CelcomDigi Menyampaikan Hadiah Kepada 37 pemenang di Kemuncak Mega Gegar 20 Juta
CelcomDigi Menyampaikan Hadiah Kepada 37 pemenang di Kemuncak Mega Gegar 20 Juta
CelcomDigi Berhad meraikan 37 pemenang kempen Mega Gegar 20 Juta pada majlis kemuncak yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya. Setiap pemenang membawa pulang hadiah daripada kumpulan hadiah kempen yang bernilai sehingga RM20 juta.
37 peserta akhir telah dipilih daripada ribuan peserta di seluruh negara yang menyertai kempen tersebut berikutan pelancarannya pada bulan Julai. Pada majlis kemuncak itu, mereka berlumba dengan masa di dalam ruang udara khas yang direka bentuk untuk mengumpul mata bagi menentukan hadiah utama yang akhirnya akan dibawa pulang. Dengan setiap peserta akhir dijamin mendapat ganjaran, keterujaan terletak pada penentuan siapa yang akan membawa pulang hadiah yang mana.

Antara pemenang utama, Khow Yee Zhan dari Kuala Lumpur membawa pulang Ubah Suai Rumah Pintar AI (Smart AI Home Makeover) yang dikuasakan oleh Samsung dan The Makeover Guys bernilai RM265,000. Sementara itu, Danny Shiek Harn Heng dari Selangor memenangi kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, manakala Intan Aslinda Danik dari Johor, Nur Anis Qhairina Kamaruddin dari Kuala Lumpur, dan Nur Afifa Najwa Mohd Ali Jina dari Selangor masing-masing merangkul pakej percutian antarabangsa bernilai RM100,000.
Peserta akhir yang lain turut pulang dengan pelbagai hadiah. Dua belas pemenang mendapat pakej pelancongan tempatan bernilai RM50,000 setiap satu, manakala tiga pemenang menerima pengalaman konsert eksklusif Live Nation bernilai lebih RM8,000 setiap satu. 20 pemenang lagi membawa pulang telefon pintar Samsung dan perkakas rumah yang bernilai sehingga RM8,999.
Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, "Mega Gegar 20 Juta meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada 20 juta pelanggan kami yang terus meletakkan kepercayaan mereka kepada CelcomDigi setiap hari. Kami bersemangat dengan sambutan daripada pelanggan di seluruh negara, dan amat memuaskan hati melihat perjalanan ini diakhiri dengan 40 peserta akhir ini, yang kesemuanya pulang sebagai pemenang hari ini. Kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk memberi kembali secara bermakna melalui hadiah, ganjaran, dan pengalaman bernilai RM20 juta sepanjang kempen ini. Di sebalik hadiah-hadiah tersebut, kempen ini adalah mengenai penciptaan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan menunjukkan penghargaan kepada pelanggan yang terus memberi inspirasi kepada kami, dan yang detik-detik harian mereka menjadi nadi kepada segala yang kami lakukan."
Mega Gegar 20 Juta adalah antara kempen penghargaan pelanggan terbesar CelcomDigi setakat ini. Pelanggan dijemput untuk menyertai peraduan ini melalui pembelian yang layak merentasi produk dan perkhidmatan CelcomDigi. Dengan pembelian serendah RM20, pelanggan boleh membuka kotak misteri digital terbesar pada aplikasi CelcomDigi dan berpeluang memenangi hadiah serta pengalaman daripada kumpulan hadiah bernilai sehingga RM20 juta. Kempen ini disokong oleh rakan kongsi strategik termasuk Samsung, The Makeover Guys, dan Live Nation.
Semasa CelcomDigi meneruskan perjalanannya untuk menjadi jenama telekomunikasi dan perkhidmatan digital yang paling dipercayai di negara ini, syarikat kekal komited untuk menyampaikan produk, perkhidmatan, dan pengalaman yang paling penting kepada pelanggan.
