Terkini | New

Mengapa CEO Malaysia ini menyukai telefon boleh lipat mereka

Mengapa CEO Malaysia ini menyukai telefon boleh lipat mereka


Memandangkan telefon pintar boleh lipat terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan profesional, terdapat peralihan yang jelas tentang bagaimana para pemimpin perniagaan menyepadukan peranti ini ke dalam aliran kerja harian mereka, sebagai alat produktiviti yang menyokong pembuatan keputusan, kerjasama dan pelbagai tugas (multitasking) semasa dalam perjalanan.

​Untuk menyokong perbincangan yang semakin berkembang ini, Samsung berkongsi tiga sesi soal jawab eksklusif bersama CEO Malaysia, yang mana masing-masing menawarkan pandangan secara langsung tentang bagaimana telefon pintar boleh lipat Samsung mereka telah menjadi bahagian penting dalam cara mereka kekal produktif. Bersama-sama, temu bual ini memberikan perspektif tentang mengapa peranti boleh lipat menjadi pilihan yang semakin praktikal bagi para pemimpin perniagaan hari ini.
​Dr. Choo Mei Sze

​Penceramah, Pengasas dan CEO PersonEdge, Duta Belia Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Model: Samsung Galaxy Z Flip7

​Apakah yang menarik minat anda pada mulanya terhadap peranti boleh lipat?
​Saiz dan kemudahannya.

​Bagaimanakah peranti boleh lipat mengubah cara anda bekerja berbanding telefon pintar konvensional (telefon jenis bar)?

​Saya suka fakta bahawa telefon ini boleh dilipat, yang menjadikannya sangat kompak dan mudah untuk dimasukkan ke dalam poket atau beg tangan. Ia juga sangat mudah dalam aspek tersebut, dan dengan fungsi AI, ia membolehkan saya bekerja dengan lebih pantas serta mengoptimumkan masa saya.

​Bolehkah anda berkongsi satu contoh di mana peranti boleh lipat anda membantu anda bekerja dengan lebih cekap?

​Memandangkan saya sentiasa bergerak aktif (on-the-go), keupayaan untuk membuka beberapa tetingkap (multiple windows) adalah penting bagi saya, supaya saya boleh melihat sama ada helaian excel atau e-mel pada masa yang sama. Tambahan pula, oleh kerana saya menghadiri banyak acara dan memberikan ceramah, keupayaan untuk mengambil gambar dan swafoto dengan cepat juga merupakan satu kelebihan supaya saya tidak terlepas detik-detik penting dan dapat menangkap serta mengemas kini maklumat semasa dalam perjalanan.

.
​Apakah tabiat produktiviti anda yang tidak boleh dikompromi?

​Memulakan hari dengan sedikit kejelasan minda seperti waktu berdoa/bermeditasi adalah sangat penting bagi saya. Perkara itu mempersiapkan diri saya untuk sepanjang hari semasa saya bergerak dari mesyuarat ke acara-acara. Mempunyai keupayaan untuk membawa telefon saya kerana ia ringan dan kompak ke mana-mana sahaja juga merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi supaya saya boleh menggunakannya di mana sahaja saya berada. Sebelum ini dengan telefon jenis bar, saya tidak dapat memuatkannya ke dalam sesetengah beg tangan kompak saya, dan saya terpaksa sama ada memegangnya yang mana menyukarkan saya untuk melakukan pelbagai tugas jika saya membawa beberapa barang, atau meninggalkannya di suatu tempat berbanding menyimpannya bersama saya.


​Chu Wai Lune CEO di OSK Property

Model: Samsung Galaxy Z Fold7
​Apakah yang menarik minat anda pada mulanya terhadap peranti boleh lipat?

​Saya sangat menghargai fleksibiliti untuk membuka telefon saya menjadi skrin yang lebih luas apabila diperlukan. Ia adalah peranti yang serba boleh dan memenuhi keperluan saya.

