Harman Kardon Memperkenalkan Aura Studio 5
Harman Kardon Memperkenalkan Aura Studio 5 Siri Pembesar Suara Menampilkan rekaan , keindahan bunyi, dan pancaran cahaya berinspirasikan alam

Harman Kardon memperkenalkan Aura Studio 5, evolusi terbaharu dalam siri pembesar suara Aura Studio yang memukau. Menampilkan rekaan pencahayaan berlapis dan seni akustik yang diperhalusi, ia dicipta untuk membangkitkan deria serta memperkayakan setiap detik pengalaman audio anda.
Intipati sebenar Aura Studio 5 terletak pada seni rekaan akustik tiga hala yang diperbaharui, menawarkan prestasi bunyi yang dipertingkatkan dengan enam pemacu julat penuh, subwufer khusus, dan tweeter yang ditala dengan ketepatan untuk menghasilkan kejelasan vokal yang menawan. Dengan memanfaatkan teknologi eksklusif HARMAN Constant Sound Field, Aura Studio 5 memberikan kejelasan yang lebih jernih dan medan bunyi yang lebih luas, membolehkan pendengar hanyut dalam alunan muzik yang terbuka dan menyelubungi dari setiap arah.


Hayati pengalaman yang melangkaui bunyi; tenangkan diri dan biarkan Aura Studio 5 menghidupkan suasana di sekeliling anda. Sistem pencahayaan berlapis yang dinamik menghasilkan kesan visual yang serasi dengan alunan muzik, memantulkan cahaya lembut ke dinding dan siling, lalu berdenyut indah di sekeliling kubah lut sinarnya. Dengan lima tema yang diinspirasikan oleh alam; Ocean, Aurora, Blossom, Sunrise, dan Fireplace, setiap mod pencahayaan membawa kehangatan, kedalaman dan irama tersendiri ke ruang kediaman. Untuk kawalan penuh, pilih warna statik kegemaran anda atau beralih antara tema melalui aplikasi Harman Kardon ONE.
Dengan siluet yang diperhalusi dan bentuk yang lebih ekspresif, Aura Studio 5 menyerlahkan keanggunan baharu pada kubah lut sinarnya yang ikonik. Dihasilkan daripada material premium dan diserikan dengan logo Harman Kardon yang seolah-olah terapung di ruang tengah, pembesar suara ini memancarkan keanggunan dan kemewahan yang memukau, hadir dengan pesona yang begitu semula jadi.
“Visi kami untuk Harman Kardon Aura Studio 5 adalah jelas: menggabungkan cahaya dan bunyi secara semula jadi, dengan cara yang memikat serta menyentuh jiwa pendengar,” ujar Grace Koh, Pengurus Besar dan Naib Presiden, Audio Pengguna, Harman Asia Pacific. “Ini bukan sekadar pembesar suara; ia adalah karya yang membentuk suasana, memperindah ruang, dan menambah harmoni pada gaya hidup unik pengguna kami di rumah.”
Pembesar suara Bluetooth ini menyokong sambungan stereo dan sambungan berbilang pembesar suara melalui Auracast™ untuk pengembangan audio yang lancar di seluruh ruang kediaman. Menerusi aplikasi Harman Kardon ONE, pengguna juga boleh melaras kesan audio dan pencahayaan dengan lebih teliti untuk pengalaman yang diperibadikan.
Mulai 7 hingga 10 November 2025, para pencinta audio boleh membuat pra-tempahan untuk Harman Kardon Aura Studio 5 dan menikmati hadiah eksklusif selagi stok masih ada. Dengan harga RM1,599, pembesar suara ini akan dilancarkan secara rasmi pada 11 November 2025 dalam talian rasmi Harman Kardon.