Terkini | New

Bersiap Sedia Untuk Alami Keghairahan 30 Hits Terunggul Ungu Live In Kuala Lumpur

Bersiap Sedia Untuk Alami Keghairahan 30 Hits Terunggul Ungu Live In Kuala Lumpur Jumpa Anda 25 Februari 2024.


Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu—cukup menamakan lima hit Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran mereka Indonesia tapi juga Malaysia ini tidak akan pernah dilupakan meski telah ada yang mencapai usia lebih 10 tahun. 



Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.


Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia. 

Maya pada Ungu Live In Kuala Lumpur. 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini. Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.


Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).



Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.rmy atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp. 

JANGAN LUPA TIKET MULAI DI JUAL PADA (JUMAAT 1hb Disember , pukul 11.00 pagi) di www.ticket2u.com.my