.
​Bagaimanakah peranti boleh lipat mengubah cara anda bekerja berbanding telefon pintar konvensional?

​Pada masa kini, saya perlu melakukan banyak kelulusan digital dan menghadiri mesyuarat dalam talian, yang mana sangat berbeza dengan zaman dahulu di mana perkara-perkara dilakukan dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) dan secara bersemuka. Samsung Fold saya membolehkan saya membaca e-dokumen atau melihat slaid pembentangan di mana sahaja saya berada, jadi saya boleh kekal produktif walaupun semasa bergerak.

.
​Pinn Yang Lim Pengasas Bersama Foodie Media

Model: Samsung Galaxy Z Fold7 (Nota: Telah menggunakan beberapa generasi telefon boleh lipat)

​Apakah yang menarik minat anda pada mulanya terhadap peranti boleh lipat?
​Sebagai seorang yang sentiasa bertukar-tukar antara mesyuarat, semakan kandungan, pemesejan, dan operasi perniagaan, peranti boleh lipat telah menjadi bahagian penting dalam aliran kerja harian saya. Apa yang menarik minat saya pada mulanya adalah keupayaan untuk membawa kedua-dua telefon pintar dan tablet dalam satu peranti tunggal. Sebagai seorang pengasas dan CEO, saya sentiasa bergerak, dan mempunyai skrin yang lebih besar pada bila-bila masa saya memerlukannya tanpa perlu membawa peranti lain terasa seperti satu evolusi semula jadi bagi produktiviti mudah alih.


​Bagaimanakah peranti boleh lipat mengubah cara anda bekerja berbanding telefon pintar konvensional?

​Ciri yang paling kerap saya gunakan ialah fungsi pelbagai tugas Multi-Window (Multi-Window multitasking). Keupayaan untuk menjalankan WhatsApp, e-mel, dan dokumen secara serentak menjimatkan masa saya daripada kerap bertukar-tukar konteks aplikasi sepanjang hari. Saya juga menghargai paparan yang lebih besar apabila menyemak pembentangan, kreativiti pemasaran, laporan kewangan, dan kandungan media sosial sebelum ia disiarkan secara langsung. Ia membolehkan saya membuat keputusan dengan lebih pantas tanpa perlu membuka komputer riba. Terdapat banyak ketika di mana saya sedang menyemak bahan kreatif kempen sambil membincangkan pindaan dengan pasukan dalam masa nyata (real-time). Dengan paparan boleh lipat, saya boleh melihat aset kreatif di satu sisi sambil menghantar mesej kepada pasukan atau menyemak prestasi kempen di sisi yang lain. Apa yang sebelum ini memerlukan pertukaran antara beberapa aplikasi kini berlaku pada satu skrin sahaja, yang mana mempercepatkan proses pembuatan keputusan secara signifikan.


​Apakah tabiat produktiviti anda yang tidak boleh dikompromi?

​Bagi saya, peranti boleh lipat bukan sekadar telefon pintar. Ia adalah stesen kerja mudah alih yang membolehkan saya kekal produktif di mana sahaja saya berada. Sistem produktiviti saya dibina berdasarkan tiga tabiat:

​Respons cepat, putuskan cepat. Saya cuba membuat keputusan secepat mungkin untuk memastikan organisasi terus bergerak ke hadapan.

​Kekal mudah dihubungi. Saya menghabiskan sebahagian besar hari saya berkomunikasi dengan ahli pasukan, rakan kongsi, dan pelanggan, jadi mempunyai maklumat yang tersedia secara instan adalah kritikal.

​Semak sebelum bertindak. Sebelum membuat keputusan besar, saya sentiasa melihat data, laporan, atau aset kreatif itu sendiri. Skrin boleh lipat yang lebih besar menjadikan perkara ini jauh lebih mudah, terutamanya apabila saya berada jauh dari meja kerja saya.