Recent comments

Terbaru

KA$H® CETUS PENJIMATAN DAN KEMUDAHAN AHLI ACO/ANGKASA.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Virtualflex Sdn Bhd & Asean Co-O7perative Organization (ACO) (QSR Brands KFC).
Memperkenalkan kemudahan kad tanpa tunai, KaSh Prepaid Mastercard yang mempunyai pelbagai kemudahan serta manfaat.

@Dewan Dato' Ali Baharum, Wisma Ungku A.Aziz (ANGKASA) Jalan Dato Abdul Aziz, Kelana Jaya 47301 PJ, Selangor.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Virtualflex Sdn Bhd & Asean Co-O7perative Organization (ACO) (QSR Brands KFC) 

Di Dewan Dato' Ali Baharum, Wisma Ungku A.Aziz (ANGKASA) Jalan Dato Abdul Aziz, Kelana Jaya 47301 PJ, Selangor.





Johor Corporation (JCorp) menerusi syarikat Kumpulannya, Virtualflex Sdn Bhd (Virtualflex) hari ini memperkukuhkan komitmen kerjasama industri apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Asean Co-operative Organization (ACO) untuk menawarkan kemudahan kad tanpa tunai; KASH® Prepaid MasterCard (KA$H) yang mempunyai pelbagai kemudahan serta manfaat.


Tuan Haji Jamaludin Md Ali, Naib Presiden Kanan, Divisyen Tanggungjawab 3Corp merangkap Pengerusi Virtualflex berkata, MoU tersebut melibatkan kerjasama bersinergi dan strategik di antara syarikat tersebut dengan ACO dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang mewakili gerakan koperasi terbesar di Malaysia, bagi mewujudkan konsep ekonomi pintar. 



Beliau berkata, menerusi MoU ini, Virtualflex akan menyediakan kemudahan tanpa tunai seperti dompet mudah alih, pembayaran kad prabayar serta transaksi atas talian yang mudah, cepat dan selamat.

"Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada lebih 6.5 juta ahli ANGKASA dan ditawarkan kepada ahli-ahli Koperasi gabungan ACO.


"Penggunaan KA$H adalah mudah, cepat dan mesra pengguna. Saya yakin ia dapat menarik lebih ramal pengguna untuk menggunakan kad ini kerana ia bukan sahaja boleh digunakan untuk urusan membeli makanan dan minuman malah melakukan transaksi atas talian atau tambah nilai prabayar yang cepat dan selamat. Nilal prabayar KASH (E-wallet & Kad) ini juga mampu menampung sehingga RM20,000 kapasiti," tambah beliau. 

Melalui MoU ini juga, Virtualflex turut memberi bimbingan kepada ahli koperasi mengenal kaedah mengendalikan sistem e-dompet sebagai satu kaedah pembayaran yang efisyen.



Virtualflex turut memberi bimbingan kepada semua usahawan koperasi mengenai kaedah mengendalikan sistem dan terminal KA$H selain mengadakan taklimat mengenai kelebihan menggunakan kad tersebut. 

Terdahulu, MoU tersebut ditandatangani oleh Puan Norsiah Juriani Johari, Naitb Presiden Penjenamaan & Komunikasi Kumpulan JCorp merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex dan YBhg Dato' Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, Presiden ACO yang juga Presiden ANGKASA sambil disaksikan oleh Tuan Haji Jamaludin Md Ali dan YBhg Dato' Paduka Haji Hanapi Haji Suliman; Ketua Setiausaha ACO. 



Sementara itu, Dato' Haji Abdul Fattah berkata, merakamkan ucapan terima kasih kepada Virtualflex kerana menjalin kerjasama ini yang bertepatan dengan inisiatif mempromosi dan mengukuhkan sektor koperasi serta memberi kelebihan kepada ahli-ahli ANGKASA. 

Pada masa sama, ekonomi digital yang semakin pesat memerlukan kaedah e- pembayaran, yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatkan produktiviti ahli kami selain lebih cekap dari segi kos," kata beliau.




Selain itu, ahli koperasi dapat menggunakan fasiliti global MasterCard tanpa perlu ke bank kerana ianya dilengkapi dengan sistem sign-orf yang mudah. Setiap permohonan untuk memiliki kad ini juga tidak memerlukan slip gaji kerana mereka hanya perlu menunjukkan salinan kad pengenalan. 

Kad ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran serta pemindahan wang di samping mendapat diskaun atau cashback sehingga 15 peratus sebagai satu bentuk penjimatan, bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dengan rakan niaga terpilih seperti KFC, Ayamas, Zalora dan Lazada tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan syarikat yang mengambil bahagian.




Mengenai Virtualflex Sdn Bhd.

Virtualfex adalah syarikat milik penuh Johor Corporation yang ditubuhkan pada 2014 bagi menyahut inovasi ekonomi menerusi sistem pembayaran atas talian. Selaras dengan aspirasi Bank Negara Malaysia untuk menyebarluaskan konsep pembayaran tanpa tunai, Virtualflex menerusi jenama KA$H telah memperkenalkan kad prabayar MasterCard yang dilengkapi kemudahan aplikasi secara percuma.

__________________________

KA$H 
What is KA$H? 
It is a prepaid payment solution that combines the best of Prepaid MasterCard and mobile application. It's like cash but, smarter.
.
It comes with a hassle-free app, which lets you make payment, manage your cash, and experience a new cashless lifestyle that is safe, convenient and rewarding. 
.
How do I sign up & register? 
Step I: Download KA$HWallet app It is a prepaid payment solution from Apple Store or Google Play.
Step 2: Activate your account and enrol It's like cash but, smarter KA$H Prepaid MasterCard onto the app.
Step 3: Top-up your card.
Step 4: Start using! 
.
➡Worldwide withdrawal 
➡Online shopping.
➡Bill Payment.
➡Mobile top-up.
➡Transaction notifícation.
➡Spending tracker
➡Up to 15 % discounts , cashback or rewards. ➡Instant transfer to other KA$H users at no cast ➡Make purchases anywhere MasterCard is accepted.
.
Where can I get one? 
Get a rewarding starter pack for only RM30 (inclusive GST) at selected KFC dan Kedai Ayamas.

#KashMalaysia

Update:





2 comments:

  1. Replies
    1. kalau pergi KfC Boleh tgk kad kash ada jual dan yang best dikaun 10% makan kfc :)

      Delete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)