Galaxy Unpacked Februari 2026: Telefon AI Seterusnya Menjadikan Hidup Anda Lebih Mudah
Galaxy Unpacked Februari 2026: Telefon AI Seterusnya Menjadikan Hidup Anda Lebih Mudah

Samsung Electronics akan menganjurkan Galaxy Unpacked di San Francisco pada 26 Februari 2026, bagi mendedahkan siri Galaxy S seterusnya yang direka untuk menjadikan Galaxy AI lebih peribadi, adaptif dan bersepadu dengan lancar ke dalam kehidupan seharian. Menandakan fasa baharu dalam era AI, pelancaran ini menonjolkan bagaimana kecerdasan boleh mengurangkan geseran, memudahkan interaksi dan meningkatkan keyakinan pengguna bermula dari saat peranti berada di tangan.
Acara ini akan disiarkan secara langsung pada jam 2.00 pagi waktu Malaysia di seluruh platform digital rasmi Samsung Malaysia, dengan pengguna dapat mendaftarkan minat mereka lebih awal untuk menerima baucar eksklusif, ganjaran dan faedah akses awal.

Dari 11 Februari sehingga 25 Februari 2026, daftar minat anda di https://www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima e-baucar bernilai RM150 untuk pembelian Galaxy Tab, Galaxy Watch, Galaxy Buds terpilih dan peranti Galaxy seterusnya yang akan didedahkan semasa Unpacked 2026, serta berpeluang memenangi hadiah misteri bernilai sehingga jumlah keseluruhan RM68,000.