Konsert LOKALOKO 2026 Kongsikan Tampilkam Persembahan Istimewa Dan Giveaway 100 Tiket Percuma
Konsert LOKALOKO 2026 Kongsikan Tampilkam Persembahan Istimewa Dan Giveaway 100 Tiket Percuma

LOKALOKO mengumuman siri konsert sulungnya 2026 telah mengadakan satu sesi media eksklusif yang berlangsung pagi ini di The CAGE, LaLaport BBCC sebuah lokasi yang mencerminkan semangat LOKALOKO yang berani dan di luar kebiasaan. Walaupun hujan lebat menyebabkan sedikit kelewatan, sesi ini tetap menjadi permulaan yang bermakna dan penuh keterujaan bagi siri konsert baharu ini.
Penganjur Milestone Production berkongsi lebih mendalam mengenai hala tuju kreatif LOKALOKO, format konsert yang diperkenalkan serta elemen-elemen istimewa yang membezakan siri ini daripada persembahan muzik secara konvensional.

Dijadualkan berlangsung pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, LOKALOKO bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah platform muzik merentas sempadan yang menyatukan pelbagai generasi dan genre melalui pengalaman muzik secara langsung.
Barisan Artis Disusun Teliti, Setiap Satu Ada Cerita “Idea di sebalik LOKALOKO adalah kontras dan keseimbangan. Setiap artis membawa identiti serta emosi yang berbeza, namun semuanya disatukan oleh muzik secara langsung. Itulah pengalaman yang kami ingin kongsikan bersama penonton,” kata Dato’ Grace Lee, Pengarah Urusan Milestone Production.


Butterfingers membawa identiti rock alternatif yang ikonik, dengan persembahan pentas yang sentiasa penuh karakter dan impak. Manakala, Amir Jahari pula membawa muzik yang dekat dengan kisah dan emosi, jujur serta mudah menyentuh perasaan. FUGŌ mewakili generasi baharu dengan bunyi yang segar, ekspresif dan relevan dengan pendengar hari ini.
The Lantis, dari Indonesia, tampil dengan indie-pop bernada lembut dan emosional, senang didengar, dan dekat di hati. Turut menampilkan kehadiran fizikal Butterfingers dan FUGŌ, serta penampilan secara maya oleh The Lantis dari Indonesia. Amir Jahari bagaimanapun tidak dapat hadir kerana kini berada di Thailand bagi majlis penutupan Sukan SEA.


Pengacara Ayie meluahkan rasa ingin tahu tentang apa yang mendorong kumpulan legenda Butterfingers untuk berkata, “Ya, LOKALOKO jom bekerjasama.” Menjawab persoalan itu, Emmet dari Butterfingers berkata, “Seperti yang disebut oleh Dato’ Grace, LOKALOKO adalah tentang merentas budaya dan sempadan. Kami sememangnya sentiasa tertarik dengan perkara yang unik itulah yang mencuri perhatian kami dan menjadi sebab kami berada di sini.”

Mewakili FUGÅŒ, Fai pula berkongsi, “Beraksi di pentas Zepp KL sentiasa menjadi impian ramai pemuzik di Malaysia dan kami benar-benar teruja untuk membuat persembahan di LOKALOKO pada Januari nanti. Ia merupakan persembahan pertama kami bagi tahun 2026, serta permulaan kepada lembaran baharu buat FUGÅŒ.”


Sementara itu, Loque dan Kadak dari Butterfingers turut berkongsi bahawa kumpulan tersebut sudah lama tidak aktif, dan kini teruja untuk menyusun senarai lagu secara teliti yang merangkumi perjalanan mereka daripada era awal hingga ke album terkini. Para peminat boleh menjangkakan pengalaman Butterfingers yang benar-benar lengkap di pentas LOKALOKO. The Lantis pula berkongsi rasa terkejut apabila mengetahui lagu mereka Santai lebih popular di Malaysia berbanding Indonesia, sebelum menghiburkan wakil media dengan nyanyian korus lagu tersebut secara langsung.

Menutup sesi soal jawab, Dato’ Grace berkongsi visi jangka panjang beliau untuk merapatkan jurang merentas sempadan serta meletakkan Malaysia sebagai destinasi hiburan di Asia. Inisiatif ini diharapkan dapat merancakkan pelancongan serantau serta menyatukan masyarakat melalui pengalaman muzik secara langsung yang indah dan dikongsi bersama.
Menutup sesi soal jawab media, Dato’ Grace telah membunyikan gong sebagai simbolik pelancaran rasmi siri LOKALOKO di ruang heksagon The CAGE. Kesemua artis yang terlibat melambangkan semangat sebenar LOKALOKO tanpa batas genre, tanpa had usia, tanpa sempadan, hanya kegembiraan muzik yang menyatukan semua.
Dua Konsert, Dua Vibe Antara perkara paling menarik tentang LOKALOKO 2026 ialah penganjuran dua konsert berbeza dalam satu hari, masing-masing dengan vibe tersendiri. Sesi petang, Butterfingers ft Amir Jahari (3 petang), membawa pengalaman yang lebih berbeza daripada momen yang lebih tenang dan emosional, sehinggalah ke persembahan yang lantang dan penuh tenaga di pentas.

Manakala sesi malam, The Lantis ft FUGŌ (8 malam), menampilkan suasana yang lebih santai, moden dan mesra penonton dengan muzik indie-pop dan alternatif yang mudah dinyanyikan dan dinikmati bersama.
Pendekatan ini memberi ruang kepada penonton untuk memilih vibe yang paling dekat dengan mereka, atau menikmati kedua-dua persembahan tanpa menjejaskan aliran, impak dan identiti setiap artis.

Daripada Broadway & West End Musicals ke Pengalaman Konsert yang Lebih Santai Dato’ Grace turut menjelaskan bahawa LOKALOKO bukanlah satu perubahan arah, sebaliknya merupakan kesinambungan semula jadi perjalanan kreatif Milestone Production. Selepas bertahun-tahun menganjurkan konsert pop Barat serta produksi muzikal Broadway dan West End yang lazimnya bersifat formal dan dipersembahkan di venue berkonsep teater, pasukan Milestone melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman muzik secara langsung yang lebih santai, interaktif dan dekat dengan artis tanpa mengorbankan standard kualiti dan profesionalisme yang menjadi teras syarikat.


Giveaway 100 Tiket Percuma
Bagi meraikan pelancaran rasmi LOKALOKO, sebanyak 100 tiket percuma akan diberikan menerusi platform TikTok dan Instagram. Peminat digalakkan untuk mengikuti akaun media sosial rasmi LOKALOKO di @lokalokomy bagi mendapatkan maklumat peraduan, kemas kini terbaru serta pelbagai kejutan termasuk kemungkinan penampilan istimewa dan momen eksklusif khas buat peminat menjelang hari konsert
Tiket ditawarkan bermula dari RM148, dengan pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian serendah RM49 sebulan. Pas Bundle turut disediakan, menawarkan akses ke kedua-dua sesi pada harga istimewa. Pemegang kad Maybank layak menikmati diskaun 10% (tertakluk kepada terma dan syarat). Semua harga tiket tidak termasuk yuran tempahan.
Tiket boleh didapati di: ticketmelon.com/lokaloko/MY