Terkini | New

Kuala Lumpur Tower Memperkenalkan Keluarga Maskot Baharu Serta Meraikan Pemenang Pertandingan Rekaan Befriend Kay Elle

Kuala Lumpur Tower Memperkenalkan Keluarga Maskot Baharu Serta Meraikan Pemenang Pertandingan Rekaan Befriend Kay Elle


Kuala Lumpur Tower, salah satu mercu tanda ikonik negara, hari ini mencipta sejarah baharu dalam dunia kreativiti dan pengalaman pengunjung dengan memperkenalkan keluarga maskot terbaharunya iaitu Kay Elle, Tawa, Hornbelle, Cik Mak dan Puteri Raya.


Bertempat di HEMISFERA Luxury Sky Hall, pelancaran ini menandakan langkah penting dalam usaha transformasi pengalaman pelancongan, penjenamaan budaya dan pengukuhan hubungan komuniti. Majlis tersebut turut meraikan para pemenang Pertandingan Rekaan Befriend Kay Elle, sebuah inisiatif yang berjaya menarik hampir 200 penyertaan, mencerminkan bakat serta kreativiti rakyat Malaysia.


Sebuah Menara dengan Jiwa – Kini Diceritakan Melalui Watak Setelah hampir tiga dekad, Kuala Lumpur Tower bukan sekadar struktur yang mencorakkan panorama kota ia adalah simbol kebanggaan negara, saksi sejarah dan mercu yang dekat di hati rakyat Malaysia.


Pengenalan watak maskot ini buat pertama kalinya memberikan wajah serta personaliti kepada Kuala Lumpur Tower, melalui karakter -karakter yang diinspirasikan daripada elemen yang membentuk identitinya: alam semula jadi, budaya dan semangat kebangsaan.



Merasmikan majlis tersebut, Encik Khairil Faizal bin Hj Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., berkata: “Kuala Lumpur Tower menyimpan kisah yang dekat dengan setiap rakyat Malaysia. Maskot-maskot ini membantu kita menceritakan lagi kisah itu dengan lebih jelas dan lebih hidup. Ia mencerminkan sejarah kita, realiti hari ini, dan aspirasi masa depan dengan cara yang lebih bermakna, ceria dan mencerminkan semangat Malaysia .”


KELUARGA MASKOT BAHARU KUALA LUMPUR TOWER

KAY ELLE – Cahaya di Langit Kota Diinspirasikan oleh pencahayaan Kuala Lumpur Tower yang menera ngi malam ibu kota , Kay Elle membawa simbol harapan dan keterujaan . Sifatnya yang ceria dan ingin tahu mencerminkan rasa kagum yang dirasai setiap kali Kuala Lumpur Tower menyinari kaki langit kota.

TAWA – Penjaga Hutan Rimba
Kuala Lumpur Tower dibina berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas yang berusia 130 juta tahun , salah satu kawasan hutan yang ter pelihara di tengah ibu kota. Dari warisan alam ini lahirlah Tawa  watak yang melambangkan biodiversiti, pemeliharaan dan hubungan menara dan alam semula jadi.


Pertandingan Rekaan Befriend Kay Elle Pertandingan ini mengajak rakyat Malaysia mencipta rakan baharu untuk Kay Elle.

Tiga watak telah dipilih berdasarkan kekuatan cerita, nilai budaya dan keserasian dengan identiti Kuala Lumpur Tower:

HORNBELLE – Semangat Megah Malaysia Timur Diinspirasikan daripada burung enggang, khususnya Enggang Badak , burung negeri Sarawak dan simbol budaya di Malaysia Timur – Hornbelle melambangkan perpaduan, kekuatan dan warisan Sabah serta Sarawak , seiring dengan peranan Kuala Lumpur Tower sebagai penghubung seluruh rakyat Malaysia.

CIK MAK – Kehangatan Sambutan Malaysia Cik Mak menggambarkan rasa selesa dan mesra yang dirasai rakyat Malaysia setiap kali melihat menara di kaki langit . Diinspirasikan secara simbolik daripada nasi lemak sebagai lambang ”rumah” – bukan.sebagai maskot makanan, tetapi sebagai simbol kasih sayang dan hospitalit i Malaysia.

PUTERI RAYA – Puteri Bunga Kebangsaan
Puteri Raya diinspirasikan daripada Bunga Raya , bunga kebangsaan Malaysia yang sinonim dengan keindahan, keberanian dan makna simboliknya . Kelopak berwarnanya mencerminkan perpaduan serta semangat kebangsaan , seiring dengan pencahayaan warna-warni Kuala Lumpur Tower yang sentiasa menyinari langit ibu kota.



Para pemenang 
Christelle Siow Zhi Shien (Hornbelle) , Nur Aliahsafiyah Atikah Binti Mat Noor (Cik Mak) dan Lay Heng Soon (Puteri Raya),masing -masing memenangi hadiah wang tunai RM2000.00, pas tahunan Kuala Lumpur Tower dan cenderamata rasmi, serta berpeluang melihat rekaan mereka dijadikan sebagai sebahagian daripada keluarga maskot Kuala Lumpur Tower.

Keluarga maskot ini akan menjadi nadi kepada pelbagai inisiatif baharu Kuala Lumpur Tower, melalui:

• Pengalaman interaktif bersama pengunjung
• Program belia dan sekolah
• Program kebudayaan dan perayaan
• Kempen pelancongan nasional
• Barangan dan kandungan kreatif
• Inisiatif penceritaan digital


Pengenalan ini selaras dengan usaha Malaysia memperkukuh pengalaman pelancongan budaya menjelang Visit Malaysia 2026 , dan memastikan Kuala Lumpur Tower terus kekal relevan serta dekat di hati rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar yang meriah bersama maskot, para pereka, tetamu jemputan dan rakan media. Buat pertama kalinya , kelima-lima watak tampil bersama, menandakan permulaan era baharu bagi Kuala Lumpur Tower di mana seni bina dan imaginasi berjalan seiring. 



Dengan kehadiran Kay Elle, Tawa, Hornbelle, Cik Mak dan Puteri Raya, Kuala Lumpur Tower kini melangkah ke masa depan sebagai sebuah mercu yang hidup dengan kisah -kisah yang setinggi dan seindah menara itu sendiri .