Terkini | New

Samsung Galaxy S26 FE Telefon Pilihan Peminat Di Konsert, Padat dengan Keupayaan Kamera Ultra

Samsung Galaxy S26 FE Telefon Pilihan Peminat Di Konsert, Padat dengan Keupayaan Kamera Ultra


Daripada menyanyikan korus kegemaran anda sekuat hati sehinggalah merakam saat tidak dapat dilupakan apabila artis kesayangan anda naik ke pentas, konsert adalah tentang kenangan yang berbaloi untuk diimbas kembali. Dengan barisan konsert hebat yang mewarnai musim sibuk di Malaysia seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza dan BTS yang menghimpunkan para peminat, arena konsert Malaysia memberikan banyak perkara yang dinanti-nantikan oleh pencinta muzik.

​Namun, walaupun pengalaman menonton secara langsung itu sukar ditandingi, merakamnya menggunakan telefon adalah cerita yang berbeza. Pencahayaan malap, artis membuat persembahan dari jarak jauh, serta keterujaan menyanyi, menari dan melompat bersama boleh menjadikan usaha mendapatkan rakaman yang sempurna satu cabaran. Tiada siapa yang mahu melihat semula galeri konsert mereka hanya untuk mendapati video kabur, foto bintik-bintik atau rakaman yang bergegar pada setiap detik beat.

​Kini hadir Samsung Galaxy S26 FE, telefon pintar yang dibina berasaskan DNA kamera Siri Galaxy S untuk membantu peminat merakam lebih banyak detik yang menjadikan muzik secara langsung itu istimewa. Dengan keupayaan kameranya yang berkuasa, Enjin ProVisual (ProVisual Engine), dan Video Super Stabil dengan Kunci Mendatar (Super Steady Video with Horizontal Lock), ia memberikan pengunjung konsert lebih banyak cara untuk membawa pulang pemandangan, bunyi, dan keterujaan malam yang sukar dilupakan.

​Jangan Lepaskan Pandangan daripada Momen Kegemaran Anda

​Di atas pentas yang penuh dengan aksi, anda mungkin kehilangan fokus pada artis kegemaran anda. Mujurlah, Galaxy S26 FE turut menampilkan My FanCam, satu pembawa perubahan (game changer) dalam menghasilkan kandungan konsert kegemaran anda. Satu ciri yang diperkenalkan bersama Siri Galaxy Z8 terkini, My FanCam membolehkan anda terus memberi fokus kepada individu yang anda mahukan, sentiasa membantu anda mendapatkan syot yang anda inginkan.

​Lompat, Nyanyi dan Menari. Biarkan Super Stabil Mengendalikan Aksi Tersebut.

​Sebuah konsert bukanlah tempat untuk berdiri kaku tanpa bergerak langsung. Anda menyanyi bersama, melompat mengikut rentak, melambai-lambaikan tangan dan bertindak balas terhadap setiap kejutan di atas pentas. Cuba merakam semua keterujaan itu sambil memastikan telefon anda stabil boleh menjadi satu cabaran.

​Dengan Video Super Stabil (Super Steady Video), Galaxy S26 FE membantu anda merakam rakaman yang lebih lancar semasa anda bergerak mengikut muzik. Ciri Kunci Mendatar (Horizontal Lock) menggabungkan sudut optik yang diperluaskan dengan sensor giro dan pecutan untuk mengenali arah graviti dan memastikan video anda mendatar, walaupun anda memutar telefon sepenuhnya 360 darjah.

​Ini bermakna anda boleh memberi tumpuan untuk menikmati detik tersebut tanpa perlu terlalu bimbang tentang setiap pergerakan yang menjejaskan rakaman anda. Daripada merakam korus yang bertenaga sehinggalah merakam penonton menyanyi dalam satu suara, Video Super Stabil membantu memastikan kenangan anda lebih lancar dan mudah ditonton semula.

​Apabila Lampu Malap, Kamera Anda Harus Menyerlah

​Konsert adalah tontonan visual, daripada lampu sorot dramatik yang menyapu merentasi pentas sehinggalah paparan LED berwarna-warni menerangi arena. Namun begitu, keadaan pencahayaan atmosfera ini boleh menjadi cabaran untuk kamera telefon pintar, yang selalunya menghasilkan imej berbutir atau butiran yang hilang tepat pada ketika persembahan itu sampai kemuncak yang menarik.

