Terkini | New

Rakuten Kobo Membawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Kepada Ribuan Pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Rakuten Kobo Membawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Kepada Ribuan Pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


​Pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) dapat merasai dimensi baharu pembacaan digital apabila Rakuten Kobo secara rasmi membuka ruang pameran imersifnya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Pameran Rakuten Kobo di  Reruai Nombor 207 dengan gabungan teknologi membaca, pengalaman AI interaktif, dan penyelesaian pembacaan digital yang berfokuskan gaya hidup.


​Kemunculannya di KLIBF memperlihatkan Kobo membawakan pameran secara langsung yang menampilkan eReader generasi terbaharunya. Peranti-peranti ini direka khas untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup membaca, bermula daripada peranti membaca harian yang ringan hinggalah kepada eReader berwarna yang canggih dengan fungsi mengambil nota. Para pengunjung juga boleh menikmati promosi eksklusif yang hanya tersedia di acara tersebut, hadiah percuma dengan setiap pembelian, serta diskaun istimewa untuk eBook sepanjang pesta buku berlangsung.



​Di antara eReader Kobo, Kobo Libra Colour, terutamanya varian warna putih, telah muncul sebagai model paling laris di Malaysia. Hal ini mencerminkan keutamaan tempatan yang kuat terhadap estetika peranti yang bersih dan minimalis. Peranti ini mempunyai paparan warna bersaiz 7 inci dengan fungsi mengambil nota bertulis tangan, sekali gus menawarkan pengguna pengalaman membaca digital yang lebih imersif dan serba boleh.



Selain Kobo Libra Colour, para pengunjung juga boleh menerokai Kobo Clara Colour yang mudah alih untuk pembacaan warna yang imersif, serta Kobo Clara BW yang memberikan pengalaman membaca hitam-putih tanpa gangguan.


​Dikuasakan oleh teknologi paparan E Ink Kaleido 3, eReader warna Kobo membolehkan pengunjung melihat kulit buku, ilustrasi, anotasi dan kandungan visual dalam warna yang kaya dan pelbagai, di samping mengekalkan keselesaan mata yang sinonim dengan paparan e-ink. Peranti-peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi ComfortLight PRO, perlindungan kalis air IPX8, sokongan Bluetooth, dan jangka hayat bateri yang dilanjutkan yang direka untuk gaya hidup membaca moden.




​Di samping itu, ia turut memperkenalkan pengunjung kepada Pengalaman Foto AI Kobo (AI Photo Experience), iaitu salah satu tarikan interaktif paling popular di reruai tersebut sepanjang pesta buku. Pengunjung yang mengikuti Kobo Malaysia di Instagram atau TikTok boleh mengubah diri mereka menjadi potret cetusan AI yang diispirasikan oleh genre percintaan, sains fisyen (sci-fi), fantasi berinspirasikan Harry Potter, dan juga pengembaraan detektif berinspirasikan Sherlock Holmes.



​Penyertaan Kobo di KLIBF 2026 hadir di tengah-tengah momentum berterusan dalam pasaran pembacaan digital global, memandangkan pembaca kini semakin mencari pengalaman membaca yang mudah alih dan bebas daripada gangguan. Unjuran industri daripada Mordor Intelligence menganggarkan pasaran eBook global akan mencapai USD 23.6 bilion menjelang tahun 2031, menunjukkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian pembacaan digital yang fleksibel dan imersif.


​Sambil tabiat membaca terus berkembang seiring dengan gaya hidup digital, eReader semakin menjadi ruang khusus untuk pembacaan yang fokus kerana ia menawarkan alternatif kepada pengguna daripada keletihan skrin dan notifikasi media sosial yang berterusan. eReader warna juga memperluaskan daya tarikan pembacaan digital melampaui pembaca tradisional dengan menarik minat audiens yang menggemari komik, buku bergambar, panduan pelancongan, buku resipi, dan kandungan penceritaan visual.



​Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memperluaskan kandungan bacaan tempatan dan relevan untuk rakyat Malaysia, Kobo telah bekerjasama dengan rakan penerbitan serantau dan antarabangsa termasuk Bookiut, Penerbit-X, Patriots Asia, Canongate Books, Magrathea Publishing, Times Publishing dan banyak lagi.

​Kobo menawarkan pembaca akses yang lebih besar kepada pelbagai judul digital merentasi genre dan bahasa yang berbeza, sambil terus memperluaskan ekosistem kandungan kami untuk memenuhi minat pembaca yang sentiasa berkembang dengan lebih baik.

Antara eBook Paling Laris di Malaysia oleh Kobo. Berikut ialah senarainya:
The Creature Keepers
​Saga Fantasi: Arkanis - Langit Lentura
​Phantom Reaper
​Spectral Guidance Services: Ashes of Death
​The Naga Protocol: A LEaDiNG LEDANG Story
​Hari-Hari Bersama Miyu
​Malaysia Sesudah Kiamat
​The Midnight Train
​The Book of Elon
The Secret of Secrets

Promosi Eksklusif KLIBF 2026

●Kobo Libra Colour –RM999 Harga Asal RM1149
●Kobo Clara Colour – RM709 Harga Asal RM 849
●Kobo Clara BW – RM599 Harga Asal RM 748

​Pelanggan yang membeli mana-mana eReader Kobo sepanjang acara berlangsung juga akan menerima baucar eBook bernilai MYR 120 bersama-sama dengan pelekat eksklusif Kobo, sementara stok masih ada. Mereka yang membeli eReader bersama dengan aksesori juga akan menerima beg tote Kobo percuma, sementara stok masih ada.



Para pengunjung boleh terus menerokai eReader terbaharu Kobo, promosi eksklusif, dan pengalaman interaktif di Reruai 207 sepanjang tempoh KLIBF 2026 berlangsung sehingga 7 Jun 2026. Kobo juga menawarkan diskaun istimewa untuk eBook di seluruh tapak (sitewide) dari 29 Mei hingga 8 Jun 2026 dengan kod promo “MYKL26”.

​Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan produk terbaharu Kobo, layari https://www.kobo.com/my/en.