Pelancaran Naturals By Watsons Rangkaian Produk Dari Manggis Dan Pengalaman Unik Raja Dan Ratu Buah-buahan
Pelancaran Naturals By Watsons Rangkaian Produk Dari Manggis Dan Pengalaman Unik Raja Dan Ratu Buah-buahan
Rangkaian Manggis baharu menggabungkan kebaikan semula jadi manggis, warisan Malaysia dan pengalaman buah-buahan tempatan yang unik di KL DEX.
Sempena bulan Merdeka ini, “Naturals by Watsons” meraikan salah satu khazanah tropika yang amat disayangi rakyat Malaysia menerusi pelancaran rangkaian Manggis baharu, yang diinspirasikan daripada buah ikonik negara yang dikenali sebagai “Ratu Buah-Buahan”.
Bersempena dengan kemuncak musim manggis di Malaysia, pelancaran ini menyatukan kecantikan dan budaya tempatan menerusi pengalaman unik bercirikan Malaysia di KL DEX, di mana “Ratu Buah-Buahan” bertemu dengan “Raja Buah-Buahan” Malaysia yang terkenal, iaitu durian, menerusi acara istimewa “Durian & Mangosteen Eating Party”.

Dihasilkan dengan bangga di Malaysia, rangkaian ini meraikan sesuatu yang dekat di hati rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada Ratu Buah-Buahan tempatan, iaitu manggis, rangkaian ini menggabungkan kebaikan alam semula jadi dengan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, menjadikannya sebuah rangkaian yang benar-benar bercirikan tempatan. Pelancaran ini turut menyerlahkan komitmen Naturals by Watsons dalam mengintegrasikan manfaat alam semula jadi ke dalam rutin kecantikan harian, sambil meraikan kekayaan warisan budaya serta bahan-bahan tempatan Malaysia.

Rangkaian Mangosteen baharu ini diformulasikan dengan 97% bahan daripada sumber semula jadi dan diperkaya dengan ekstrak manggis yang terkenal dengan sifat antioksidannya bagi membantu menyuburkan dan melindungi kulit, sekali gus menjadikan kulit terasa segar dan kelihatan sihat. Ia juga memberikan kelembapan sehingga 72 jam, memastikan penghidratan yang berpanjangan untuk kulit yang lembut dan kelihatan sihat. Rangkaian ini merangkumi gel mandian, losen badan, semburan badan, serta gel mandian dan losen badan dalam saiz perjalanan.
“Manggis merupakan buah yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia dan kami amat teruja untuk mengetengahkan buah tempatan yang cukup dikenali ini menerusi rangkaian ”Mangosteen” daripada ”Naturals by Watsons”. Kami mahu membawa buah ikonik ini ke hadapan dan memberikannya nafas baharu dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri. Selain menjadi buah yang dikenali dan digemari rakyat Malaysia, manggis turut dihargai kerana khasiat semula jadinya, menjadikannya inspirasi yang tepat untuk rangkaian berteraskan alam semula jadi ini. Kami berbangga dapat membawa sebuah kisah yang begitu dekat dengan identiti Malaysia kepada pelanggan kami dengan cara yang relevan, bermakna dan menarik,” kata Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.

Bagi menambahkan sentuhan Malaysia yang lebih tersendiri pada koleksi ini, Naturals by Watsons turut bekerjasama dengan ilustrator tempatan Malaysia, “Wonders of Eqa”, untuk menghasilkan rekaan pembungkusan edisi terhad eksklusif yang diinspirasikan daripada budaya dan warisan Malaysia yang penuh warna-warni. Rekaan tersebut menampilkan elemen tempatan yang cukup dikenali, termasuk sarung tradisional dan wau, menjadikan koleksi ini sebagai rangkaian kecantikan yang turut meraikan identiti Malaysia.


Pelancaran ini turut menyaksikan kerjasama antara Naturals by Watsons dan KL DEX, sebuah destinasi yang terkenal dalam meraikan Raja Buah-Buahan Malaysia. Menerusi kerjasama ini, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman Raja dan Ratu Buah-Buahan dalam satu destinasi, sekaligus mewujudkan perjalanan imersif yang menghubungkan budaya buah-buahan tempatan, kecantikan dan pengalaman penemuan yang menarik.
Bermula hujung minggu ini dan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2026, pengunjung ke KL DEX berpeluang menerokai dan mencuba rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen, merasai tekstur dan harumannya, serta mengetahui lebih lanjut tentang manfaat penjagaan kulit yang diinspirasikan daripada Ratu Buah-Buahan. Para pengunjung juga boleh menikmati manggis segar bersama pengalaman durian istimewa KL DEX, sekaligus meraikan dua ikon paling terkenal di Malaysia.

Tersedia secara eksklusif di Watsons Malaysia, rangkaian Mangosteen edisi terhad ini juga boleh dijadikan cenderamata kecantikan berinspirasikan Malaysia yang menyeronokkan dan bermakna bagi mereka yang ingin membawa pulang sebahagian daripada keunikan Malaysia. Pengunjung juga boleh menerokai pilihan lain topeng muka berinspirasikan cita rasa tempatan yang tersedia secara eksklusif di Watsons Malaysia.
Dengan Raja dan Ratu Buah-Buahan sebagai tumpuan utama, Naturals by Watsons mengajak rakyat Malaysia untuk menerokai semula keindahan inspirasi tempatan – satu manggis pada satu masa.
Rangkaian Naturals by Watsons Mangosteen kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara dan secara dalam talian. Harga bermula daripada RM23.90, dengan tawaran eksklusif untuk pelanggan yang berbelanja RM40 dan ke atas bagi rangkaian Mangosteen, termasuk peluang untuk menerima patung plushie emoji Mangosteen* (plushie emoji diberikan secara rawak).
Ketahui lebih lanjut di laman sesawang Watsons Malaysia di www.watsons.com.my
