Pelancaran Rasmi Kempen ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’
Pelancaran Rasmi Kempen ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’

NEX bersama Fattah Amin, dengan rendah diri melancarkan kempen solidariti khas, "NEX & Fattah Amin Bersama Palestin" di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Inisiatif ini bukan sekadar kutipan dana ia adalah sebuah gerakan untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui keperluan harian, membuktikan bahawa walaupun tindakan sekecil seperti membeli sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.

Pada 17 Oktober 2025, kempen ini akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam, dengan RM0.50 daripada setiap botol disalurkan bagi mencapai sasaran kolektif sebanyak RM250,000. Hasil kutipan akan disalurkan terus ke usaha bantuan di Gaza melalui Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Baru-baru ini, dunia tersentuh oleh tindakan rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, setiap botol membawa bekalan dan harapan. Di NEX, kami melihat botol kami dengan makna yang sama - bukan sekadar hidrasi, tetapi sebagai wadah solidariti. Pemilihan bulan Oktober juga penuh simbolik, memperingati tragedi 7 Oktober 2023, dengan hasrat untuk mengubah tarikh penuh duka itu menjadi hari penuh harapan, bersama dan suatu tindakan bermakna.


"Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama; ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan," Ujar Fattah Amin.

Turut bersama-sama memberi sokongan semasa pelancaran, Imam Muda Asyraf berkata, " Pada hari Jumaat yang mulia itu nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah, tetapi juga untuk tujuan bersama. Amalan kecil seperti membeli sebotol air boleh menjadi sadaqah jariah pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin."

Satu Hari, Satu Misi, 17.10.25
Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati di TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara. Penampilan khas oleh Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di masjid terpilih disekitar Lembah Klang.



Setiap botol yang dibeli bukan sahaja sebagai simbol hidrasi, tetapi juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan. Jadilah sebahagian daripada kempen bermakna ini. Pada 17 Oktober 2025, dapatkan Botol Edisi Terhad NEX dan sertai kami dalam memberi bantuan, doa, serta harapan kepada rakyat Palestin.


Mengenai jenama NEX
NEX ialah jenama minuman Malaysia yang mementingkan kualiti dan kebersamaan dalam komuniti. Lebih daripada sekadar hidrasi, NEX berusaha mencipta inisiatif bermakna yang menyatukan semua dan membawa perubahan.
Mengenai Cinta Gaza Malaysia (CGM)
Cinta Gaza Malaysia ialah NGO kemanusiaan yang komited menghantar bantuan, sokongan, dan harapan kepada rakyat Palestin. Melalui kerjasama erat dan usaha di peringkat akar umbi, CGM memastikan setiap sumbangan sampai terus kepada saudara-saudara kita semua di Gaza.
Untak maklumat lanjut sila layari TikTok & Instagram @nexbeverage dan produk boleh di dapati di TikTok Shop & Shopee