Terkini | New

Majlis Preview Iftar Ramadhan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Bertemakan ‘cerita Citarasa Ramadhan’

Majlis Preview Iftar Ramadhan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Bertemakan ‘cerita Citarasa Ramadhan’


Bufet Ramadhan TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan bermula dari 12hb Mac 2024 sehingga 9hb April 2024 dengan bertemakan ‘CERITA CITARASA RAMADHAN’ yang menyajikan lebih 172 pilihan hidangan juadah berbuka puasa disediakan khas untuk para pengunjung bertempat di Restoran Suasana@27 di aras 27, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.



Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor berkata, “Di atas permintaan ramai menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu dikekalkan kerana ianya sinonim dengan selera rakyat Malaysia, menu utama yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti ‘Nasi Kambing Dulang Besar’, Sup Gear Box, Gulai Daging Batang Pinang dan Kari Kepala Ikan juga dikekalkan selain menu hidangan masakan Antarabangsa.




Setiap Enam Belas buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri sepertimana konsep pada tahun ini iaitu ‘CERITA CITARASA RAMADHAN’ kalau ingin tahu dan merasainya, cepat lah membuat tempahan sebelum penuh" tambahnya lagi.





Para tetamu akan disajikan dengan Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad, Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Masak Kuzi, Ikan Tengiri Sambal Hijau Manga Muda, Sotong Masak Lemak Nogori Kacang Panjang, Rendang Pedas Udang Daun Kunyit, Paru Goreng Sambal Bawang, Pajeri Terung istimewa dan Masak Lemak Pucuk Manis bersama Keledek.






Tidak ketinggalan juga menu pilihan di enam belas gerai seperti Laksa Penang Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti John, Wesfern Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, Beef or Chicken Mongolian, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, ikan Bakar Kampung Baru, Mee Goreng Mamak dan gerai yang paling ‘Viral’ pada tahun lepas merupakan gerai ‘Donut Panas Tamu’, Cakoi dan Roti Kukus.




Pencuci Mulut juga tidak dilupakan seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Buah Kurma, Assorted Mini French Pastries, Puding dan Agar-Agar, Brownie, Chocolate Mousse, Bubur Jagung, Red Ruby, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha, Pengat Pisang, Warmed Bread and Butter Pudding, Lepat Pisang, Tepung Pelita, Badak Berendam, Sago Gula Melaka dan pelbagai kuih melayu tradisi dengan Kerepek.






Selain daripada itu, Gerai Biskut Balang yang menyediakan enam jenis Biskut Kampung, Gerai ABC, Cendol dan Ais Krim serta Gerai Air Balang, Teh Tarik dan Kopi Kampung.





Bagi yang menginginkan suasana yang lebih peribadi atau mahu mengubah rasa ke arah Western anda boleh memilih untuk membuat tempahan di Restoran Eksklusif kami di TAMU Sky Lounge, di Aras 40. Rasailah keenakan Daging Wagyu Halal yang ‘Juicy and Melt in the Mouth’ pastinya membuka selera pada setiap tetamu yang menikmatinya sambil bertemankan pemandangan menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.



Baucar Awal Ramadhan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadhan dengan kos RM130+ untuk seorang. Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk Iftar tanpa tempahan daripada 12 Haribulan Mac 2024 sehingga 17 Haribulan Mac 2024, kos sebanyak RM120+ sahaja untuk seorang akan di kenakan. Namun, di sarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.


Harga sebenar untuk Baucar 'CERITA CITARASA RAMADHAN’ merupakan RM169+ untuk Seorang, RM98+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun dan RM85+ untuk Kanak - Kanak. 

Sila hubungi Restoran Suasana@27 menerusi talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360 untuk tempahan dan pembelian baucar anda dengan segera.

Terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Majid Jamek Kampong Bharu, hotel kami merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah Tarawih, Tadarus dan Qiamullail. 

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, para tefamu boleh menjalankan ibadah dengan penuh keselesaan dan ketenangan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan tawaran pakej penginapan bilik istimewa pada harga RM150+ untuk Dua Hari Satu Malam (2H1M) dengan Sahur Percuma untuk Dua Orang.


Sila hubungi Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur melalui talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360 untuk tempahan dan pembelian Baucar Iftar, ‘CERITA CITARASA RAMADHAN’