Terkini | New

Amin Aznizan Usahawan Muda Peneraju SOCC Holdings Ingin Memperkenalkan Makanan Sarawak Di Seluruh Dunia

Amin Aznizan Usahawan Muda Peneraju SOCC Holdings Ingin Memperkenalkan Makanan Sarawak di Seluruh Dunia.


Amin Aznizan Usahawan Muda Peneraju SOCC Holdings yang berasal dari Miri, Sarawak mula memupuk minat beliau di dalam bidang penyediaan makanan semasa menuntut di luar negara. Bermula dengan hobi memasak dan menyediakan makanan buat kawan-kawan, beliau menyedari bahawa "makanan menghubung dan menyatukan manusia".


Amin turut menerajui SOCC Holdings Sdn Bhd, salah satu kumpulan korporat terbesar dari negeri Sarawak. Amin menggalas tanggungjawab yang sangat besar iaitu membawa jenama tersebut ke peringkat global melalui anak syarikatnya, SOCC Offshore Sdn Bhd. SOCC Offshore Sdn Bhd telah beroperasi sejak 30 tahun yang lalu dan merupakan pembekal khidmat katering bagi industri minyak dan gas. Buat masa ini, SOCC Offshores Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan katering di 13 pelantar dan kapal di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.


Amin mengambil alih operasi perniagaan SOCC sepenuhnya yang diwarisi dari datuk dan ibu saudaranya sejak dua tahun yang lalu. Mewarisi perniagaan dari generasi terdahulu dan dalam waktu yang sama menjalankan perniagaan yang dibina sendiri memberi cabaran yang berbeza. Yang pasti kedua - duanya memerlukan ketelitian bagi menjamin mutu perkhidmatan dapat dikekalkan. Terkini, SOCC Offshore Sdn Bhd telah diberi kepercayaan sebagai syarikat pengendali dan mengurus katering bagi industri minyak dan gas di Arab Saudi.



Sekembali dari menamatkan pengajian di luar negara, Amin memulakan perniagaan berasaskan produk organik dengan menubuhkan Borneo To The World Sdn. Bhd produk penjagaan kulit menggunakan bahan yang diperolehi dari khazanah alam Borneo seperti beras Bario, buah dabai, lada hitam Sarawak, daun sirih Sarawak dan pelbagai lagi.


Menyedari minat yang mendalam dalam bidang penyediaan makanan, Amin membuka restoran pertama beliau yang diberi nama Kedey Kamek pada tahun 2016 di Metrocity Square, Kuching, Sarawak. Bermula dari pelawaan oleh dua orang nenek beliau iaitu Rannie Madely dan Maria Awet, Amin yang mendapat pengiktirafan anugerah usahawan muda ( Youth Entrepreneur Award ) oleh Sarawak Bumiputera Chamber of Enterpreneurs ( DUBS ) pada tahun 2015.




Sehingga kini , Kedey Kamek mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang di Sunway Putra Mall, TTDI dan Lalaport. Menampilkan makanan dari bumi Kenyalang seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Pok, Ayam Pansuh, Amin sangat berbesar hati dapat berkongsi keenakan makanan tradisi serta keunikan budaya Sarawak kepada orang ramai.






Selain dari Kedey Kamek, Amin turut mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan makanan dan minuman yang lain seperti Go Goreng, Nang Haus dan terkini, Seahorse Seafood semuanya dibawah syarikat AnakMiri Kitchen Sdn Bhd yang dimiliki beliau. Bagi yang ingin merasai makanan Sarawak anda boleh ke Cawangan Kedey Kamek atau layari https://www.kedeykamek-online.com/