Recent comments

Terbaru

GOL & GINCU VOL 2, Penantian 13 Tahun Peminat Pasti Terhibur

GOL& GINCU KEMUNCAK GOL & GINCU VOL. 2 KUALA LUMPUR.

Tayangan Perdana flem Gol & Gincu Vol. 2 yang dinanti-nantikan telah diadakan secara gilang gemilang di ruang legar Sunway Putra Mall dan dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri daripada penggiat seri tanah air, selebriti tempatan, warga produksi filem dan peminat filem. 

Acara bertermakan gitz dan glamor itu dimulakan dengan sesi Tayangan Media di TGV Sunway Putra Mall pada sebelah petang, yang disusuli dengan sidang media bersama pelakon-peĊ‚akon penerbit, penulis dan pengarah filem.




Diterbitkan oleh Red Films, filem Gol & Gincu Vol. 2 diberi nafas baru oleh pengarah Umi Salwana Omar yang pernah mengarah siri kegemaran Oh My English dan bekerja di belakang tabir filem Songlap, Istanbul Aku Datang dan jug Crazy Rich Asians.



"Mengarahkan Gol & Gincu vol. 2 tidaklah begitu mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat, kata Umi Salwana Omar, pengarah filem. "lanya perlu mewakili suara generasi kini tapi masih mengekalkan intipati Gol & Gincu terdahulu memperkasakan wanita. persahabatan dan membentangkan isu semasa. WMalaupun fokus filem reboot ini adalah untuk generasi kini namun harapan para peninat Gol & Gincu yang menunggu selama 13 tahun juga perlu diambil kira." 

Filem Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang dua gadis yang mempunyai nama yang sama terpaksa menjalani hukuman khidmat sosial apabila video pergaduhan mereka di surau menjadi tular. Usaha untuk mengumpul dana bagi sebuah rumah remaja bermasalah telah menjadikan mereka akrab namun menjerumuskan mereka kepada permasalah yang lebih besar 
.




"Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama filem telah memberi dedikasi yang penuh terhadap watak mereka dari segi transformasi diri secara fizikal dan mental," kata Lina Tan, penerbit filem. "Kedua- dua watak Zakiah mempunyai perangai stereotaip wanita yang kita semua boleh kenali tetapi stereotaip itulah yang kita hendak persoalkan dan menukarnya kepada satu imej yang lebih positif bagi wanita Malaysia." 
.
Pelakon - pelakon popular lain yang turut menjayakan filem Gol & Gincu Vol. 2 termasuklah Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Sherry Al-hadad serta penampilan istimewa Ziana Zain dan Nadia Nisaa sebagai kakak kepada Yaya. Filem ini juga memperkenalkan sebarisan pelakon baharu seperti Jad Hidhir, lezahdiyana Alaudin, Tiara Anchant, Grace Ng Aida Noris, Intan Serah, Nik Nasuhah dan Annabel Michael.



Malam Tayangan Perdana Filem Gol & Gincu Vol. 2 dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu yang baharu dalam filem ini seperi lagu On lt! oleh Mimi Fly dan Fierce ciptaan Mia Palencia. Kaka Azraff dan Aizat Amdan menggamatkan suasana kemuncak malam tayangan perdana dengan menyanyikan lagu tema rasmi filem Gol & Gincu Vol. 2 iaitu Shout it Out dan Hari-Hariku.

Bagi peminat-peminat yang mahu menjadi penonton awal filem Gol & Gincu Vol. 2, tempahan tiket bagi tayangan awal filem ini di TGV pada 20 dan 21 Oktober ini telahpun mula dijual. 

Bagi ahli-ahli MovieClub, TGV menawarkan harga tiket wayang serendah RM10.00. Barisan pelakon Gol & Gincu Vol. 2 bakal mengadakan sesi ramah mesra di dua lokasi TGV yang mengadakan tayangan awal filem ini iaitu di TGV KLCC dan TGV Wangsa Walk. 







Terdahulu, siri jelajah Gol & Gincu Vol. 2 Day Out telah ke UITM Shah Alam dan MMU Iskandar City, Johor bagi sesi perkongsian dan bual bicara disebalik tabir bersama pengarah, penulis lakonlayar dan pelakon-pelakon pada 4 dan 11 Oktober yang lalu. Siri Jelajah Gol & Gincu Vol. 2 Day Out bakal diteruskan lagi minggu hadapan dengan kunjungan ke Universiti Malaya pada 24 Oktober dan Universiti Sains Malaysia pada 26 Oktober.

Untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah dan senarai pawagam yang bakal menayangkan filem Gol & Gincu Vol. 2 ikuti @Go'Gincu2 dan 

#GolGincu2 di laman Facebook , Instagram , dan Twitter atau kunjungi 

www.golgincu2.com.my

---------------------------------
Video Belakang Tabir pasti menghiburkan anda.



2 comments:

  1. memang rindu gila ngan gol n gincu. teringat kenangan tengok masa zaman dedulu. haha. terasa tua pulak sekarang ni. hahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan dah 13 tahun dah berlalu semua dah khawin dan ada anak-anak. :)

      Delete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)