Terkini | New

Berjalan Sehingga 126,000 Langkah dan Menang RM200 dengan Samsung Health!

Berjalan Sehingga 126,000 Langkah dan Menang RM200 dengan Samsung Health!


Berjalan langkah harian anda dan berpeluang untuk menerima baucar RM200 yang boleh ditebus di seluruh Ekosistem Peranti Boleh Pakai (Wearables) pada Jun ini.

​Terdapat dua perkara yang menyatukan orang ramai tidak kira di mana mereka berada — keterujaan sukan yang baik dan tawaran yang hebat.

​Jun ini, Samsung Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk mula bergerak dengan kempen ‘Step Up Challenge Malaysia’ bersempena dengan Hari Larian Sedunia (World Running Day). Berlangsung dari 3 – 21 Jun 2026, cabaran ini menggalakkan peserta untuk berjalan, berlari, berjoging atau sekadar kekal aktif sepanjang tempoh kempen dan melengkapkan sejumlah 126,000 langkah.

​Lengkapkan cabaran ini dan anda akan berpeluang untuk menerima baucar RM200 yang boleh ditebus di seluruh ekosistem Samsung — sama ada untuk peningkatan teknologi anda yang seterusnya kepada Galaxy Ring atau mungkin juga Samsung Galaxy Watch yang serba baharu.

​Fikir 126,000 langkah itu kedengaran mudah? Hanya ada satu cara untuk mengetahuinya. Cabar diri anda dan melangkah bersama kami pada Jun ini.

​Berikut Adalah Cara untuk Menyertai

  1. ​Pastikan Aplikasi Samsung Health telah dipasang dan anda telah log masuk ke Akaun Samsung anda.
  2. ​Buka Aplikasi Samsung Health dan sertai Step Up Challenge Malaysia melalui:
    • ​Ketik 3 titik (atas kanan) → “Promotions” (Promosi) → pilih sepanduk (banner) kempen, atau
    • ​Ketik kad kempen di halaman utama → “Join now” (Sertai sekarang)
  3. ​Lengkapkan 126,000 langkah dalam tempoh peraduan.
  4. ​Langkah akan dijejak dalam Aplikasi Samsung Health di bawah halaman “Together” (Bersama), dan peserta yang berjaya akan diiktiraf sebagai Finisher (Penamat).

​Bagaimana untuk Menebus Baucar Anda

  1. ​Sebaik sahaja anda menjadi seorang Finisher, buka Aplikasi Samsung Health → ketik 3 titik (atas kanan).
  2. ​Pergi ke “Promotions” (Promosi) → teruskan ke halaman “Activities” (Aktiviti) untuk menuntut Hadiah Finisher RM200 anda melalui Aplikasi Samsung Members.
  3. ​Tebus baucar anda dalam tempoh penebusan (3 Jun – 21 Julai 2026).
  4. ​Gunakan ia:
    • Dalam talian: Gunakan baucar semasa pembayaran di kedai-kedai yang mengambil bahagian
    • Di kedai fizikal: Tunjukkan kod baucar dalam Aplikasi Samsung Members kepada juruwang

​Penebusan baucar RM200 adalah terhad untuk pembelian maksimum 2 unit bagi model yang mengambil bahagian, dengan satu (1) unit daripada dalam talian dan satu (1) unit daripada kedai fizikal.

​Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Step Up Challenge Malaysia’, sila layari: https://shealth.samsung.com/deepLink?sc_id=app.main&action=view&destination=message&id=8752