Terkini | New

Nikmati Bufet Ramadan Istimewa “warisan Ancasa” Di Ancasa Resort Port Dickson

Nikmati Bufet Ramadan Istimewa “warisan Ancasa” Di Ancasa Resort Port Dickson


Bulan Ramadan merupakan waktu yang penuh keberkatan, menyatukan keluarga dan sahabat handai untuk berbuka puasa sambil mencipta kenangan indah bersama. Menyambut bulan yang mulia ini, AnCasa Resort Port Dickson mempersembahkan Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Warisan AnCasa”, sebuah pengalaman berbuka puasa yang menampilkan kekayaan rasa tradisional serta sentuhan resipi warisan yang dekat di hati.







​Tema “Warisan AnCasa” dipilih bagi mengangkat keistimewaan masakan tradisional Melayu serta cita rasa tempatan yang menekankan keaslian rasa dan nilai kekeluargaan. Ia selari dengan aspirasi AnCasa Resort Port Dickson untuk menawarkan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, malah membangkitkan nostalgia dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.




​Bermula 21 Februari hingga 19 Mac 2026, para tetamu dijemput untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan. Antara menu utama yang bakal menjadi tumpuan termasuk Nasi Biryani Gam Kambing, Ayam Panggang Santan Madu, Kari Kepala Ikan, Daging Tetel Asam Pedas, Rendang Pedas Kupang, Nangka Masak Lemak Ikan Masin, Ikan Sembilang Berlada serta Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Setiap sajian disediakan dengan sentuhan unik yang mengekalkan keaslian rasa serta memberi pengalaman kulinari yang bermakna.




​“Konsep Warisan AnCasa ini diinspirasikan daripada masakan tradisional yang sering menjadi hidangan utama di meja berbuka puasa keluarga kita. Setiap menu disediakan dengan penuh teliti menggunakan resipi warisan dan bahan berkualiti bagi memastikan rasa yang asli serta kepuasan kepada para tetamu. Kami mahu setiap hidangan mengimbau kenangan berbuka puasa di rumah bersama keluarga,” Ujar Chef Shahrir Nizar Abdul Samad, Chef Eksekutif (Sous) AnCasa Resort Port Dickson,



​Bufet Ramadan ini turut dilengkapi dengan pelbagai stesen masakan secara langsung, membolehkan para tetamu menikmati hidangan yang disediakan segar. Antara sajian yang menjadi tumpuan ialah Sup Panas, Char Kuey Teow dan Kambing Golek.




Tidak lengkap sesuatu bufet Ramadan tanpa pencuci mulut yang menyelerakan. Para pengunjung akan dimanjakan dengan pelbagai kuih-muih tradisional, aneka agar-agar dan puding, pilihan kek, ais kacang, apam balik serta pelbagai lagi hidangan manisan yang dirumus khas menggunakan resipi turun-temurun, sekali gus melengkapkan pengalaman berbuka puasa yang sempurna.




​Selain kepelbagaian hidangan, AnCasa Resort Port Dickson turut menawarkan harga bufet Ramadan yang sangat berpatutan dan mesra keluarga. Baucar tempahan awal hanya RM58 bersih seorang, boleh didapati sebelum 1 Februari 2026. Harga biasa bufet Ramadan adalah RM68 untuk dewasa, RM48 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM38 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 06 662 7288 samb. 3 atau 011 5881 5167.



​Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian tradisi yang kaya dengan rasa serta suasana berbuka puasa yang selesa dan mempesonakan di AnCasa Resort Port Dickson sepanjang bulan Ramadan ini. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan insan tersayang, dan rasai sendiri keistimewaan Bufet Ramadan Warisan AnCasa.


​MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS

AnCasa Hotels & Resorts merupakan rangkaian hotel milik UDA holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Negeri Sembilan. Setiap hotel dalam rangkaian kami menjanjikan pengalaman penginapan yang unik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan serta perkhidmatan yang mesra dan profesional. Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di AnCasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com.my.

​Instagram : @ancasahotels_resorts
Tiktok : @ancasahotelsresorts
Facebook : AnCasa Resort, Port Dickson by AnCasa Hotels & Resorts