Terkini | New

Samsung dan ShopeePay Memperkukuh Kerjasama untuk Menjadikan Pembayaran Lebih Lancar di Asia Tenggara

Samsung dan ShopeePay Memperkukuh Kerjasama untuk Menjadikan Pembayaran Lebih Lancar di Asia Tenggara

​Integrasi baharu membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan ShopeePay di dalam Samsung Wallet, dan menggunakan Samsung Pay semasa pembayaran keluar (checkout) di Shopee di Singapura dan Vietnam.


​Samsung Electronics hari ini mengumumkan kerjasama yang diperluaskan dengan ShopeePay untuk menjadikan pembayaran harian lebih mudah bagi pengguna di seluruh Asia Tenggara. Dengan menghubungkan ekosistem pembayaran kedua-dua jenama ini dengan lebih erat, perkongsian itu memberikan pengguna lebih kemudahan dan fleksibiliti untuk menggunakan kaedah pembayaran yang biasa digunakan di pasaran dalam talian, dompet mudah alih, dan kedai fizikal. Ini juga menandakan kolaborasi pertama Samsung di Asia Tenggara untuk menyokong pembayaran QR dalam Samsung Wallet merentas pelbagai pasaran.

​Di Singapura dan Vietnam, pengguna kini boleh membuat pembayaran QR dengan ShopeePay di dalam Samsung Wallet, serta menggunakan Samsung Pay semasa pembayaran keluar di Shopee. Kedua-dua integrasi dijangka tersedia di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.

​Menjadikan Pembayaran Harian Lebih Mudah

Dengan integrasi baharu ini, pengguna Samsung Wallet boleh mengimbas kod QR pedagang yang mengambil bahagian menggunakan aplikasi Samsung Wallet dan membayar menggunakan kaedah pembayaran yang dipautkan pada akaun ShopeePay mereka. Ini membolehkan pengguna melengkapkan transaksi mereka tanpa perlu beralih antara aplikasi, sekaligus memberikan lebih kemudahan semasa pembayaran keluar. Mereka juga boleh mendapatkan Syiling Shopee (Shopee Coins) untuk pembelian yang layak dibuat dengan ShopeePay.





​Membawa Fleksibiliti Pembayaran yang Lebih Besar kepada Sesawang Belanja Dalam Talian

Perkongsian ini turut memperluaskan rangkaian pilihan pembayaran yang tersedia untuk pengguna yang membeli-belah dalam talian. Samsung Pay kini tersedia sebagai pilihan pembayaran keluar di Shopee manakala pengguna boleh menggunakan ShopeePay, yang menyokong SPayLater di samping pilihan pembayaran lain, untuk membeli produk Samsung di Samsung.com. Di samping Samsung.com, Samsung juga akan terus memperluaskan penerimaan ShopeePay, termasuk SPayLater, merentas saluran runcit fizikalnya di Asia Tenggara.

​"Pengguna semakin mengharapkan pengalaman pembayaran yang ringkas dan lancar di mana sahaja mereka memilih untuk membeli-belah," kata Carl Nordenberg, Naib Presiden, Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania. "Dengan memperkukuh perkongsian kami bersama ShopeePay, Samsung mendekatkan ekosistem pembayaran kami, memberikan pengguna lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam cara mereka membayar. Sama ada membeli-belah dalam talian atau membeli peranti di kedai, kami mahu membuang segala kerumitan daripada pengalaman tersebut and memudahkan pengguna di seluruh Asia Tenggara untuk menggunakan pilihan pembayaran yang mereka lebih sukai."

​"Nilai perkongsian pembayaran terletak pada sejauh mana ia berhubung dengan perkhidmatan yang sedia digunakan oleh orang ramai. Perkongsian membantu kami memahami dengan lebih baik perbezaan tersebut dan menyesuaikan perkhidmatan kami dengan sewajarnya. Usaha kami dengan Samsung mencerminkan tumpuan ShopeePay untuk memastikan perkhidmatannya kekal relevan dan berguna kepada pengguna di seluruh Asia Tenggara," kata Candice Ng, Ketua Perkongsian Serantau, ShopeePay.