Terkini | New

Fipper X Jujutsu Kaisen Kolaborasi Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Fipper X Jujutsu Kaisen Kolaborasi Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Fipper dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama siri anime terkenal, Jujutsu Kaisen, bagi memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen yang pastinya dinantikan oleh peminat setia. Koleksi khas ini hanya tersedia dalam kuantiti terhad sempena sambutan Hari Raya 2025,

Sebagai jenama terkemuka dalam industri Kasut, Fipper sentiasa berusaha untuk menginovasikan produk yang bukan sahaja selesa tetapi juga bergaya. Dengan populariti Jujutsu Kaisen, siri anime yang telah mencetuskan fenomena global, kolaborasi ini bakal menjadi antara edisi yang paling dinantikan tahun ini. Menariknya, anime ini turut menjadi kesukaan rakyat Malaysia kerana dalam salah satu episodnya, terdapat rujukan kepada Malaysia, khususnya Kuantan, yang menjadikan hubungan peminat tempatan dengan siri ini lebih istimewa.

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen kepada para peminat kami. Kolaborasi ini bukan sekadar satu gabungan fesyen dan anime, tetapi juga satu penghargaan kepada komuniti peminat Jujutsu Kaisen, terutamanya di Malaysia. Kami berharap koleksi ini bukan sahaja memenuhi keperluan peminat dari segi keselesaan tetapi juga membolehkan mereka mengekspresikan minat mereka terhadap anime ini dengan penuh gaya." Ujar Fadila Aziz, Ketua Pemasaran Fipper,

Koleksi Fipper x Jujutsu Kaisen menampilkan dua jenis produk utama yang direka khas untuk keselesaan dan gaya peminat anime serta peminat Fipper:

Slip-On – Hadir dalam tiga warna eksklusif dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada dua watak ikonik Jujutsu Kaisen, iaitu Gojo Satoru dan Geto Suguru, serta logo rasmi Jujutsu Kaisen. Slip-On ini memberikan keselesaan optimum dan gaya yang unik kepada pemakainya, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mengutamakan keselesaan tanpa mengabaikan gaya.




Slipper – Versi bercetak eksklusif yang menampilkan elemen seni Jujutsu Kaisen dalam rekaan penuh gaya. Sesuai untuk kegunaan harian dan memberikan keselesaan kepada pemakai tanpa mengorbankan elemen fesyen. Direka untuk semua peringkat umur, slipper ini adalah pilihan terbaik untuk peminat tegar anime dan juga mereka yang ingin tampil dengan gaya unik pada musim perayaan ini.


Koleksi istimewa ini bukan sekadar produk fesyen biasa, malah satu bentuk penghormatan kepada dunia anime yang semakin mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia. Setiap rekaan dalam koleksi ini menampilkan elemen visual yang telah dihasilkan dengan teliti untuk memastikan setiap perincian Jujutsu Kaisen terserlah dalam reka bentuk akhir. 


Koleksi istimewa menjadi rebutan kerana ia dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan hanya tersedia untuk musim perayaan Raya 2025. Koleksi itu kini boleh didapati di semua kedai Fipper dan juga dalam talian.