Recent comments

Terbaru

Shopee 9.9 Super Shopping Day Kini Kembali

Shopee 9.9 Super Shopping Day Kini Kembali:
Acara Beli-Belah Tahunan Terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan 
Beli-Belah Kaw-Kaw selama 14 hari bertema hebat dengan diskaun sehingga 99% 

https://www.facebook.com/ShopeeMY/videos/2101115070139999/





Shopee, platform Online utama di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, Shopee 9.9 Super Shopping Day. Selepas kejayaan acara 9.9 tahun lepas, yang mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan pertambahan kunjungan ke web sebanyak lima kali ganda, Shopee memeriahkan lagi pesta tahun ini dengan menganjurkan acara beli-belah mega 14 hari dari 27 Ogos hingga 9 September. 



Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang membabitkan lebih 10,000 penjual, 120 jenama, dan 40 rakan korporat, membawakan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna meliputi semua kategori produk. Malah menjelang 9 September, Shopee akan mengadakan hari promosi tema hebat, setiap satu dengan promosi menarik, termasuk jualan kilat dan potongan sehingga 99% atas pelbagai produk berasaskan tema tawaran pada hari berkenaan. 



“Shopee telah berkembang pesat tahun lepas, dan kami kini menjadi destinasi beli-belah pilihan bagi pembeli dan penjual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau. Ini merupakan tahun ketiga kami menganjurkan pesta beli-belah tahunan 9.9 di Malaysia, dan dijangka menjadi acara terbesar pernah kami anjurkan. Shopee 9.9 Super Shopping Day telah dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pengguna kami, sejajar dengan itu, kami terus mengukuhkan hubungan dengan jenama terkemuka untuk membawakan lebih banyak tawaran eksklusif, dan melancarkan inisiatif baharu dalam usaha menambah baik pengalaman beli-belah keseluruhan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee di majlis pelancaran.
Mulai 27 Ogos, pengguna boleh menikmati acara beli-belah maraton tanpa henti selama 14 hari, dengan hari bertema setiap 24 jam secara berturut-turut. 



 Setiap hari, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai promosi dengan tema harian, bermula dengan Pesta Jenama Hebat (Super Brands Festival) pada 27 Ogos. Dalam Pesta Jenama Hebat, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan tawaran luar biasa dengan potongan sehingga 99% untuk produk paling hangat daripada pelbagai jenama kegemaran ramai termasuk Nestle, L’Oreal, Russell Taylors, honor, Mead Johnson, Elianware, Her Jewellery, Thunder Match, Watsons dan PETPET. Tambahan lagi, Shopee telah berganding bahu dengan rakan korporat seperti Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan BHP untuk terus menambah nilai bagi pelanggan selepas mereka tidak lagi berada dalam talian. 



Pengguna boleh merebut tawaran hebat produk selebriti paling hangat di Shopee Celebrity Squad. Sejak pelancaran pada bulan Mei, Shopee Celebrity Squad telah mendapat sambutan hangat daripada peminat bintang-bintang tempatan termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Emma Maembong. 

Pastikan anda mengingati tarikh 9 September kerana Shopee akan mengadakan 9 pusingan menarik Jualan Kilat (Shocking Sale) yang menjanjikan potongan 99% bagi produk paling popular. Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan baucar eksklusif menawarkan diskaun besar bagi pelbagai kategori produk termasuk Barangan Pengguna Laris (FMCG), Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup. 



Shopee Shake dengan tabung 99 juta syiling Shopee 

Sejak dilancarkan tahun lepas, Shopee Shake Shake telah dimainkan sebanyak 70 juta kali oleh beribu-ribu pengguna. Untuk terus menggalakkan permainan Shopee Shake sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, Shopee akan menambah tabung syiling kepada jumlah luar biasa 99 juta syiling sepanjang kempen. Bukan itu sahaja, Shopee akan berbuat demikian secara ‘kaw kaw’ dengan membuka 9 slot masa pada 9 September, dengan 2 permainan setiap pengguna untuk setiap slot supaya pemain boleh menggoncang dan menang sehingga 18 kali setiap 24 jam. 







Tawaran yang disediakan bukan sahaja lebih besar dan lebih baik, Shopee 9.9 Super Shopping Day juga bakal menghimpunkan peruncit dan peserta industri yang terbesar di negara ini. 

Kunjungi shopee.com.my/99 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Muat turun Aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)