Emirates Mentakrif Semula Perjalanan Kelas Ekonomi dengan Penyandar Kepala U-Dream Pertama di Dunia
U-Dream ialah penyandar kepala boleh laras pelbagai arah yang direka untuk memberikan sokongan penuh pada leher dan kepala semasa tidur atau berehat. Ia bakal digabungkan pada tempat duduk Kelas Ekonomi Emirates di semua pesawat Emirates A350 serta sebahagian besar Airbus A380 dan Boeing 777 milik mereka. Sebagai syarikat penerbangan pertama di dunia yang memperkenalkannya, penyandar kepala U-Dream telah menerima pujian luar biasa daripada pelanggan Emirates.
Sebagai sebahagian daripada tempat duduk inovatif Z400 oleh Safran Seats di Emirates, penyandar kepala U-Dream berbahan kulit ini dilapis kusyen dan mempunyai 'sayap' sisi fleksibel yang boleh dilipat ke dalam untuk mengampu kepala dan leher secara lembut. Ini membantu penumpang mengekalkan posisi tidur yang selesa tanpa kepala mereka terjatuh ke hadapan atau ke tepi. Rekaan ini bergerak secara menegak dan boleh dicondongkan mengikut kesesuaian penumpang daripada pelbagai ketinggian dan saiz badan, sekali gus memberikan keselesaan yang diperibadikan sepanjang penerbangan. U-Dream telah diuji secara bebas dan disahkan memenuhi piawaian keselamatan penerbangan yang ketat daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA). Emirates memperkenalkan penyandar kepala canggih ini secara besar-besaran, memberikan pelanggan Kelas Ekonomi tahap sokongan ergonomik yang selalunya hanya dikaitkan dengan kabin premium.
Sir Tim Clark, Presiden Syarikat Penerbangan Emirates berkata:
‘Emirates tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada dalam hal pengalaman pelanggan, dan kami telah menemui cara untuk meningkatkan keselesaan penumpang Kelas Ekonomi secara signifikan, terutamanya mereka yang membuat perjalanan jarak jauh. U-Dream mengubah keadaan sekiranya seseorang itu mahu tidur – dengan menyokong leher secara menyeluruh. Tiada lagi bantal leher diperlukan. Ini merupakan satu lagi inovasi yang menunjukkan komitmen kami kepada pelanggan dan mengukuhkan Kelas Ekonomi kami sebagai yang terbaik.’
Pelanggan melaporkan bahawa penyandar kepala U-Dream mudah dilaraskan dan digunakan, manakala anak kapal Emirates turut dilatih untuk membantu pelanggan sekiranya diperlukan. Penyandar kepala kulit ini direka agar mudah dilap dan dibersihkan selepas setiap penerbangan.
Kini sudah digunakan di ruang udara menerusi 3 buah pesawat A350, Emirates sedang memasangnya pada lebih banyak pesawat secepat mungkin. Dengan kerjasama Safran Seats, semua pesawat A350 Emirates akan dipasang dengan penyandar kepala U-Dream menjelang akhir tahun ini. Penyandar kepala U-Dream juga akan siap dipasang pada kesemua 270 pesawat Boeing 777X yang telah dipesan oleh Emirates. Bermula tahun 2027 dan seterusnya, pemasangan penyandar kepala U-Dream akan bermula pada pesawat Airbus A380 dan Boeing 777 Emirates yang dinaik taraf.
Pengalaman Kelas Ekonomi Emirates: Menetapkan Standard Global
Emirates telah mentakrif semula pengalaman Kelas Ekonomi dengan mengimbangi keselesaan luar biasa, perkhidmatan mesra yang memenangi anugerah, serta inovasi teraju industri di seluruh rangkaian antarabangsa antara yang terbesar di dunia. Daripada sajian gred gourmet, pustaka hiburan di udara terbesar di dunia, Wi-Fi percuma, kemudahan yang penuh perhatian, hinggalah perkhidmatan terkenal — Emirates terus menetapkan tanda aras bagi perjalanan Ekonomi.
