Terkini | New

Dua Kali Ganda Storan, Harga Sama: Mengapa Samsung Galaxy A57 5G Memang Masuk Akal

Dua Kali Ganda Storan, Harga Sama: Mengapa Samsung Galaxy A57 5G Memang Masuk Akal


Samsung Galaxy A57 5G hadir dengan storan besar 512GB, dua kali ganda daripada 256GB yang ditawarkan oleh Galaxy A56 5G tahun lepas. Apa yang lebih mengagumkan, ia ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM2,199 selepas rebat, jadi anda menaik taraf kepada telefon yang lebih baik, pada harga berpatutan yang sama!

​Ia merupakan naik taraf yang ringkas di atas kertas, tetapi dalam kehidupan sebenar, ia mengubah segala-galanya.

Tetapi mengapa anda memerlukan ruang yang begitu besar?

​Dengan storan dua kali ganda, anda tidak lagi perlu berfikir tentang apa yang perlu dipadamkan. Anda bebas untuk merakam lebih banyak perkara, memuat turun lebih banyak kandungan, dan menyimpan lebih banyak fail tanpa perlu berfikir panjang.

​Aplikasi yang anda gunakan setiap hari menjadi semakin besar dengan setiap kemas kini, anda tidak perlu lagi berfikir untuk memadam aplikasi yang jarang digunakan, dan anda tidak perlu mengosongkan ruang galeri sebulan sekali untuk memberi laluan kepada perkara lain. Galaxy A57 5G dengan ruang 512GB sememangnya "ngam" untuk anda.

​Bagi sesiapa yang menjalani gaya hidup yang mementingkan kandungan (content-heavy) dan gemar mengambil gambar, nilainya tidak boleh dinafikan. Anda mendapat dua kali ganda storan, sifar kekosongan yang tidak perlu, dan peranti yang sentiasa seiring dengan anda tanpa meminta anda untuk berkompromi.

​"Bloatware" kini menjadi perkara silam. Dengan Samsung, anda hanya mendapat apa yang anda perlukan, dan walaupun terdapat beberapa aplikasi yang tidak anda gunakan, Galaxy A57 5G mempunyai storan yang lebih daripada mencukupi untuk menampung segalanya tanpa kebimbangan.

​Pengurusan storan kini menjadi sejarah. Pada harga yang sama seperti sebelumnya, pilihan kini menjadi jelas.

​Harga dan Ketersediaan

​Anda boleh melihat Galaxy A57 5G dan A37 5G terbaharu bermula 25 Mac dan seterusnya! Galaxy A57 5G akan ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G hadir dalam warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, Awesome Graygreen.

​Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif di seluruh Kedai Dalam Talian Samsung, Kedai Pengalaman Samsung (Samsung Experience Stores), peruncit sah dan platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G

​Promo Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026 dan Rebat Bank/Shopee PayLater akan berlangsung dari 25 Mac 2026 – 29 April 2026.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy A57 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-512gb-sm-a576bdbuxme

​Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy A37 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a37-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a376blvuxme

​Untuk ketenangan fikiran tambahan, Samsung Care+ menawarkan perlindungan menyeluruh yang dioptimumkan untuk keperluan peranti pengguna, termasuk faedah khusus yang melindungi nilai peranti tersebut.