Domino's Malaysia Dedahkan Kebenaran Di Sebalik Detik Radio Tular
Domino's Malaysia Dedahkan Kebenaran Di Sebalik Detik Radio Tular
Apa yang kelihatan seperti gangguan tidak sengaja rupanya merupakan satu gimik bijak bagi meraikan idea jenama baharu Domino’s, “Unbox Your Cravings.”

Apa yang kelihatan seperti gangguan siaran secara langsung yang tidak sengaja semasa siaran Petang Era di Era FM telah didedahkan sebagai satu gimik nakal oleh Domino's Pizza Malaysia.
Semasa segmen langsung tersebut, kelancaran biasa rancangan berkenaan terhenti secara tiba-tiba, digantikan dengan perbualan samar dan gelak tawa yang kedengaran melalui corong radio, meninggalkan pendengar dalam keadaan bingung dan tertanya-tanya.

Segala-galanya bermula apabila Haziq menyebut tentang keinginan beliau untuk makan pizza bersama rakan penyampai, Muna dan Der. Kemudian, aroma pizza yang baru dihantar telah menusuk masuk ke dalam studio, dan keinginan beliau tidak dapat dibendung lagi. Beliau melangkah keluar dari studio, manakala Muna dan Der meneruskan rancangan tanpa menyedari bahawa mikrofon mereka masih terbuka, membolehkan pendengar mendengar setiap butir perbualan mereka.
Detik tersebut terasa sangat realistik dan telah menarik perhatian pendengar di seluruh negara. Sudah semestinya, warga netizen mula mempersoalkannya. Klip video daripada detik tidak jangka di udara itu tular dengan cepat di media sosial, dengan pendengar serta pencipta kandungan memberikan reaksi dalam masa nyata terhadap apa yang dipercayai oleh ramai orang sebagai kesilapan siaran radio langsung yang sebenar.
“On-air boleh tunggu. Cravings tak boleh.”
Era FM akhirnya menjelaskan insiden tersebut dalam satu kenyataan, menerangkan bahawa pendengar secara tidak sengaja terdengar perbualan di luar siaran antara para DJ tentang topik yang sangat dekat dengan hati dan perut mereka.
“Pasukan kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan kandungan yang menghiburkan dan menarik bagi para pendengar, tetapi kadangkala detik kemanusiaan yang paling tulen akan terserlah secara semula jadi,” kongsi stesen radio tersebut. “Radio langsung adalah sesuatu yang tidak boleh diramal, dan kadangkala, keinginan makan (cravings) itu sememangsya tidak dapat ditahan.”
Era FM turut mengucapkan terima kasih kepada para pendengar kerana menerima detik tersebut dengan fikiran yang terbuka sambil menggalakkan sokongan berterusan untuk Haziq, Muna, Der, dan seluruh pasukan Petang Era. Apa yang mungkin tidak disedari oleh khalayak penonton pada masa itu ialah detik berkenaan merupakan sebahagian daripada pengenalan idea jenama baharu Domino’s Pizza Malaysia yang diberi nafas segar, iaitu 'Unbox Your Cravings.'



Hala Tuju Baharu yang Berani Dibina Berasaskan Cravings Sebenar
'Unbox Your Cravings' dibina atas satu kebenaran mudah bahawa keinginan makan tidak boleh menunggu. Ia muncul tanpa diduga semasa bekerja, belajar, bermain permainan video, atau pun ketika siaran radio langsung.
Domino’s memahami bahawa keinginan ini tidak terikat dengan acara-acara khas, tetapi kepada desakan harian yang spontan apabila anda layak memberi ganjaran kepada diri sendiri. Keinginan makan adalah sesuatu yang emosional dan sukar diabaikan, menarik anda keluar daripada apa yang sedang anda lakukan dan menuntut perhatian anda. Domino’s menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima keinginan ini dan menikmati apa yang benar-benar mereka mahukan tanpa teragak-agak.
Dengan mengetengahkan bagaimana keinginan makan ini mengganggu kehidupan seharian, Domino’s menunjukkan bagaimana memanjakan diri sendiri boleh mengubah pengalaman biasa menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Domino’s Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja, berkongsi “Cravings (keinginan makan) adalah antara isyarat paling jujur yang kita miliki. Ia datang serta-merta, melibatkan emosi, dan mustahil untuk diabaikan. Melalui ‘Unbox Your Cravings,’ kami ingin mencerminkan kebenaran itu dengan cara yang terasa nyata bagi masyarakat hari ini. Ini adalah tentang mengiktiraf detik-detik kecil tetapi bermakna apabila anda memilih untuk mendengar apa yang anda mahukan, berbanding menangguhkannya dan kami berada di sana, bersedia, apabila keputusan itu dibuat.”
Memperkenalkan Pizza Thick Crunch Baharu Domino’s: Pizza Pertama yang Memenuhi Keseluruhan Kotak
Sebagai sebahagian daripada penyegaran jenamanya, Domino’s Malaysia memperkenalkan tiga perisa menarik daripada inovasi terbaharunya, iaitu Pizza Thick Crunch. Diispirasikan oleh pizza gaya Detroit dan dihasilkan untuk memuaskan bahkan keinginan yang paling kuat, tawaran baharu ini menampilkan pilihan yang berani dan memikat selera.
Pizza Thick Crunch Baharu ini merupakan satu pengalaman baharu yang berani dengan tekstur yang tebal, airy, gebu, dan sangat rangup, memberikan gigitan pelbagai tekstur yang telah lama diidamkan oleh para pencinta pizza. Direka dalam bentuk segi empat tepat yang menjadi cirinya, ia juga merupakan pizza pertama Domino’s Malaysia yang memenuhi keseluruhan kotak secara penuh, mengubah setiap inci menjadi kepuasan tulen tanpa meninggalkan ruang kosong.
Daripada bahagian bawahnya yang keemasan dan garing sehinggalah kepada dohnya yang lembut, kenyal, dan berongga, setiap lapisan dibina untuk kenikmatan maksimum. Pengalaman ini dipertingkatkan lagi oleh kerak keju red cheddar yang dikaramelkan, satu ciri menonjol yang memberikan kerangupan yang amat memuaskan dalam setiap gigitan, menjadikannya mustahil untuk berhenti pada satu potongan sahaja.
