AMIRUL TRAVEL & TOUR menganjurkan Majlis Bacaan Doa Selamat sempena keberangkatan ke Mekah
AMIRUL TRAVEL & TOUR menganjurkan Majlis Bacaan Doa Selamat sempena keberangkatan ke Mekah Dan Menaja Anita bagi ziarah Umrah September 2025

Amirul Travel & Tours sebuah syarikat Pengurusan yang membawa jemaah bagi mengerjakan haji dan umrah dan beribu pejabat di Alor Setar Kedah.
Anita Yusop bertuah telah terpilih untuk bersama Amirul Travel & Tour ke Tanan Suslci bagi mengerjakan umrah pada September selama 11 hari bersama Amirul Travel & Tours.


Majlis doa selamat dan makan malam ini telah berlangsung pada hari Isnin, 8 September 2025 bertempat di Mama & Adieq Cafe, Fraser Business Park.
Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT dan bertujuan untuk memohon restu serta doa daripada ahli keluarga, rakan-rakan, rakan kongsi perniagaan, dan tetamu jemputan agar perjalanan Anita Yusop ke Tanah Suci dipermudahkan dan ibadah umrahnya diterima.
_copy_1280x721.jpg)
Ketua Pengarah Eksekutifnya Dato Hajjah Roslina binti Ahmad telah bermurah hati menaja package umrah ke Tanah Suci untuk Anita Yusop disamping turut menganjurkan Majlis kesyukuran bacaan doa selamat untuk keberangkatan ke Mekah di restoran miliknya bersama anak anak yatim Nurul Hasanah yang turut diraikan bersama seramai 11 orang.


"Saya amat terharu dan bersyukur atas kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah. Majlis ini adalah cara saya untuk berkongsi kegembiraan dan memohon doa daripada semua yang hadir," kata Anita Yosup


Majlis yang ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara hadirin. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Amirul Travel & Tours Dato Hajjah Roslina binti Ahmad dan Pengarah urusan Restoran Mama & Adieq, Travel agent, media dan kenalan rapat.
Mengenai Amirul Travel & Tour
Amirul Travel & Tour adalah syarikat pengurusan bagi ziarah haji & umrah disamping sebagai agensi pelancongan.