Andaman Seafood & Dim Sum kini dibuka di Sunway Resort Hotel
Ingin menikmati makanan laut segar dan Dim Sum yang segar lagi lazat? Andaman Seafood & Dim Sum kini dibuka di Sunway Resort Hotel.


Cawangan ke-tiga Andaman Seafood & Dim Sum yang menyajikan “live seafood” telah dibuka bulan ini. Dengan keluasan yang mampu memuatkan sehingga 170 pelanggan pada satu-satu masa, Andaman seafood & Dim Sum turut berbangga dengan sajian menu mewah dengan harga berpatutan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Peter Tey, pemilihan lokasi yang strategik ini bagi menambahkan bilangan pelanggan yang mahukan keselesaan dan taraf makanan 5 bintang namun dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

“Kalau dibandingkan harga makanan kami dengan mana-mana Hotel 5 bintang, makanan kami lebih mampu dinikmati kerana lebih murah dengan konsep ‘live serafood” dimana para pelanggan dapat menikmati makanan segar yang sangat berkualiti”, Tambah beliau lagi.


Restoran yang berkonsepkan keselesaan keluarga dan hiburan itu menyajikan lebih 52 sajian dari negara- negara ASEAN. Terbaharu sajian enak resepi istimewa yang dibawa khas dari Timur Leste juga boleh didapati di restoran ini.


“Lokasi restoran ini yang terletak di lobi Sunway Resort Hotel adalah sangat bersesuaian dengan kehadiran pelancong yang menjadikan kawasan ini antara tumpuan bagi riadah dan melancong. Pelancong dari luar negara dapat menjamu selera di restoran ini dengan pelbagai menu yang bukan sahaja dari Malaysia namun juga dari 11 negara ASEAN. Ini menjadikan restoran ini yang pertama menyediakan pelbagai menu masakan ASEAN dalam hidangannya”.



Menurut Peter, restoran ini merupakan cawangan ketiga dimana cawangan pertamanya iaitu Andaman Seafood Village Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang turut menyediakan Grand Ballroom serta mampu memuatkan sehingga 1500 pelanggan dan sangat sesuai bagi mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan.




Katanya, Andaman Seafood Village Kuala Lumpur telah memperolehi sijil Halal manakala bagi Andaman Seafood & Dim Sum Sunway, adalah Muslim Friendly.




“Kami mendapatkan bekalan dari pembekal halal bagi menyediakan hidangan yang mampu dirasai semua kaum dan agama, termasuk dari pelanggan muslim. Jadi pelanggan boleh datang dan merasai pengalaman ‘Live Seafood” tanpa was-was dan merasai keenakkan Dim Sum kami yang dibuat segar setiap hari, dari penyediaan doh dan adunan sehingga intinya yang tidak disejuk bekukan sama sekali oleh chef yang dibawa khas dari Singapura”





“Kami turut mengimport sendiri makanan laut segar dan ‘masih hidup’ dari Sabah dan juga negara luar seperti Alaska dan Australia. Menu paling mahal 598 perkg. Satu lobster boleh buat dua perasa. Turut menghidangkan sashimi dan typon shelter. Sekarang ada promosi ketam dari Indonesia 700 gram pada harga RM118. Diskaun 50 peratus dari harga biasa. Mereka turut ada menu-menu istimewa dab pakej untuk hujung tahun banyak syarikat akan buat dinner dan perjumpaan" tambah beliau lagi.


Mengakui mereka kini sedang dalam perancangan bagi mengembangkan perniagaan restoran ini ke Maldives dan Cambodia kerana mendapat jemputan khas dari sebuah hotel di sana menerusi pelanggan dari negara berkenaan yang secara langsung telah merasai keenakkan hidangan restoran Andaman Seafood & Dim Sum sebelum ini.



Memiliki lebih 200 pekerja pada masa kini, dan dibuka dari 9.30 pagi sehingga 10.30 malam. Restoran ini turut memenangi anugerah Asean Records bagi kategori Largest ASEAN Cuisine Seafoofd Restaurant (52 Dishes from 11 ASEAN countries, over 16930 sq ft, Single Compund Menu) pada 22 oktober lalu.
📍 Andaman Seafood & Dim Sum
Lobby Level 1, Sunway Resort, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media mereka di https://www.andamanseafood.my
