Razorpay Curlec Menang Anugerah 'PayTech Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan Digital' Di The Digital CX Awards 2026
Razorpay Curlec Menang Anugerah 'PayTech Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan Digital' Di The Digital CX Awards 2026

Razorpay Curlec, gerbang pembayaran terkemuka di Malaysia, telah dianugerahkan sebagai 'PayTech Terbaik untuk Pengalaman Pelanggan Digital (CX) - Pembayaran' di The Digital Banker’s Digital CX Awards 2026.
The Digital Banker merupakan firma penyelidikan dan risikan perniagaan yang dipercayai secara global untuk industri perkhidmatan kewangan. Ia mengiktiraf institusi yang sedang mentransformasikan pengalaman pelanggan digital (CX) melalui inovasi. Digital CX Awards berfungsi sebagai tanda aras global untuk kecemerlangan dalam menyampaikan perjalanan pelanggan yang lancar, konsisten, dan unggul merentas perkhidmatan kewangan. Pengiktirafan ini mengatasi lebih daripada 1,600 penyertaan daripada lebih 200 institusi kewangan di seluruh dunia, yang menekankan daya saing program tersebut. Pemenang dinilai merentasi tunggak utama, termasuk inovasi, penglibatan, pemperibadian, dan pengalaman pengguna, merangkumi integrasi API dan automasi kepada kepuasan pelanggan, penglibatan masa nyata, serta reka bentuk yang intuitif.
Menerima anugerah tersebut di Singapura, Kevin Lee, Pengarah Negara dan CEO Razorpay Curlec, berkata, "Memenangi anugerah ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Razorpay Curlec. Saya berterima kasih kepada penganjur Digital CX Awards 2026 kerana mengiktiraf kerja kami, dan kepada pasukan saya yang bekerja tanpa henti untuk memastikan setiap perniagaan, daripada PKS yang sedang berkembang hingga ke perusahaan global, mempunyai akses kepada infrastruktur kewangan bertaraf dunia.
Sedang kami memandang ke hadapan, kami kekal komited untuk menerajui usaha ke arah ekosistem kewangan tanpa sempadan yang dikuasakan oleh AI. Yang terbaik sememangnya belum tiba!".
Untuk menangani keperluan pelanggan yang berkembang, Razorpay Curlec menawarkan daftar keluar (checkout) bersatu yang menampilkan Kad Token (Tokenised Cards), Apple Pay, Pelan Ansuran Faedah Sifar merentas Visa dan Mastercard, BNPL, dan penghalaan semula dompet aplikasi-ke-aplikasi, semuanya dalam antara muka pengguna (UI) yang ringkas dan intuitif yang memacu kadar penukaran (conversion rates) yang mendahului industri. Keupayaan ini disokong oleh infrastruktur yang bersedia untuk memastikan kebolehpercayaan walaupun semasa tempoh puncak, dengan setiap transaksi dipantau oleh enjin risiko Shield milik Razorpay, yang menganalisis berbilion titik data masa nyata. Razorpay Curlec juga telah merintis pembayaran berasaskan ejen (agentic payments) di Malaysia untuk membantu peniaga kekal di hadapan dalam peralihan corak beli-belah pengguna.
Memandangkan pertumbuhan e-dagang dijangka memacu ekonomi digital rantau ini kepada AS$234 bilion menjelang 2025, permintaan untuk penyelesaian kewangan yang bersepadu dan berskala semakin meningkat. Hari ini, Razorpay Curlec menyokong lebih satu juta perniagaan di peringkat global dan lebih daripada 5,000 PKS serta perusahaan di Malaysia. Syarikat tersebut telah mencapai kadar kejayaan transaksi melebihi 90%, meningkatkan hasil peniaga sebanyak 8% hingga 10% melalui pengoptimuman dipacu AI, dan memproses lebih daripada 11.5 juta transaksi dengan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 65%.
Razorpay Curlec menyediakan perniagaan dengan sistem operasi kewangan tindanan penuh (full-stack) yang membolehkan penerimaan pembayaran yang lancar, aliran kerja kewangan automatik, dan pengurusan kitaran hayat wang dari hujung ke hujung. Memandangkan ekonomi digital Malaysia terus berkembang, Razorpay Curlec tetap fokus untuk menjadikan setiap transaksi mudah, menyokong kedua-dua pembayaran tempatan dan rentas sempadan.