Wyeth Nutrition S-26 GOLD PROGRESS Meraikan Penyelidikan Otak Selama Lebih 50 Tahun
Wyeth Nutrition S-26 GOLD PROGRESS Meraikan Penyelidikan Otak Selama Lebih 50 Tahun Melalui Pengalaman Interaktif bagi Membantu Ibu Bapa Memahami Perkembangan Otak Kanak -kanak dengan Lebih Baik
Ibu bapa berpeluang meneroka teknologi Brain Visualiser milik proprietari S-26 Gold Progress, memperoleh pandangan pakar serta panduan praktikal bagi menyokong perkembangan kognitif Kanak-kanak.
Ibu bapa yang berkunjung ke TCE Baby Expo berpeluang menyertai pengalaman bertemakan "Over 50 Years of Brain Research Dedicated to Nurturing Exceptional Minds" di reruai S-26 Gold Progress. Acara ini menampilkan sesi perkongsian bersama pakar, perbincangan mengenai keibubapaan dan akses kepada teknologi Brain Visualiser milik proprietari S-26 Gold Progress. Melalui pengalaman ini, ibu bapa dapat memahami secara lebih mendalam peranan pemakanan, pembelajaran dan interaksi harian dalam menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Acara tersebut turut menandakan pencapaian penting buat Wyeth Nutrition apabila ia meraikan komitmen selama lebih daripada lima dekad dalam memajukan pemahaman mengenai perkembangan otak kanak-kanak. Selama lebih daripada 50 tahun, syarikat ini telah menyumbang kepada penyelidikan dalam bidang seperti hubungan antara sel-sel otak, pemielinan dan nutrien penting termasuk Sphingomyelin serta DHA, yang membantu menyokong keupayaan kanak-kanak untuk Pantas Berfikir, Cepat Belajar. Legasi ini terus menjadi asas kepada usaha Wyeth Nutrition dalam menyokong ibu bapa menerusi pemakanan dan pendidikan berasaskan sains.
Sepanjang lima dekad yang lalu, kepakaran Wyeth Nutrition dalam bidang sains otak di kalangan kanak-kanak telah memperkukuh pemahaman tentang cara hubungan otak yang kuat dalam menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Penyelidikan mengenai hubungan otak dan proses pemielinan menunjukkan bahawa laluan saraf yang lebih cekap menyokong penghantaran isyarat yang lebih pantas di dalam otak. Penemuan saintifik inilah yang menjadi inspirasi kepada konsep di sebalik kenyataan "10x Hubungan Otak Lebih Pantas” bagi S-26 Gold Progress. Penemuan ini turut menekankan kepentingan untuk membina asas perkembangan otak yang kukuh sejak awal usia kerana kualiti hubungan otak yang terbentuk pada peringkat awal kanak-kanak boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk belajar, menyesuaikan diri dan berkembang pada masa hadapan. Berlandaskan komitmen untuk terus memajukan sains otak, Wyeth Nutrition terus menyokong ibu bapa melalui inovasi serta pengalaman pembelajaran yang direka untuk membantu memupuk minda cemerlang.
Memupuk Kefahaman Tentang Sains Otak
Antara tarikan utama pada acara tersebut ialah Brain Visualiser, teknologi proprietari S-26 Gold Progress. Pengalaman interaktif ini membantu ibu bapa memahami dengan lebih jelas apa yang berlaku di dalam otak kanak-kanak yang sedang berkembang.
Melalui simulasi visual, ibu bapa dapat meneroka konsep pembentukan hubungan antara sel-sel otak Ini merupakan salah satu proses penting yang menyokong cara seseorang kanak-kanak itu belajar, memproses maklumat dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka.
"Selama lebih daripada 50 tahun, Wyeth Nutrition telah memajukan usaha untuk memperkasa pemahaman mengenai perkembangan otak kanak-kanak menerusi sains dan penyelidikan," kata Pegawai Eksekutif Perniagaan Wyeth Nutrition Malaysia, Puan Yeoh She Shiang.
"Bagi meraikan pencapaian ini, kami ingin membantu ibu bapa memahami maksud penemuan saintifik ini kepada perkembangan otak kanak-kanak . Brain Visualiser membolehkan ibu bapa melihat konsep yang lazimnya sukar dijelaskan, sekali gus menerangkan hasil penyelidikan otak selama beberapa dekad melalui cara yang lebih bermakna dan menarik."
