Samsung Tingkatkan Pengalaman Telefon Pintar Harian dengan Galaxy A08 Baharu
Samsung Tingkatkan Pengalaman Telefon Pintar Harian dengan Galaxy A08 Baharu
Galaxy A08 menawarkan prestasi yang dipertingkatkan dan pengalaman kamera serbaguna dengan ciri-ciri berkuasa AI

Samsung memperkenalkan Galaxy A08, membawakan prestasi yang lebih berkeupayaan, kebolehpercayaan jangka panjang dan pengalaman AI teras kepada pengguna.
Galaxy A08 menumpukan pada perkara asas dengan bateri 6,000mAh yang direka untuk kegunaan hiburan yang lebih lama serta memori LPDDR5 yang dinaik taraf dengan pilihan RAM Plus yang boleh ditukar ganti (dihidupkan/dimatikan), menawarkan prestasi yang lebih baik dan penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Galaxy A08 menampilkan Circle to Search with Google, pelbagai ejen AI, rintangan debu dan percikan air IP64, Samsung Knox Vault serta sehingga enam generasi naik taraf OS dan enam tahun kemas kini keselamatan.
Kuala Lumpur, 25 September 2026 – Samsung Electronics telah memperkenalkan Galaxy A08 baharu, membawakan prestasi yang lebih berkeupayaan, kebolehpercayaan jangka panjang dan pengalaman AI teras kepada pengguna. Direka berasaskan detik-detik penting – daripada penstriman kandungan dan merakam kenangan hingga menyelesaikan tugas – Galaxy A08 baharu menggabungkan peningkatan bermakna dengan pengalaman Galaxy yang boleh dipercayai.
Galaxy A08: Prestasi Boleh Dipercayai yang Tahan Lama
Bateri besar 6,000mAh memberikan Galaxy A08 kuasa untuk bertahan lebih lama sepanjang hari, sama ada pengguna menstrim video, menyemak media sosial, atau kekal terhubung dengan rakan dan keluarga. Dengan asas yang boleh dipercayai, pengguna boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati kandungan kegemaran mereka dan kurang bimbang tentang kehabisan bateri.
Galaxy A08 juga dikuasakan oleh pemproses Helio G99+ dan memori LPDDR5 yang dinaik taraf, menyokong penggunaan harian yang lancar sambil membantu mengurus penggunaan kuasa. RAM Plus menyediakan fleksibiliti tambahan apabila lebih banyak memori diperlukan, manakala pengguna boleh mematikannya untuk menjimatkan ruang storan bagi foto dan video.
Untuk merakam detik harian, Galaxy A08 menampilkan kamera utama auto-fokus 50MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera hadapan 8MP, menyediakan keperluan asas untuk mengambil dan berkongsi foto dengan mudah.
Pengalaman AI Teras untuk Tugas yang Lebih Mudah
Galaxy A08 memperkenalkan cara yang lebih intuitif untuk mencari, meneroka dan menyelesaikan tugas. Dengan Circle to Search yang dipertingkatkan, pengguna boleh membulatkan atau mengetik kandungan pada skrin mereka untuk mencari maklumat tanpa perlu menaip atau bertukar antara aplikasi. Ciri baharu Find the Look membolehkan pengguna mencari keseluruhan pakaian atau mengenalpasti muzik yang dimainkan berdekatan.
Galaxy A08 kini dilengkapi dengan pelbagai ejen AI yang membantu pengguna beroperasi dengan lebih lancar antara aplikasi terbina dalam Galaxy yang disokong, aplikasi Google dan aplikasi pihak ketiga terpilih. Melalui arahan suara atau tekan lama, pengguna boleh meminta Gemini atau Perplexity untuk mengaktifkan aplikasi yang disokong, membantu mereka menyelesaikan tugas secara lebih intuitif merentasi perkhidmatan yang berbeza.
Direka Untuk Kebolehpercayaan Jangka Panjang
Galaxy A08 menampilkan ketahanan yang dipertingkatkan dengan perlindungan bertaraf IP64 terhadap debu dan percikan air, serta disokong oleh sehingga enam generasi naik taraf OS dan enam tahun kemas kini keselamatan, membantu pengguna menikmati pengalaman mudah alih yang lebih selamat dan boleh dipercayai dari semasa ke semasa. Dilengkapi dengan Samsung Knox, Galaxy A08 juga menampilkan Knox Vault untuk perlindungan berasaskan peranti keras (hardware) bagi maklumat sensitif. Persekitaran keselamatan khusus ini membantu melindungi data peribadi, memberikan pengguna keyakinan tambahan semasa menguruskan kehidupan mereka melalui telefon pintar.
Galaxy A08 menawarkan penampilan yang ringkas namun elegan, dalam warna Green, Dark Blue dan Silver untuk memenuhi cita rasa berbeza, dan akan tersedia untuk dibeli pada harga RM899.