MY CHEMIST HUB DIBUKA SEBAGAI DESTINASI INTEGRASI KESIHATAN DAN KECANTIKAN PERTAMA GIANT
MY CHEMIST HUB DIBUKA SEBAGAI DESTINASI INTEGRASI KESIHATAN DAN KECANTIKAN PERTAMA GIANT

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. secara rasminya telah melancarkan MY CHEMIST Hub, konsep kedai farmasi dan kecantikan bersepadu yang pertama bagi syarikat tersebut. Langkah ini menawarkan pendekatan baharu dalam peruncitan penjagaan kesihatan asas serta kecantikan di Malaysia.


MY CHEMIST Hub menggabungkan perkhidmatan farmasi profesional, penjagaan mobiliti, dan tawaran produk kecantikan terpilih yang disokong sepenuhnya oleh ahli farmasi bertauliah serta pakar penjagaan khas.



Pelancaran kedai flagship terbaharu ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan syarikat, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran peruncitan kesihatan dan kecantikan. Ia turut merealisasikan ambisi syarikat untuk melangkaui peruncitan barangan runcit tradisional dengan memberikan nilai yang lebih tinggi serta pengalaman pelanggan yang komprehensif.

Sheryn Soo, Pengarah Komersial GCH Retail (Malaysia) berkata "Kedai flagship MY CHEMIST Hub ini bukan sekadar sebuah outlet peruncitan tetapi sebagai destinasi kesihatan dan kecantikan sehenti serta pusat strategik yang menyokong perniagaan omnichannel kami. Dengan menyambungkan pengalaman di dalam kedai dan dalam talian secara lancar, kami dapat melayani pelanggan dengan lebih baik, cepat, dan cekap sambil memberikan kemudahan, nilai, serta pertumbuhan mampan".










