Terkini | New

Photo Hunt 2018 “THIS IS HOW LIFE SHOULD BE” | #DiscoverSelangor

“THIS IS HOW LIFE SHOULD BE” Photo Hunt 2018 
#DiscoverSelangor 

Tourism Selangor dan Sime Darby Property melancarkan #DiscoverSelangor Photo Hunt 2018 ‘This Is How Life Should Be’ Bandar Elmina. Pertandingan ini menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai RM24,500 untuk dimenangi.




Tourism Selangor telah menganjurkan pertandingan memburu foto setiap tahun sejak 2010, untuk mempamerkan pemandangan dan tarikan unik di Selangor. Ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat fotografi sejak ia mula dianjurkan.

Tahun ini, Tourism Selangor menganjurkan Pertandingan Photo Hunt di Bandar Elmina, salah satu perbandaran utama Sime Darby Property yang terdiri daripada perbandaran Denai Alam, Bukit Subang, Elmina Timur dan Elmina West.








Bandar Elmina dipilih berdasarkan lokasi yang sangat mudah diakses, persekitaran yang indah, serta ruang hijau komunal yang memaparkan taman terbaru - Elmina Central Park seluas 300 ekar, 30% lebih besar daripada Lake Gardens di Kuala Lumpur.

Aksesibiliti ke Bandar Elmina adalah mudah, dengan rangkaian jalan yang sangat baik. Ia mudah diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya ELITE. Lebuhraya juga menghubungkan perbandaran ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, serta pinggir bandar popular di Lembah Klang seperti Subang Jaya dan Shah Alam.





Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) yang dijangka siap menjelang awal tahun 2020, akan memendekkan masa perjalanan dari Bandar Elmina ke pusat bandar, meningkatkan lagi hubungan dan aksesibiliti perbandaran. Kemajuan perbandaran seperti Bandar Elmina menandakan pertumbuhan Selangor sebagai negeri, dari segi perbandaran dan perkembangan perumahan.

"Tourism Selangor sentiasa aktif mempromosikan permata baru dan tersembunyi di negeri ini. Tahun demi tahun, kami menambah baik dan menjadi lebih kreatif dalam menarik pandangan pelancong antarabangsa dan tempatan. Kami amat berterima kasih kerana mempunyai rakan kongsi yang menyokong seperti Sime Darby Property untuk menjadi tuan rumah tahun ke-9 #DiscoverSelangor Photo Hunt di Bandar Elmina, perbandaran yang penting dan strategik di Selangor, “ kata Pengurus Besar Tourism Selangor, Puan Noorul Ashikin Binti Mohd Din.

"Dengan pertandingan memburu foto yang diadakan pada bulan yang sama dengan Hari Kebangsaan Malaysia, kami gembira dapat memainkan peranan dalam mempromosikan tarikan tempatan Selangor, permata tersembunyi dan keindahan yang ditawarkannya sejajar dengan tema tahun ini 'Sayangi Malaysiaku'. Adalah menjadi penghormatan bagi kami untuk menjadikan Bandar Elmina sebagai tuan rumah untuk acara yang bermakna ini. Unsur-unsur alam semulajadi, landskap dan gaya hidup dalam perkembangan ini memberi latar belakang yang sempurna untuk para jurugambar dan peminat alam semula jadi,” kata Pengurus Besar Hartanah Sime Darby, Appollo Leong.

Pertandingan memburu foto dibuka kepada semua orang awam. Pasukan dengan dua hingga empat orang peserta diberikan 10 hingga 15 soalan mencabar dan peta, dan ditugaskan untuk melawat empat stesen yang meliputi jarak 127 kilometer. Setiap pasukan dikehendaki menjawab soalan dalam bentuk imej kreatif yang diambil di setiap stesen menggunakan mana-mana kamera digital atau telefon.

Acara yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 malam bermula di Galeri Jualan Elmina Pavilion. Peserta dilepaskan oleh Encik Shakir Ameer, Ahli Majlis Bandaraya di Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum pergi ke stesen pertama - Selangor Fruit Valley di Rawang, tarikan agro terkini di Selangor di mana pelawat boleh belajar tentang tumbuhan, buah-buahan dan haiwan-haiwan tempatan .







 



Peserta kemudian menuju ke stesen kedua, Sungai Kanching di Rawang, sebuah tarikan pelancong popular di mana Air Terjun Kanching terletak. Selepas itu, mereka pergi ke Terminal SkyPark di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebelum kembali ke titik permulaan dan stesen keempat, Galeri Jualan Elmina Pavilion. Pasukan kemudian terpaksa memilih gambar terbaik mereka dan diserahkan kepada hakim.












Pemenang pertandingan berpeluang untuk memenangi hadiah dan wang tunai yang menarik. Hadiah Utama dalam Kategori Profesional terdiri daripada wang tunai dan hadiah bernilai RM6,000, serta tiga hadiah Merit masing-masing bernilai RM1,500 dan lima saguhati bernilai RM500 setiap satu.

Mengenai Sime Darby Property Berhad

Dengan pengalaman lebih 45 tahun membangun komuniti yang mampan, Sime Darby Property sehingga kini telah membina 23 bandar di serata dunia merangkumi aset dan operasi merentasi Asia Pasifik dan United Kingdom. Di UK, Sime Darby merupakan sebahagian dari konsortium Malaysia adalah pemaju projek Battersea Power Station di tengah kota London.

Sime Darby Property merupakan pemenang pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan pemaju hartanah pertama Malaysia yang dianugerahkan FIABCI Prix d’Excellence Antarabangsa sebanyak dua kali untuk perbandaran Subang Jaya dan UEP Subang Jaya. Syarikat ini juga telah memenangi emas kelapannya secara berturut di Putra Brand Awards 2017. Untuk kali kelimanya secara berturut juga, ia telah dianugerahkan sebagai 10 Pemaju Teratas di BCI Asia 2015. Sime Darby Property juga telah diiktiraf sebagai pemaju terunggul di Malaysia di The Edge Top Property Developers Award, satu pengiktirafan yang diterima secara konsisten semenjak 2009.

Untuk maklumat


www.simedarbyproperty.com





Mengenai Bandar Elmina
Bandar Elmina adalah perbandaran terbesar di Malaysia oleh Sime Darby Property yang merangkumi 5,000 ekar hartanah pegangan kekal. Ia merupakan pembangunan bersepadu yang terdiri daripada empat bandar iaitu Denai Alam (1,000 ekar), Bukit Subang (250 ekar), Elmina East (1,088 ekar), dan Elmina West (2,662 ekar).

Keseluruhan estet itu terletak berhampiran banyak rangkaian lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan akan datang, Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).

Setiap bahagian landskap di perbandaran dirancang dengan penuh teliti dan keseimbangan dengan tujuan meningkatkan taraf hidup kepada kualiti tertinggi bagi setiap individu dan masyarakat.

Lagi Photo menarik di :
https://www.facebook.com/211952468839685/posts/2130261600342086/