Terkini | New

Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan dengan Jam Samsung Galaxy , Talian Pertahanan Pertama Anda

Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan dengan Jam Samsung Galaxy , Talian Pertahanan Pertama Anda


Apabila menyentuh tentang kesihatan, mentaliti kebanyakan daripada kita masih lagi sangat bercorak "alah, saya okey lah" sehinggalah sesuatu perkara benar-benar berlaku. Biasanya, hanya apabila doktor mengatakan tekanan darah tinggi, kolesterol naik, atau tahap stres sudah melampau, barulah kita mula memberikan perhatian. Namun dengan gaya hidup seharian kita sekarang duduk terlalu lama di pejabat, melayari media sosial tanpa henti sehingga jam 2 pagi, sesi lepak mamak selang satu malam, dan makan apa sahaja yang mudah penjagaan kesihatan pencegahan sejujurnya amat penting berbanding sebelum ini.

​Sebab itulah teknologi boleh pakai (wearable tech) menjadi tersangat berguna dalam kehidupan seharian kita. Peranti seperti Samsung Galaxy Watch bukan lagi sekadar untuk kaki gym atau peminat kecergasan sahaja. Ia kini menjadi lebih seperti rakan kesihatan peribadi yang membantu kita memantau kesejahteraan diri sebelum masalah kecil bertukar menjadi sakit kepala yang lebih besar di kemudian hari.

​Daripada pemantauan kadar denyutan jantung dan bacaan ECG sehinggalah kepada oksigen darah dan penjejakan tidur, wawasan (insights) harian ini membantu kita memahami badan sendiri dengan lebih baik. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari betapa sedikitnya tidur yang kita dapat atau betapa stresnya diri kita yang sebenarnya sehinggalah kita melihat sendiri angka-angka tersebut. Malah perkara mudah seperti menyedari corak tidur yang buruk atau tahap stres yang meningkat boleh mendorong kita untuk membina tabiat yang lebih baik sedikit demi sedikit mungkin tidur lebih awal, berjalan lebih banyak, kurang minum minuman manis, atau akhirnya berhenti menyebut "esok mula diet".

​Dan sejujurnya, perkara ini terasa super relevan untuk kita hari ini. Lebih ramai orang sedang berhadapan dengan stres, keletihan melampau, obesiti, diabetes, dan isu berkaitan jantung, terutamanya dengan betapa sibuknya kehidupan sekarang. Masalahnya bukanlah kita tidak tahu tentang kesihatan tapi kita semua sudah tahu. Cuma ia sukar untuk kekal konsisten apabila kehidupan menjadi sibuk.

​Di situlah teknologi mengubah keadaan daripada menunggu sehingga sakit baru hendak panik dan pergi ke klinik, kita boleh membina tabiat yang lebih sihat secara perlahan-lahan melalui peringatan kecil dan penjejakan harian yang bersesuaian secara semula jadi dengan rutin kita. Ia membuatkan usaha menjaga diri kita berasa kurang menakutkan dan lebih mudah diuruskan.

​Akhir kata, penjagaan kesihatan pencegahan sebenarnya adalah tentang perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari. Kadang-kadang apa yang diperlukan hanyalah sedikit peringatan untuk berdiri, tidur dengan betul, atau memperlahankan rentak seketika apabila kehidupan menjadi terlalu sibuk. Dan kini, teknologi sedang menjadi "kawan" tambahan tersebut yang membantu kita menjaga kesihatan sebelum perkara menjadi serius.

Tawaran Hebat pada Bulan Jun!

Dari 11 Mei hingga 21 Jun 2026, pelanggan yang layak yang membeli Samsung Galaxy Watch Ultra boleh menerima Galaxy SmartTag2 bernilai RM149 dan Adapter Kuasa 15W tanpa kabel bernilai RM59 sebagai hadiah percuma. 

Jangan tunggu lagi! Layari Kedai Dalam Talian Samsung atau kunjungi Kedai Pengalaman Samsung (Samsung Experience Store) terdekat anda atau Peruncit Sah Samsung untuk maklumat lanjut hari ini!