Terkini | New

Raikan Ramadan Dengan Jelajah Kulinari 5 Rasa Di Micasa All Suite Hotel

Raikan Ramadan Dengan Jelajah Kulinari 5 Rasa Di Micasa All Suite Hotel


Raikan Ramadan ini dengan insan tersayang! Jemput hadir ke bufet istimewa yang penuh dengan gabungan rasa terbaik dari 5 negara Asia. Diinspirasikan oleh semangat Sajian 5 Rasa (Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia), Chef Adrian dan pasukan telah mencipta pengalaman bersantap yang penuh warisan, rasa, dan hidangan yang membangkitkan selera.

Dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn Bhd, kami menjamin anda dapat menikmati pelbagai hidangan dengan rasa yang lebih autentik dan penuh keaslian.


SAJIAN AUTENTIK DARI 5 NEGARA ASIA

Mulakan dengan Kerabu Maggi dan Kerabu Kerang Tauge yang segar dan pedas. Nikmati salad terkenal seperti Som Tam Thai dan Gado-Gado Indonesia. Untuk hidangan utama, rasai ledakan rasa Cuba Pad Kra Pao Beef Thai, Ayam Sambal Hijau, Daging Dendeng yang kaya, Lamb Madras berperisa, dan Aloo Masala yang lazat dan semuanya diperkaya dengan sos dan rempah istimewa Mahsuri.







HIDANGAN ISTIMEWA RAMADHAN

Berbuka puasa dengan kehangatan bersama Sup Gearbox, Makanan Laut (kembali atas permintaan ramai) dan pilih sama ada Sup Krim Jagung dan Isi Ketam atau Sup Labu dan Bayam. Kemudian, saksikan aksi di Stesen Carving yang menyajikan Kambing Panggang yang dihiris segar, diperisa dengan perapan Mahsuri dan akhiri dengan rasa unik “Locing Thai" istimewa.







Rasai kemeriahan di stesen India dan tonton sendiri chef menebar Roti Canai dan Roti Boom yang sempurna. Jangan lepaskan Murtabak, padat dengan inti pedas dan diperkaya dengan adunan autentik Mahsuri dan disediakan segar di hadapan anda. Rangup dan keemasan Cucur Bakwan serta manis berkaramel Pisang Goreng, snek sempurna yang pasti digemari semua.







Tiada jamuan yang lengkap tanpa yang manis rasai aneka kuih dan segarkan tekak dengan ABC dan Cendol yang sejuk, atau nikmati keenakan Pulut Mangga. Hilangkan dahaga dengan Teh Tarik yang power dan Kelapa Laut berais untuk penamat yang sempurna.








MiCasa All Suite Hotel menawarkan suasana mesra dan selesa. Ruang makan yang luas adalah tempat yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan berkongsi keberkatan Ramadan dengan harmoni.

TARIKH: Mulai 26hb Februari 17hb Mac 2026
MASA: 6:30 petang 10:00 malam
HARGA: RM148 bersih bagi dewasa | RM98 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5-12 tahun).

HARGA AWAL (EARLY BIRD)
● 28Nov 2025-10 Jan 2026: RM98 bersih bagi dewasa
● 11 Jan 31 Jan 2026: RM128 bersih bagi dewasa, RM98 bagi warga emas dan kanak-kanak (5-12 tahun).

Raikan semangat Ramadan dengan penuh kemesraan dan nikmati hidangan istimewa kami, yang menjadi lebih istimewa dengan produk autentik Mahsuri. Tempat letak kereta (RM5 bersih setiap kemasukan) dan kemudahan surau turut disediakan.

TEMPAH SEKARANG
Sila hubungi Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 (WhatsApp) atau e-mel ke fnbkul@micasahotel.com. Untuk tempahan berkumpulan dan pembelian voucher, hubungi Jabatan Jualan di +6014-757 9866 atau e-mel ke infokul@micasahotel.com