Terkini | New

Ganjaran Raksasa Watsons Club Kembali Dengan Lebih Meriah Dan Berpeluang Memenangi Sebuah Rumah Kediaman Skyria D’Island Oleh LBS

Ganjaran Raksasa Watsons Club Kembali Dengan Lebih Meriah Dan Berpeluang Memenangi Sebuah Rumah Kediaman Skyria D’Island Oleh LBS


Watsons Malaysia menjadikan sambutan kesetiaan terbesarnya lebih istimewa dengan kembalinya Ganjaran Raksasa bersempena ulang tahun ke-16 Watsons Club. Meraikan kesetiaan lebih 8 juta ahli di seluruh negara, kempen ini menghimpunkan ganjaran luar biasa, keistimewaan eksklusif ahli serta peluang untuk memenangi sebuah rumah impian, sekali gus menegaskan komitmen Watsons untuk menjadikan setiap pengalaman membeli-belah lebih bermakna dan berbaloi.


“Sempena Watsons meraikan 185 tahun dalam menyediakan penjagaan dan nilai terbaik yang dipercayai di seluruh dunia, kami amat berbangga dapat meraikan pencapaian ini bersama ahli Watsons Club di Malaysia. Sepanjang tahun, Watsons Club telah berkembang daripada sekadar sebuah program keahlian kepada ekosistem ganjaran gaya hidup yang komprehensif, yang memperkayakan kehidupan seharian pelanggan kami. Ganjaran Raksasa mencerminkan komitmen kami untuk memberikan ganjaran yang lebih besar dan bermakna kepada ahli, menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi dan setiap pengalaman membeli-belah lebih istimewa,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau, Health & Beauty Asia, AS Watson Group & Pengarah Eksekutif Serantau, Watsons International.


Tahun ini adalah tahun keenam ahli Watsons Club berpeluang memenangi sebuah rumah impian, sekaligus mengukuhkan komitmen Watsons untuk memberikan ganjaran yang melangkaui jangkaan. Seorang pemenang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah kediaman di Skyria D’Island Residence, Puchong, yang dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS). Kediaman moden ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi serta akses kepada kemudahan gaya hidup seperti kolam renang infiniti, taman permainan, ruang BBQ, gelanggang sukan pelbagai guna dan banyak lagi, menawarkan suasana yang sempurna untuk mencipta kenangan bersama insan tersayang.


Untuk menyertai peraduan ini, ahli yang berbelanja RM50 dan ke atas di kedai atau secara dalam talian menggunakan mana-mana kad VISA dari 27 Ogos hingga 21 Oktober 2026 layak menyertai peraduan. Ahli hanya perlu membuat pembelian yang memenuhi syarat dan menghantar penyertaan melalui https://survey.aswatson.net/WISE/index.php/473721/lang-en.

“Watsons Club telah berkembang seiring dengan ahli kami dan kini menjadi lebih daripada sekadar sebuah program kesetiaan; ia merupakan sebuah komuniti yang kami banggakan. Tahun ini, kami mahu meraikan pencapaian ini dengan memberikan lebih banyak sebab kepada ahli untuk berasa dihargai dan diberi ganjaran. Dengan lanjutan Ganjaran Raksasa, kami teruja untuk sekali lagi memberikan peluang kepada ahli memenangi sebuah rumah baharu, di samping menikmati penjimatan lebih besar, mata ganjaran berganda dan ganjaran eksklusif. Kami berharap ahli dapat menikmati sambutan ini bersama kami kerana setiap tahun bersama ahli merupakan satu pencapaian yang wajar diraikan,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.


Kejayaan berterusan Watsons Club didukung oleh komitmennya untuk memberikan pengalaman ganjaran yang bermakna kepada ahli. Melalui Ganjaran Raksasa, Watsons menyajikan W Rewards bernilai lebih daripada RM10 juta dari lebih 150 rakan jenama, memberikan ahli akses kepada keistimewaan eksklusif, diskaun menarik, dan ganjaran khas. Dengan W Rewards, ahli dapat menikmati tawaran istimewa, mengumpul mata bagi setiap pembelian, dan menebus ganjaran mulai serendah 10 mata Watsons.

Bagi yang masih belum menjadi ahli, daftar sekarang dengan hanya RM20 dan berpeluang menerima hadiah kejutan seperti penginapan pelayaran impian, baucar aktiviti taman tema, baucar beli-belah dan banyak lagi.

Selain itu, dari 27 Ogos hingga 3 September 2026, Watsons akan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk item kedua di seluruh negara, manakala ahli akan menikmati 2X mata*, tawaran W Rewards harian serta tawaran eksklusif ahli daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian. Ahli juga boleh mengumpul Watsons eStamp apabila membuat pembelian untuk menebus ganjaran menarik bermula daripada hanya 2 eStamp, termasuk rangkaian Mangosteen Naturals by Watsons, topeng muka edisi terhad dan banyak lagi, sementara stok masih ada.

Sama ada ahli sedang mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan harian, meneroka trend kecantikan terkini atau menikmati tawaran eksklusif Watsons, setiap pembelian sepanjang tempoh kempen ini berpeluang membawa mereka selangkah lebih dekat kepada ganjaran menarik dan, mungkin, sebuah rumah baharu