Terkini | New

Pandang Pertama Samsung Galaxy A57 'Flagship Lite' dengan Galaxy AI Dan Ultra nipis.

Pandang Pertama Samsung Galaxy A57 'Flagship Lite' dengan Galaxy AI Dan Ultra nipis.

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda telefon pintar Samsung Galaxy A57 yang menjadi pilihan dan dikenali sebagai 'Flagship Lite' dalam kategori pertengahan. Galaxy A57 direka khas untuk peminat yang mahukan prestasi, fotografi nightography, dan ciri-ciri Galaxy AI serta ultra nipis.


Samsung Galaxy A57 yang menjadi pilihan peranti harian dan gaya hidup digital ke pengalaman telefon pintar melalui prestasi yang lebih tinggi, paparan yang padu, rintangan air dan habuk serta banyak lagi lebih berprestasi tinggi dalam kelasnya.

​Direka dengan teliti dengan perincian terbaik dari peranti hingga ke bentuk lensa kamera. Bersama kemasan badan yang premium menjadikannya lebih tampak eksklusif seperti sebuah peranti yang premium.



Galaxy A57 5G membawakan Nightography tahap seterusnya yang memberikan gambar lebih cerah, jelas, dan lebih terperinci walaupun pencahayaan memang gelap dan kurang menarik. Dengan sensor kamera 200% lebih besar, Galaxy A57 5G menangkap lebih banyak cahaya, menghasilkan video dan foto malam yang jauh lebih cerah. Nanti kita saksikan bagaimana suasana malam bersama Galaxy A57 kali ini.

​Paparan 6.7" Super AMOLED 120Hz Galaxy A57 peranti ini membolehkan pengguna untuk menikmati pandangan luas dan kandungan mereka pada skrin dan memastikan pengalaman tontonan dan hiburan yang terbaik dengan kuasa cip pemprosesan bertaraf tinggi untuk siri Galaxy A. Skrin yang cerah ini turut dilindungi dengan gelas yang teguh, bertaraf IP68 dan sebagai kesinambungan siri Galaxy A yang mengekalkan penarafan kalis air dan debu IP68.

​Padu dengan kamera 12MP Ultra Wide dan 50MP kamera utama yang dilengkapi OIS menjadi pilihan yang amat berbaloi untuk sesebuah telefon pintar kelas pertengahan premium. Terdapat juga kamera hadapan 12MP yang terbaik untuk berswafoto dengan kualiti yang tajam. Turut menyokong rakaman 4K pada 30fps dengan transisi zoom yang lebih lancar dan pengurangan hingar (noise) dipacu AI.

​Samsung Galaxy A57 dibina untuk mengendalikan calar yang diperkuat dengan kerangka yang teguh dan boleh digunakan dalam persekitaran lasak dan mampu menahan hari yang sibuk serta pilihan kerangka pelindung luaran baharu menawarkan lebih ketenangan fikiran untuk pengguna yang mencari lebih perlindungan.

Ciri paling menyerlah pada A57 5G ialah fizikalnya yang sangat kemas. Walaupun mempunyai bateri yang besar, ketebalannya hanyalah 6.9mm dengan pengecas pantas 45w.

Sistem Penyejukan: Dilengkapi dengan kebuk wap (vapor chamber) 13% lebih besar berbanding model terdahulu, membantu mengekalkan prestasi semasa bermain (gaming) walaupun dengan badan yang nipis.


Tiga warna yang diilhamkan oleh trend terkini iaitu warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue yang menawan. Kedua-duanya diserlahkan dengan perincian premium dan kemasan licin untuk rupa yang canggih.


SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy A57

  • Model: Samsung Galaxy A57
  • Paparan: 6.7-inch FHD+ Super AMOLED, 120Hz / Ketebalan 6.9mm
  • Cip: Exynos 1680 processor berprestasi tinggi
  • RAM: 8GB / 12GB
  • Memori Dalaman: 128/ 256 256 GB pilihan
  • Kamera Utama: 50 MP, f/1.8, (wide), PDAF, OIS + 12 MP (ultrawide) + 5 MP (macro)
  • Kamera depan: 12MP, 
  • Video: Rakaman sehingga 4K@30fps dengan penstabilan video
  • Bateri: Li-Ion 5000 mAh dengan 45w engecasan pantas
  • Water Resistance: IP68 Penarafan kalis air dan debu Gorilla Glass Victus+
  • Security: Samsung Knox dengan perlindungan biometrik
  • Sensors: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass

Warna Pilihan: warna Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue

​Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A57 anda boleh mengunjungi laman web dan laman sosial Samsung Malaysia.

Untuk membeli Siri Galaxy A57 terkini, pergi ke https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a57-5g-awesome-navy-256gb-sm-a576bdbtxme/