Terkini | New

Pandang Pertama Samsung Galaxy S24 Ultra Jelajahi Era Baru AI Mudah Alih Terbaik 2024.

Pandang Pertama Samsung Galaxy S24 Ultra Jelajahi Era Baru AI Mudah Alih Terbaik 2024.

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy S24 Ultra yang menjadi pilihan pengguna bagi menjelajahi era baru AI Mudah Alih untuk pengguna yang terkini, flex dan trendy. Samsung memperkenalkan siri Samsung Galaxy S24 semasa pelancarannya di San Jose, CA yang membuka era Inovasi terkini Galaxy AI yang merangkumi komunikasi tanpa batasan, kebolehan kreativiti seharian bertambah. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy S24 Ultra untuk tatapan semua.


Samsung Electronics Co., Ltd. memperkenalkan Siri Galaxy S24 yang dilancarkan memberi tahu realiti kita sedang berada di zaman AI. Galaxy AI membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, ruang kreatif dengan fitur ProVisual Engine Galaxy, dan menetapkan standard baru untuk carian di atas talian yang lebih padu.



Samsung Galaxy S24 Ultra menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci 3120 x 1440 (Quad HD+) , kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembaca cap jari ultrasonik bawah paparan dan pembesar suara stereo. Samsung Galaxy S24 menggunakan pemprosesan Snapdragon® 8 Gen 3, 12GB RAM dan storan dalaman 256,GB, 512GB dan 1TB.




Samsung Galaxy S24 Ultra mempunyai kamera swafoto 12 MP Dual video call, Auto-HDR, HDR10+ 4K@30/60fps, 1080p@30fps dengan autofokus. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 200MP f/1.7 Wide dan 12 MP, f/2.2 Ultrawide (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalam suasana pencahayaan yang rendah. 



Telephoto 10 MP, f/2.4 bersama Optical Zoom 3x dan 50 MP, f/3.4 10x. Digital Zoom sehingg 100x manakala video UHD 8K (7680 x 4320)@30fps. Gambar-gambar ultra lebar yang luas menjadikan lebih terperinci dan menambah keindahan panorama senibina.






Lensa Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kensa zoom optik 5x baru dan fitur Adaptive Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x. Gambar jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x hasil zoom digital yang dipertingkatkan.





Keupayaan Nightography yang dipertingkatkan, foto dan video yang dirakam dengan Galaxy S24 Space Zoom tetap cerah walaupun dalam keadaan malap dengan saiz piksel lebih besar, kini 1.4 μm, di mana ia bersaiz 60% lebih besar serta dibantu penstabil imej optikal (OIS) yang lebih luas dan bantuan pembetulan gegaran tangan yang dipertingkatkan. 





Melalui Galaxy AI, circle search with google gambar yang di rakam boleh terus mendapat maklumat lebih terperinci tanpa menutup dan membuka aplikasi lain secara terus yang memudahkan pengguna.



Dengan bantuan Galaxy AI generative edit mampu menghilangkan dan memadam objek atau image yang menggangg gambar.

Sesudah bergambar kini bermulanya Galaxy AI untuk kita memastikan gambar menjadi menarik dengan membolehkan pengeditan mudah seperti memadam, membuang dan membaiki semula gambar yang akan menjadi menarik. 

Penggunakan Edit Suggestion menggunakan Galaxy AI bagi mencadangkan suntingan yang paling sesuai untuk setiap gambar atau Generative Edit boleh mengisi bahagian latar belakang imej dengan AI generatif. Bagi gambar yang senget, AI akan mengisi semula dan membantu mendatarkan atau kedudukan yang diingini, AI membenarkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang. Memang berguna dan mantap.









Galaxy S24 Ultra adalah telefon Galaxy pertama yang menampilkan bingkai titanium, untuk meningkatkan ketahanan peranti dan melanjutkan jangka hayat penggunaan. Penampilan Galaxy S24 Ultra yang ketara lebih nipis turut dipadankan dengan cengkaman yang lebih selesa. bersama skrin Corning Gorilla® Armor, IP68 tahan air dan habuk. Samsung Galaxy S24 Ultra telah menjanakan telefon dengan bateri 5000 mAh.



Nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S24 Ultra selepas ini bagaimana kehebatan Galaxy AI banyak membantu menghasilkan gambar-gambar menarik dan memudahkan setiap pekerjaan.


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY  S24 Ultra

Model: Samsung Galaxy S24 Ultra
Paparan:  (6.8" full rectangle) 3120 x 1440 (Quad HD+) , Dynamic AMOLED 2X, 120Hz,
CipSnapdragon® 8 Gen 3 Octa-Core
RAM: 12GB 
Memori Dalaman : 512GB
Kamera UtamaRear Camera - Resolution (Multiple) 200.0 MP + 50.0 MP + 12.0 MP + 10.0 MP
Optical Zoom at 3x and 10x, Digital Zoom up to 100x
Kamera Depan: 12 MP
Bateri: 5000mah
SIM/Telefon: Dual SIM
USB: USB Type-C
NFC: Yes
S Pen Support : Yes
PC Sync : Smart Switch (PC version)
Sistem Imbasan: Accelerometer, Barometer, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor, Proximity Sensor


Warna Pilihan
Titanium Gray, Titanium Black, Titanium Violet, Titanium Yellow, Titanium Blue ,Titanium Green, Titanium Orange.

Harga Jualan: 256GB RM 6,299.00 |  512GB RM 6,799.00 |  1TB  RM 7,799.00

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S24 Ultra anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/buy/