Terkini | New

Eco-shop Lancarkan 'jom Warnakan Raya Bersama Eco-shop' sempena Hari Raya

Eco-shop Lancarkan 'jom Warnakan Raya Bersama Eco-shop' sempena Hari Raya

eco-shop, berganding bahu dengan Marsha Milan untuk menyebarkan kegembiraan ketika musim perayaan.

Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya, eco-shop, peruncit isi rumah mampu milik ultra terkemuka negara, dengan bangganya melancarkan  kempen 'Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop'. Berlangsung dari sekarang sehingga 21 April 2024, eco-shop menjemput pelanggan untuk menyambut semangat kebersamaan,  dan penghargaan yang tulus dari eco-shop.

Melalui kempen 'Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop', eco-shop bukan sahaja berhasrat untuk menawarkan penjimatan yang besar bagi produk berkualiti tetapi juga untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terbeban dengan kekangan kewangan untuk memastikan Ramadan yang penuh bermakna dan kegembiraan.

"Ketika saat mencabar yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia, eco-shop berdiri komited untuk cuba membuat perbezaan positif dalam kehidupan mereka," tegas Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif eco-shop.


"Misi kami adalah untuk meringankan beban pelanggan dengan menawarkan produk rumah dengan harga berpatutan dan kualiti baik, memupuk rasa kegembiraan dan memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka. "Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop" merangkumi etos ini, untuk menyebarkan kebahagiaan pada musim perayaan ini."

Tonggak utama kempen ini merupakan kerjasama eksklusif dengan jenama telefon pintar baharu Infinix, yang menampilkan peraduan 'BELI IMBAS & MENANG'. Pelanggan yang berbelanja RM50 atau lebih dalam satu resit berpeluang memenangi salah satu daripada lebih 150 telefon pintar Infinix, berjumlah sehingga RM100,000, dengan hanya mengimbas kod QR dan menyerahkan butiran berserta resit mereka.

Selain itu, pelanggan yang membeli produk eco-shop bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit sepanjang tempoh kempen akan menerima beg kitar semula khas eco-shop yang direka khas, sambil menambah sentuhan kesedaran eko kepada persiapan perayaan mereka. Selain itu, bermula 5-9 April, pelanggan yang berbelanja RM40 ke atas dalam satu resit berpeluang menerima sampul raya eco-shop, yang boleh didapati secara 'first come, first-served'.

Bagi menyemarakkan semangat memberi dan ikatan kekeluargaan, eco-shop telah melancarkan video 'Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop' yang menyayat hati, menampilkan pelakon dan penyanyi tempatan tercinta, Marsha Milan. Video ini menekankan kepentingan keluarga dan persahabatan semasa musim perayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam sambutan dan perpaduan.


Eco-shop juga sedar akan perjuangan ramai rakyat Malaysia yang mungkin tidak berpeluang menikmati musim perayaan dengan meriahnya. Sebagai sebahagian daripada kempen "Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop", eco-shop juga menganjurkan  sesi buka puasa bersama rumah anak yatim dan rumah orang tua di samping menyediakan barang keperluan harian kepada pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan, sekali gus mengesahkan komitmen mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik pada masa-masa sukar ini.

"Meraikan intipati kebersamaan dan berkongsi kegembiraan, eco-shop berbesar hati kerana Marsha Milan menyertai kami dalam  kempen Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop. Sebagai selebriti kesayangan Malaysia, Marsha melambangkan semangat perpaduan dan pemurah yang amat sesuai dengan nilai-nilai jenama kami," kata Jessica.

"Di eco-shop, kami komited untuk bukan sahaja menyatukan rakyat Malaysia tetapi juga memberi sumbangan bermakna dalam kehidupan mereka. Melalui kempen ini, kami bercita-cita untuk menyebarkan kebahagiaan, kemampuan, dan rasa kemasyarakatan pada musim perayaan ini dan seterusnya."

Dengan lebih daripada 270 cawangan di seluruh negara, eco-shop menjemput pelanggan untuk merasai kegembiraan "Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop" secara langsung. Daripada promosi menarik sehinggalah hadiah-hadiah bermakna, usaha eco-shop untuk menjadikan Ramadan ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memperkayakan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai sambutan ini, lawati cawangan eco-shop terdekat anda atau ikuti eco-shop di Halaman Facebook Rasmi eco-shop dan Halaman Instagram eco-shop.