Terkini | New

StarCity Hotel, Alor Setar

Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

StarCity Hotel, Alor Setar terletak betul-betul di tengah bandar Alor Setar. Ia menjadi pilihan kami untuk menginap di sini setelah lama memandu dari Kuala Lumpur.













Suasana bilik yang ada di hotel memang menarik dan moden. Pemandangan bandar Alor Setar pasti kelihatan menarik yang bersebelahan dengan menara Alor Setar.

Pemandangan cantik sekitar bandar yang terang ketika waktu malam serta bersebelahan dengan pusat membeli belah.

Nampak luas dan menarik menjadikan mereka pilihan badan-badan kerajaan dan swasta menginap di sini.






Kami sempat mencuba masakan steamboat mereka yang sememangnya sedap. Pujian untuk nasi goreng mereka memang terbaik dan sedap.







Jika ke Alor Setar saya sarankan anda ke sini dan merasai sendiri makanan dan bilik-bilik menarik mereka. 
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :

StarCity Hotel, Alor Setar

Tel: +604 7355888
Fax: +604 7355999
Email: sales@starcity.com.my
Address: No. 88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Star, Kedah, Malaysia.