Terkini | New

Majlis Peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris.

Majlis Peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris.

Pelan Latihan Penjagaan Mata Dipertingkat dan Berkongsi untuk Optometris Swasta


Majlis anjurkan oleh Persatuan Optometris Malaysia (Association of Malaysian Optometrist - AMO) dengan kerjasama Majlis Optik Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis ini diadakan di TJ Danaraj Auditorium, Akademi Perubatan Malaysia, Presint 8, Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada 17 Jun 2025.




Tetamu kehormat merasmikan peluncuran garis panduan ini adalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Tetamu kehormat lain adalah Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) selaku Penasihat Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Dr Mohd Aziz bin Husni, Ketua Kepakaran Oftalmologi KKM selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, En Ahmad Fadhullah bin Fuzai, Presiden AMO dan Prof. Dr. Azrin Esmady bin Ariffin, Presiden College of Optometrists.




Turut hadir penerangan kepada optometris berdaftar yang hadir berkenaan garis panduan tersebut oleh College of Optometrists.

Garis panduan ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta yang dilantik oleh YBMK dan terdiri daripada:

- Penasihat - Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia. 

- Pengerusi -Dr. Mohd Aziz bin Husni, Ketua Kepakaran Oftalmologi KKM Pakar Perunding & Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan

- Ahli - Ahli Jawatankuasa yang lain.

Kolej Optometris Malaysia, dengan kerjasama Persatuan Optometris Malaysia, hari ini mengumumkan pelan pelaksanaan strategik untuk latihan Penjagaan Mata Primer Dipertingkat (Enhanced Care) dan Penjagaan Berkongsi (Shared Care) bagi optometris di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan optometris dalam menjalankan tugas penjagaan mata primer dalam komuniti dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh optometris swasta.



Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris, yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Khas Penjagaan Mata Primer Optometris Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia, akan diterajui pelaksanaannya oleh Kolej Optometris Malaysia dan Persatuan Optometris Malaysia.


Pentauliahan optometris sebagai pengamal penjagaan kesihatan mata primer di bawah garis panduan ini terdiri daripada dua komponen utama: Latihan Jagarawatan Mata Primer Dipertingkat (Enhanced Care) dan Latihan Jagarawatan Bersama (Shared Care) untuk penyakit retinopati diabetik dan glaukoma, yang memerlukan pentauliahan melalui kaedah Credentialing & Privileging (C&P). Kedua-dua latihan ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan oleh optometris swasta, membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan mata primer yang efektif dan diiktiraf.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 3400 optometris berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, dengan 2658 optometris memegang Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) 2025. Daripada jumlah ini, 405 optometris berada di sektor awam dan 2995 di sektor swasta.



Perancangan untuk melatih dan memberi tauliah kepada semua optometris swasta bagi perkhidmatan dipertingkat (Enhanced Care) dan Perkhidmatan Jagarawatan Bersama (Shared Care) akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kolej Oftalmologis Malaysia.


Menjelang tahun 2030, kolej ini mensasarkan seramai 3000 optometris di Malaysia akan terlatih untuk menyediakan perkhidmatan mata primer yang berkualiti bagi mencegah dan mengurangkan beban kebutaan di Malaysia. Daripada jumlah ini, disasarkan seramai 500 optometris swasta akan ditauliahkan dan mampu memberikan jagarawatan (shared care) bagi penyakit retinopati diabetik dan glaukoma.




Perincian pelan pelaksanaan untuk kedua-dua latihan adalah seperti Jadual. Pada peringkat awal, tenaga pengajar akan disumbangkan oleh kumpulan Pakar Oftalmologi melalui kerjasama dengan College of Ophthalmologists, dan seterusnya menggunakan optometris yang telah ditauliahkan melalui Credentialing & Privileging (C&P).



Dokumen ini merangkakan struktur yang jelas untuk memastikan optometris memberikan perkhidmatan penjagaan mata berkualiti, beretika, dan selamat. Credentialing dan modul latihan membantu meningkatkan kemahiran klinikal optometris, manakala garis panduan penjagaan mata primer memastikan amalan profesional yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.



Kolej Optometris Malaysia komited untuk memperkasakan profesion optometris dan memastikan akses kepada penjagaan mata primer yang berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.