Direka untuk Keselesaan Jarak Jauh
Setiap penerbangan Emirates dikendalikan oleh pesawat badan lebar Airbus A380, A350, atau Boeing 777, memberikan pelanggan Kelas Ekonomi kelebihan kabin yang lebih luas, laluan berjalan yang lebih lapang, ruang simpanan di atas kepala yang lebih besar, dan keselesaan kabin yang dipertingkat. Tempat duduk berrekabentuk ergonomik, ruang kaki yang luas, pencahayaan suasana (mood lighting), dan skrin hiburan peribadi membantu pelanggan tiba di destinasi dengan rasa lebih segar. Menerusi Airbus A350 terbaharu, pelanggan turut menikmati susunan tempat duduk 3-3-3 yang lapang, skrin 4K bersaiz 13.3 inci yang besar, kemudahan pengecasan USB-C, siling yang lebih tinggi, serta penyandar kepala boleh laras pelbagai dimensi terbaharu daripada Emirates yang direka untuk memberikan sokongan leher dipertingkat demi rehat yang lebih baik dalam perjalanan jauh.
Pustaka Hiburan di Udara Terbesar di Dunia
Sistem hiburan dalam penerbangan Emirates yang memenangi anugerah, ice, menawarkan lebih daripada 6,500 saluran kandungan, menjadikannya pustaka hiburan terbesar yang disediakan di dalam mana-mana syarikat penerbangan. Pelanggan boleh menikmati ribuan filem, rancangan TV, dokumentari, album muzik, podkas, dan sukan secara langsung daripada penyedia terkemuka termasuk HBO Max, Disney+, Paramount+, BBC, Discovery+, Shahid, dan Spotify. Pengembara muda juga dijaga dengan baik melalui kandungan khas kanak-kanak, fon kepala yang direka khas, dan permainan pelbagai pemain (multiplayer games).
Ketersambungan Pantas dan Percuma di Atas Awan
Emirates sedang memperkenalkan Starlink di seluruh armadanya, membawa internet pantas dan boleh dipercayai kepada pelanggan pada ketinggian 40,000 kaki. Pelanggan Kelas Ekonomi boleh melakukan strim, melayari web, bekerja, bermain permainan dalam talian, dan kekal berhubung dengan rakan serta keluarga sepanjang perjalanan mereka. Sebanyak 1 juta sambungan ke Starlink telah pun dibuat oleh pelanggan Emirates, yang memuji perkhidmatan pantas tersebut sebagai 'lebih baik daripada di rumah'.
Sajian Luar Biasa – Pemenang Anugerah Penerbangan Kerap
Hidangan pelbagai kursus (multi-course) dan minuman percuma dihidangkan dalam setiap penerbangan Emirates, tanpa mengira jarak laluan. Menu diilhamkan daripada masakan rantau tempatan dan dilengkapkan dengan minuman ringan, teh, kopi, serta minuman beralkohol jika sedia ada. Emirates kerap menggembirakan pelanggan dengan hidangan tambahan seperti biskut hangat, bertih jagung, dan aiskrim di laluan terpilih, manakala pelbagai pilihan hidangan khas disediakan untuk keperluan diet yang berbeza. Dalam Kaji Selidiki Makanan dan Minuman Syarikat Penerbangan Terbaik 2026 baru-baru ini, Emirates mendahului dalam sajian premium di udara dan dinobatkan sebagai yang terbaik untuk hidangan Kelas Ekonomi, serta hidangan dan koktel Kelas Perniagaan – hasil undian ribuan penumpang kerap.
Hospitaliti Kelas Dunia
Dengan anak kapal yang mewakili 140 kewarganegaraan dan bertutur dalam lebih 70 bahasa, Emirates memberikan pengalaman dalam penerbangan yang konsisten mesra dan diperibadikan. Setiap ahli anak kapal dilatih mengikut piawaian hospitaliti global syarikat penerbangan ini di Pusat Kecemerlangan Hospitaliti Emirates di Dubai, memastikan perkhidmatan mesra untuk setiap pelanggan, dengan jagaan pakar untuk keluarga, kanak-kanak, serta penumpang yang memerlukan bantuan tambahan.