Memahami Kepentingan 1,000 Hari Pertama Kanak-kanak
Program ini turut menampilkan sesi perkongsian bersama Doktor Pakar Kanak-kanak , Dr. Ryan Ng yang membantu ibu bapa memahami kepentingan 1,000 hari pertama kehidupan dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.
Pada sesi tersebut, ibu bapa diberi pendedahan tentang cara otak berkembang, peranan pemielinan dalam membantu otak memproses maklumat dengan lebih cekap, serta kepentingan pengalaman harian seperti bercakap, membaca dan bermain dalam membina hubungan otak yang kuat. Sesi ini turut mengupas fungsi eksekutif, iaitu set kemahiran yang membantu kanak-kanak memberikan tumpuan, menyelesaikan masalah, menyesuaikan diri dengan situasi baharu serta mengawal tingkah laku mereka.
"Tempoh 1,000 hari pertama kehidupan kanal-kanak merupakan fasa pertumbuhan yang amat luar biasa kerana di sepanjang tempoh ini otak kanak-kanak berkembang dengan sangat cepat berbanding dengan mana-mana peringkat kehidupan yang lain," kata Doktor Pakar Kanak-Kanak 123 Child Specialist Clinic, Dr. Ryan Ng.
"Ramai ibu bapa beranggapan perkembangan otak kanak-kanak ditentukan oleh pencapaian besar . Namun, detik berkualiti yang dilalui bersama setiap hari sebenarnya memberikan impak yang jauh lebih bermakna. Aktiviti biasa seperti bercakap, membaca, bermain dan meneroka bersama dapat membantu membina hubungan otak yang penting untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak."
Dr. Ryan turut menekankan kepentingan menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak melalui pemakanan yang baik, rangsangan yang sesuai serta persekitaran yang menyokong perkembangan mereka.
"Perkembangan otak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Pemakanan yang sesuai membekalkan nutrien penting sebagai asas untuk membina hubungan otak yang kuat, manakala interaksi dan pengalaman pembelajaran harian membantu mengukuhkan hubungan tersebut supaya kanak-kanak dapat berfikir, belajar dan menyesuaikan diri dengan lebih baik. Kesemua elemen ini saling melengkapi dalam membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi unik mereka."
Belajar daripada Pengalaman Sebenar Ibu Bapa
Sesi bersama pakar turut dilengkapi dengan perbincangan keibubapaan bersama momfluencer atau pempengaruh keibubapaan, Karen Kho dan Yee Fei, yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dalam mengharungi cabaran sebagai ibu bapa moden. Perbincangan ini memberikan tumpuan kepada cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa pada masa kini, kepentingan mengenal pasti kekuatan unik kanak-kanak, serta cara detik-detik kecil dalam kehidupan seharian mampu menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan mereka.
Menerusi perkongsian pengalaman sebenar, ibu bapa memperoleh perspektif yang lebih praktikal mengenai cara mengimbangi maklumat, jangkaan dan proses membuat keputusan, sambil terus menyokong perjalanan perkembangan otak kanak-kanak.
Menyokong Potensi Kanak-Kanak Menerusi Sains
Ibu bapa masa kini mempunyai akses kepada pelbagai maklumat berbanding sebelum ini, namun ramai masih memerlukan bimbingan yang boleh dipercayai untuk memupuk potensi kanak-kanak dengan lebih berkesan. Disokong oleh lebih daripada 50 tahun kepakaran dalam penyelidikan otak, Wyeth Nutrition terus komited menterjemah penemuan saintifik kepada inovasi pemakanan yang menyokong perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar. Usaha ini membantu membina asas yang kukuh untuk mereka berfikir dengan cepat, belajar dengan pantas melalui 10x Hubungan Otak Lebih Pantas, serta memupuk minda cemerlang.
"Setiap kanak-kanak memiliki kekuatan dan potensi yang unik," tambah Yeoh.
"Peranan kami adalah untuk membantu ibu bapa memahami cara membantu kanak-kanak merealisasikan potensi mereka. Sempena sambutan 50 tahun penyelidikan otak, kami akan terus komited untuk memajukan sains otak serta menterjemah ilmu tersebut kepada inovasi dan pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk keluarga."
Aktiviti di reruai S-26 Gold Progress dibuka kepada semua pengunjung TCE Baby Expo. Ibu bapa berpeluang meneroka pengalaman interaktif Brain Visualiser, mengikuti perkongsian daripada pakar serta memperoleh ilmu praktikal mengenai cara menyokong perkembangan otak kanak-kanak sepanjang tahun-tahun penting dalam kehidupan mereka.
