Terkini | New

Pelancaran Kaca mata NEON Dan Kerjasama Bersama RXZ Members

Pelancaran Kaca mata NEON Dan Kerjasama Bersama RXZ Members Sempena Majlis perhimpunan RXZ Members 7.0


XROOV sebuah jenama kacamata, asalnya hanya membantu pengguna sunglasses, pada masa PKP 2020. Sebelum ditukar nama kepada XROOV, jenama ini dikenali sebagai Rover. Namun ketika ingin dipatenkan nama tersebut telah diguna pakai oleh syarikat besar yang lain.




Kini XROOV ingin memperkenalkan pula suatu jenama kacamata XROOV yang diberi nama NEON sempena kerjasama bersama team RXZ Members sempena majlis perhimpunan RXZ Members 7.0 pada 22 -23 Ogos ini di Kuala Terengganu.



Founder XROOV Malaysia, Mohd Rafiz Zainal , “Kami ingin paternkan nama Rover tetapi tidak berhasil kerana nama tersebut telah digunakan pihak lain. Maka kami membuat keputusan menukar nama baru (rebranding) nama kembali kepada XROOV. Setakat ini penjualan terus meningkat dengan permintaan yang tinggi di Malaysia sehingga sekarang.”




Mohd Rafiz Zainal menambah, Selain itu, kami juga turut bekerjasama dengan Raja Azrey yang juga merupakan pengarah dari Pondok Karya Kreatif bagi menghasilkan filem pendek NEON WARNA KEHIDUPAN yang menampilkan Fauzi Nawawi. Lisdawati, Shaheizy Sam, Ebby Yus, Syazzli Syah, Evie Razuan dan adik Danish Hazriq.




Turut hadir founder bersama, Rusydina bt Norman dan Wakil RXZ members Mohamad Faizal Mat Ali.




Penonton boleh menyaksikan filem pendek NEON: WARNA KEHIDUPAN pad 16 Jun 2025 jam 9 malam di YouTube Xroov Official Malaysia.



XROOV beroperasi dengan lebih 24 wakil rasmi di seluruh Malaysia dan berhasrat menambah lokasi fizikal menjelang hujung tahun 2025. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media XROOV di Facebook dan IG untuk maklumat terkini.