Terkini | New

AEON MALL x Cakechela 5.0: Membawa Pengalaman Piknik Krismas Yang Meriah ke AEON MALL Shah Alam

AEON MALL x Cakechela 5.0: Membawa Pengalaman Piknik Krismas Yang Meriah ke AEON MALL Shah Alam


​Sebagai sebahagian daripada kempen “Merrier Christmas Ever”, AEON MALL dengan kerjasama bersama komuniti pencinta makanan KL ( KLfoodie ) untuk membawakan pengalaman berkelah perayaan yang unik ke AEON MALL Shah Alam melalui acara Cakechela 5.0. 



Kolaborasi menarik ini menandakan edisi kelima Cakechela, menawarkan peluang istimewa buat peminat kek, keluarga, dan rakan-rakan untuk meraikan kegembiraan Krismas bersama-sama.


​Tahun ini, AEON MALL meneruskan sambutan perayaan di seluruh negara di kesemua 27 cawangannya dengan menampilkan konsep imersif seperti paparan DC Chibi Super Heroes dan hiasan bertemakan Krismas. Tarikan utama acara ini merupakan hiasan pusat yang tinggi menjulang, mewujudkan tarikan foto 360° yang disediakan secara eksklusif sepanjang kempen Krismas 2025.




​Selain itu, AEON MALL turut memperkenalkan inflatable DC Chibi Super Heroes jelajah pusat beli-belah yang pertama di Malaysia dalam skala seumpama ini. Ia menggabungkan ikon budaya pop global dengan sambutan perayaan tempatan satu kolaborasi Krismas pertama di Malaysia yang direalisasikan menerusi kerjasama dengan Warner Bros. dan Pacific Licensing Malaysia.



​Cakechela 5.0 pula edisi Piknik Krismas melambangkan inisiatif gaya hidup perayaan AEON MALL dengan menawarkan ruang yang mesra dan terbuka untuk komuniti berkumpul. Para pengunjung dapat menikmati:

Aneka Kek Menarik: Hasil seni kek serta melambangkan semangat Krismas.

Suasana Berkelah Santai: Tetapan gaya berkelah yang sesuai untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Ruang Foto Imersif: Dekorasi perayaan yang indah dan sesuai untuk hantaran media sosial.
Interaksi Komuniti: Peluang untuk mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana keraian.


​Pengalaman unik ini dirancang khas untuk mencipta memori yang bermakna bagi setiap tetamu, menjadikannya aktiviti hujung tahun yang ideal bagi mereka yang meraikan musim perayaan ini sambil berbelanja.




​Melalui inisiatif seperti Cakechela 5.0, AEON MALL Shah Alam terus menerajui penganjuran acara berbentuk pengalaman (experiential events) yang menyatukan orang ramai, memperkasakan sambutan perayaan, dan menyokong komuniti gaya hidup yang bertenaga di dalam pusat beli-belah.


Kemuncak sambutan diserikan dengan acara Balloon Drop yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung, terutamanya buat keluarga dan kanak-kanak.





​Acara Balloon Drop ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak pengurusan pusat membeli-belah untuk mencipta memori indah dan suasana ceria buat para pelanggan yang berkunjung sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan ini. Ratusan belon berwarna-warni akan dilepaskan dan pengunjung dapat menerima hadiah dari belon yang sempat direbut memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri sambutan Krismas di AEON Mall.


​Selain acara tersebut, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai dekorasi menarik, aktiviti interaktif, dan tawaran beli-belah istimewa di seluruh pusat membeli-belah sepanjang tempoh kempen berlangsung.

​Untuk maklumat lanjut layari laman web dan media sosial AEON MALL.
​Laman Web: www.aeonmallmy.com
Facebook: AEON MALL Malaysia
Instagram: @aeonmallmalaysia