Terkini | New

Pelancaran N'MIRA CLINIC Status Dari N'Mira Beauty Medispa Ke Taraf Klinik Estetik Dan Kecantikkan.

Pelancaran N'MIRA CLINIC Status Dari N'Mira Beauty Medispa Ke Taraf Klinik Estetik Dan Kecantikkan


Majlis pelancaran dan perasmian N'MIRA CLINIC di The Prime Dataran Puchong menjadi saksi usaha gigih perjalanan Klinik Nmira yang bermula dengan perkhidmatan berasaskan rumah pada 2018 sebelum berkembang seperti sekarang ini. Ia bukti kepada dedikasi, ketabahan, dan semangat berpasukan pengasasnya, N’Mira Natasha serta pasukannya.


Pengasas Klinik N’mira, Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin turut bergambar bersama VIP Dato' Dr Reza Ibrahim bersama Dr Fadhzillah Azhraf yang dilantik sebagai Eksekutif Klinik N'MIRA.


Berpandukan moto beliau iaitu "Kecantikan Anda Keutamaan Kami," N’Mira berazam untuk mempertahankan legasi ini dengan memastikan semua orang berasa dialu-alukan dan selesa melangkah ke dunia estetika. N’Mira memupuk suasana amanah dan pemahaman, di mana pelanggan seolah-olah diberi kuasa untuk menerima perjalanan kecantikan mereka tanpa rasa takut atau ragu-ragu. 




Melalui penjagaan peribadi yang terbaik, N’Mira kini berusaha untuk mencipta sebuah persekitaran di mana setiap orang berasa dihargai, dihormati dan selesa. Transformasi Klinik Nmira daripada perkhidmatan berasaskan rumah kepada klinik yang berkembang maju turut berdepan cabarannya.


Pengasasnya, Nyak Amira Natasha termasuklah permohonan Nyak Zuriman berkata pencapaian bersejarah ini bukan sesuatu yang senang termasuklah permohonan untuk menepati kriteria yang ketat bagi mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Antara kriteria laina termasuklah mempunyai seorang pakar estetik iaitu Dr Fadhzillah Azhraf yang dilantik sebagai Eksekutif Klinik N'MIRA.


Namun dengan melalui semua kepayahan itu, dedikasi pasukan yang kuat membuatkan semangat yang tidak pernah goyah. 



Kini membentuk N'mira Clinic dalam kepesatan industri kecantikan yang semakin berkembang maju. Klinik N’Mira berusaha meningkatkan keyakinan orang ramai dengan kelengkapan rawatan dari segi perubatan dan rawatan, doktor estetika yang pakar, serta peralatan dan teknik yang optimum untuk kecantikan. 



Klinik N’mira akan meneruskan kesetiaan kepada pelanggannya dengan memberikan kepuasan melalui perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang mampu milik.

Untuk maklumat lanjut sila  layari https://www.instagram.com/nmirabeauty.medispa untuk maklumat lanjut.

NMIRA CLINIC
A-G-3 BLOCK A THE PRIME DATARAN PUCHONG 7/1 TAMAN PUCHONG UTAMA 47100 PUCHONG SELANGOR
TEL : 0139772246

MONDAY TO SATURDAY 
10AM - 7PM CLOSE EVERY SUNDAY