Terkini | New

Pelancaran Buku Panduan Hukum Hakam Ibadah Umrah DIY

Pelancaran Buku Panduan Hukum Hakam Ibadah Umrah DIY Bersama kerjasama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Dan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan


Pelancaran Buku Panduan Hukum Hakam Ibadah Umrah DIY telah dilancarkan dengan kerjasama Tuanguru Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bagi menghasilkan buku untuk mengisi kekosongan yang begitu ketara bagi mereka yang melakukan Umrah secara DIY.


Menurut Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan," kami memang tiada hak untuk menghalang mereka pergi Umrah secara DIY, jika tanya saya sendiri memang pergi dengan syarikat berlesen dan berdaftar di bawah kementerian itu lebih selamat dan baik untuk perjalanan Ibadah mereka insyaAllah".

Namun kami masih melihat trend Umrah DIY juga makin meningkat, dan beberapa risiko yang berlaku walaupun ia adalah risiko individu itu sendiri. Buku ini insyaAllah sebagai panduan Hukum Hakam Ibadah Umrah yang berbentuk soal jawab yang memudahkan mereka yg ke Tanah Suci samada pergi secara DIY ataupun pergi dengan Travel Agensi.


"Untuk ke Mekah dan Madinah melaksanakan umrah maka mesti seseorang itu berihram dan mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ia tidak boleh ke tempat lain seperti shopping, rehat-rehat di hotel terus membuat umrah ini tidak boleh ia cuma terpakai satu sahaja iaitu penduduk Mekah. Kalau kita dengan niat membuat umrah kemudian ke tempat lain mesti selesaikan dahulu kecuali masuki dari Madinah dahulu dan mesti memakai ihram jika berniat membuat umrah" ujar, Tuanguru Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


Ianya mengisi sudut penting dalam perjalanan mereka ke Tanah Suci iaitu sudut Ibadah itu sendiri yang mana sudut inilah yang terpenting sebenarnya dalam perjalanan kita ke Tanah Suci.


Buku Panduan Hukum Hakam Ibadah Umrah DIY cuma berharga RM25 sahaja, berbentuk pocket size yg mudah dibawa ke mana-mana.. Berbentuk soal jawab penting yg menjurus kepada persediaan Ibadah itu sendiri. InsyaAllah memudahkan para pembaca mendalami Ilmu hukum hakam ibadah Umrah insyaAllah.



Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan buku panduan UMRAH DIY ini boleh segera tempah di link ini https://yup.la/belisekarang

Pakej Umrah Mursyid Alharamain dibuka untuk tahun 2024 dan sedia ditempah di sini : http://www.wasap.my/601116095176/pakej+umrah bersama Mursyid Alharamain Travel & Tours Kpk7767