Samsung Malaysia dan Maybank Meterai Kerjasama Strategik untuk Memperkenalkan Pengalaman Pembayaran QR Samsung Wallet Pertama di Malaysia
Samsung Malaysia dan Maybank Meterai Kerjasama Strategik untuk Memperkenalkan Pengalaman Pembayaran QR Samsung Wallet Pertama di Malaysia

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung) dan Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini mengumumkan kerjasama strategik melalui penyempurnaan Perjanjian Kerjasama. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam landskap pembayaran digital Malaysia menerusi pengenalan pengalaman Pembayaran QR Samsung Wallet yang pertama di negara ini.
Kerjasama ini menggabungkan inovasi mudah alih Samsung dengan ekosistem perbankan digital teraju Maybank untuk menyediakan cara yang lebih pantas dan lancar bagi pengguna Samsung Galaxy membuat pembayaran harian. Bermula 21 Julai 2026, pengguna Samsung Galaxy yang layak boleh mengakses fungsi MAE Scan & Pay Maybank secara terus di dalam Samsung Wallet melalui kemas kini terbaharu.
Di kala Malaysia terus memacu ke arah ekonomi tanpa tunai, kerjasama ini menegaskan komitmen bersama kedua-dua syarikat untuk memacu pengalaman luar biasa dan pengangkatan pembayaran digital bagi menjadikan transaksi harian lebih mudah, selamat, dan selesa untuk jutaan pelanggan di kawasan bandar dan luar bandar.
"Di Samsung, visi kami untuk Samsung Wallet sentiasa melangkaui sekadar dompet digital — ia bertujuan menjadi rakan harian pintar yang mempermudahkan kehidupan pengguna kami," kata Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. "Kerjasama kami dengan Maybank mewakili langkah penting ke hadapan dalam meluaskan ekosistem Samsung Wallet di Malaysia. Dengan membawakan pembayaran QR secara terus ke dalam Samsung Wallet, kami menjadikan transaksi harian lebih mudah, membolehkan pengguna menyapu skrin, mengimbas, dan membayar dalam masa beberapa saat sahaja."
Mohd Amri Mohd Sofian, Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank berkata, berpandukan aspirasi ROAR30, Bank berkenaan terus memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman digital yang intuitif dan luar biasa, dengan penekanan kepada mewujudkan proses pembayaran tanpa gangguan yang menyatu secara semula jadi dalam kehidupan dan transaksi harian pelanggan.
"Dengan menyepadukan fungsi MAE Scan & Pay Maybank secara terus ke dalam Samsung Wallet, kami membawakan kemudahan yang lebih besar kepada pelanggan sambil mengekalkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan yang mereka harapkan daripada Maybank," tambah beliau. "Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk memajukan inovasi digital melalui kerjasama ekosistem strategik yang menjadikan perbankan harian lebih mudah, pantas, dan mudah diakses."
Melalui Samsung Wallet, pengguna boleh melancarkan Pembayaran QR dengan leretan pantas (quick swipe), mengakses Scan & Pay Maybank menerusi Aplikasi MAE untuk melengkapkan transaksi QR secara selamat — bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat rantau seperti di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Kemboja. Integrasi terbina dalam ini menghapuskan langkah yang tidak perlu, lalu memberikan pengalaman pembayaran yang lebih pantas sama ada semasa membeli makanan, barangan runcit, kopi, atau keperluan harian yang lain.
Pembayaran bukan sahaja menjadi lebih pantas, malah ganjaran turut disediakan kerana anda boleh meraih mata Samsung Rewards dengan setiap transaksi. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk membeli produk Samsung serta mendaftar tebus baucar yang terdapat pada aplikasi Samsung Members.
Kerjasama ini juga memperkukuh kedudukan Samsung Wallet sebagai platform digital yang komprehensif, melengkapi keupayaan sedia ada di samping meningkatkan nilai yang diberikan kepada pengguna Samsung Galaxy. Pengalaman Pembayaran QR Samsung Wallet ini merupakan yang pertama seumpamanya bagi Samsung di Malaysia dan menandakan satu lagi pencapaian dalam pelaburan berterusan syarikat untuk meluaskan keupayaan Samsung Wallet. Menerusi gabungan ekosistem mudah alih Samsung dan platform perbankan digital dipercayai Maybank, kedua-dua syarikat berhasrat untuk memperkasa jutaan pelanggan dengan pengalaman pembayaran yang lebih pintar, pantas, dan mudah.
Pelancaran Pembayaran QR Samsung Wallet bermula dari 21 Julai 2026 dan akan tersedia pada telefon pintar Samsung Galaxy yang layak melalui kemas kini perisian dan Samsung Wallet terbaharu.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pelanggan boleh menikmati ganjaran eksklusif bernilai keseluruhan sehingga RM500,000 menerusi kempen promosi masa terhad yang berlangsung dari 28 Julai hingga 30 Oktober 2026. Pelanggan yang layak akan menerima RM5 apabila berjaya menyambungkan dan mengaktifkan Pembayaran QR pada Samsung Wallet, serta berpeluang menikmati pulangan tunai (cashback) atau baucar sehingga RM15 apabila mereka berbelanja.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk aplikasi Samsung Wallet anda untuk melihat bagaimana anda boleh memulakan langkah pembayaran anda hari ini.