Terkini | New

Pelancaran Sulung Sos Cili Pedas Ibu Oleh Dato’ Khadijah Ibrahim Meriahkan St Rosyam Mart, Jalan Kebun

Pelancaran Sulung Sos Cili Pedas Ibu Oleh Dato’ Khadijah Ibrahim Meriahkan St Rosyam Mart, Jalan Kebun


Suasana di St Rosyam Mall, Jalan Kebun, Klang hari ini gamat dan penuh warna-warni apabila penyanyi lagenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, melancarkan produk terbaharu beliau, Sos Cili Pedas Ibu buat julung kalinya di pasaraya St Rosyam Mall. Acara ini mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan setia, peminat serta wakil media yang hadir untuk menyaksikan detik bersejarah ini.


Produk Sos Cili Pedas Ibu merupakan hasil air tangan Dato’ Khadijah sendiri yang diinspirasikan daripada resipi air tangan beliau. Rasa pedas, pekat dan penuh keaslian menjadikannya pilihan ideal untuk pencinta makanan berempah dan pedas.



Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan interaktif, kuiz serta sesi karaoke bersama Dato’ Khadijah Ibrahim yang menghiburkan para pengunjung. Dato Khadijah juga menghidangkan pengunjung dengan menu masakan serta demo air tangan ibu. Para tetamu turut berpeluang merasai sendiri keenakan Sos Cili Pedas Ibu melalui sesi rasa percuma yang disediakan.

“Sos ini adalah simbol kasih saya kepada peminat dan masyarakat. Saya ingin berkongsi rasa asli yang selalu menjadi kegemaran keluarga saya kepada seluruh rakyat Malaysia dan luar negara. Sokongan anda semua hari ini amat menyentuh hati saya.” Ujar Dato’ Khadijah Ibrahim,

Sos Cili Pedas Ibu kini boleh didapati secara eksklusif di St Rosyam Mart dan juga platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok Shop.

Dato’ Khadijah turut mengumumkan bahawa sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi membantu golongan artis yang memerlukan.

Pelancaran ini bukan sahaja memperkenalkan satu lagi produk makanan tempatan yang berkualiti, tetapi juga membuktikan bahawa semangat keusahawanan selebriti tanah air terus berkembang dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Instagram/Facebook/Tiktok: @sos.ciliibu.official