Fingerprint sensor (side), Accelerometer, Barometer, Gyro sensor, Geomagnetic sensor, Hall sensor, Proximity sensor, Light sensor


Warna Pilihan : Mint, Graphite, Cream, Lavender
*[Samsung.com Exclusive] Gray, Blue, Green, Yellow*

Harga Jualan: 256GB , 512GB RM 4,499

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip5 anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial samsung di www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5 dan https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/