​Galaxy S26 FE membantu menjadikan kenangan selepas gelap itu berbaloi untuk disimpan, dengan keupayaan cahaya malap yang direka bentuk untuk menghasilkan foto dan video yang lebih jelas serta cerah sambil mengurangkan hingar (noise) dan memelihara butiran penting. Sama ada ia adalah detik antisipasi sebelum persembahan pembukaan, lautan peminat melambai-lambaikan lightstick mereka, atau finale emosional lagu kegemaran, anda boleh merakam suasana tersebut tanpa membiarkan kegelapan merampas detik itu.

​Kuasa Enjin ProVisual Samsung mempertingkatkan kualiti imej dan membantu memelihara butiran merentas pelbagai situasi pengambilan gambar. Hasilnya? Butiran tajam, warna bertenaga dan kejernihan seperti hidup, dengan usaha yang lebih sedikit diperlukan daripada anda. Jadi, apabila lampu pentas menyala dan penonton bersorak gemuruh, anda boleh menghabiskan lebih sedikit masa merisaukan tetapan kamera anda dan lebih banyak masa menikmati persembahan.

​Artis Kegemaran Anda, Lebih Dekat Berbanding Sebelum Ini

​Sama ada anda duduk di aras atas atau berdiri di celah ribuan peminat, artis kegemaran anda kadangkala terasa agak jauh.

​Di sinilah kamera 50MP dan keupayaan zum Galaxy S26 FE mula memainkan peranan. Direka untuk membantu memelihara butiran, tekstur dan warna, kamera resolusi tingginya memberi anda lebih fleksibiliti untuk merakam aksi di atas pentas, daripada pakaianenyah tandatangan artis sehinggalah detik ekspresif di antara lagu-lagu.

​Daripada berpuas hati dengan susuk tubuh yang jauh dikelilingi cahaya terang, anda boleh membawa lebih banyak persembahan itu ke dalam fokus dan merakam foto yang membantu anda menghidupkan semula pengalaman tersebut. Ia amat berguna apabila penyanyi kegemaran anda mencapai nota ikonik itu, band kegemaran anda mempersembahkan lagu anthem terbesar mereka, atau seluruh arena bernyala terang untuk lagu kegemaran ramai.

​Lebih Daripada Sifat Fotografi

​Galaxy S26 FE juga membawa pengalaman AI lebih dekat kepada pengguna Malaysia. Samsung sedang memperluaskan sokongan bahasa Galaxy AI untuk menyertakan Bahasa Melayu merentas ciri seperti Bantuan Panggilan (Call Assist), Bantuan Nota (Note Assist), Penterjemah (Interpreter), dan Bantuan Transkrip (Transcript Assist), memudahkan terjemahan perbualan, mentafsir nota, dan bekerja merentas rakaman suara dalam bahasa yang digunakan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Kini Nudge turut menambah sokongan bahasa Melayu, membantu pengguna mendapatkan cadangan berkaitan berdasarkan apa yang dipaparkan pada skrin mereka. Ini adalah satu lagi langkah oleh Samsung ke arah menjadikan AI lebih mudah diakses dan berguna dalam kehidupan seharian.

​Nikmati penjimatan masa terhad apabila anda membeli Galaxy S26 FE hari ini

​Untuk satu hujung minggu, 24–25 Oktober 2026, Galaxy S26 FE lebih menarik untuk dibawa pulang. Semasa Jualan Festival Hujung Minggu (Weekend Festival Sale) 48 jam Samsung, pembeli boleh menikmati rebat tambahan sebanyak RM400, dengan promosi berterusan yang boleh disusun (stackable) membawa jumlah rebat sehingga RM900.

​Di luar FEstival Hujung Minggu itu, pelanggan masih boleh memanfaatkan promosi pelancaran dan membeli Galaxy S26 FE bermula dari RM2,499 – dari sekarang hingga 15 November 2026. Jimat sehingga RM600 melalui SPayLater dengan yuran ansuran 0% sehingga 12 bulan, atau nikmati rebat sehingga RM600 dengan bank terpilih, serta rebat eksklusif Peminat Samsung sebanyak RM100. Pelanggan yang layak juga dapat menikmati percubaan percuma Google AI Pro selama 6 bulan apabila mereka membeli peranti mereka.

​Itu menjadikan Galaxy S26 FE cadangan yang menarik untuk rakyat Malaysia yang ingin melangkah ke pengalaman siri Galaxy S tanpa perlu membayar harga peringkat perdana (flagship-tier).

​