Mesra Keluarga
Emirates telah lama diiktiraf sebagai salah satu syarikat penerbangan paling mesra keluarga di dunia. Makanan kanak-kanak, makanan bayi percuma, keperluan asas bayi, kemudahan menukar lampin bayi, hiburan kanak-kanak, bantal, selimut, serta pek aktiviti mengikut kesesuaian umur membantu memudahkan perjalanan keluarga dari berlepas hingga mendarat.
Sentuhan Cermat Sepanjang Perjalanan
Pelanggan Ekonomi jarak jauh menerima kit kemudahan percuma yang dihasilkan dengan kerjasama United for Wildlife, manakala kanak-kanak menerima kit perjalanan yang boleh dikumpul, mainan, serta majalah aktiviti Fly with Me daripada Emirates. Perincian kecil ini mencerminkan komitmen Emirates untuk menjadikan setiap perjalanan lebih selesa dan menyeronokkan.
Rangkaian yang Boleh Dipercayai Pelanggan
Emirates menghubungkan pelanggan di enam benua menerusi habnya di Dubai, menawarkan perjalanan jarak jauh yang lancar dengan standard perkhidmatan yang konsisten tinggi. Syarikat penerbangan ini juga mengendalikan hampir tiga juta bagasi setiap bulan, mencapai kadar kejayaan pengendalian bagasi sebanyak 99.9% yang luar biasa — salah satu rekod terbaik dalam penerbangan global.
Ganjaran untuk Setiap Perjalanan
Menerusi Emirates Skywards, pelanggan boleh mengumpul dan menebus 'Miles' bagi penerbangan, naik taraf kelas tempat duduk, hotel, beli-belah, dan pengalaman eksklusif. Pengembara muda juga boleh menyertai Skywards Skysurfers, membolehkan seluruh keluarga mengumpul 'Miles' bersama-sama dari usia muda.
Emirates di Malaysia
- Emirates telah berkhidmat di Malaysia sejak tahun 1996, menawarkan ketersambungan global yang lancar dari Kuala Lumpur ke Dubai dan destinasi seterusnya.
- Syarikat penerbangan ini mengendalikan 21 penerbangan mingguan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Dubai, menggunakan kedua-dua pesawat Airbus A380 dan Boeing 777.
- Perkongsian kod (codeshare) Emirates bersama Malaysia Airlines membolehkan penumpang menempah keseluruhan perjalanan dengan Emirates dan menyambung penerbangan ke 17 destinasi di seluruh Malaysia, hanya dalam satu tiket.
- Perjanjian perkongsian kod Emirates dengan Batik Air memberikan pelanggan akses mudah ke lima destinasi domestik (Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, dan Kuching) serta tiga destinasi serantau Asia Tenggara, melalui Kuala Lumpur.
- Pada tahun 2024, Emirates menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tourism Malaysia untuk bersama-sama mempromosikan pelancongan masuk dan mempamerkan kepelbagaian tarikan budaya dan semula jadi Malaysia kepada pengembara dari seluruh rangkaian global syarikat penerbangan itu.
- KLIA merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia yang berupaya mengendalikan Airbus A380, di mana Emirates melancarkan perkhidmatan A380 ikoniknya ke Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Mengenai Emirates
Kisah Emirates bermula pada tahun 1985 apabila kami memulakan operasi dengan hanya dua buah pesawat. Hari ini, kami mengendalikan armada Airbus A380 dan Boeing 777 terbesar di dunia, menawarkan keselesaan pesawat badan lebar terkini dan paling cekap di ruang udara kepada pelanggan kami.
Kami mengilhamkan pengembara di seluruh dunia menerusi rangkaian destinasi global yang kian berkembang, hiburan dalam penerbangan teraju industri, sajian berasaskan ilham tempatan, serta perkhidmatan kelas dunia.
https://www.emirates.com/my/english/
